Friday, July 27, 2012

Miracle in Ramadhan.

Status saya di BBM beberapa hari sebelum Ramadhan menjelang : Ramadhan..May miracle happens.
Ya. Berlaku miracle yang saya tak pernah terfikir pun..(tapi mengharap)
5 Ramadhan.
Walaupun sehingga kini belum ada apa-apa penyelesaian dan menunggu sangat menyesakkan dan saya seolah-olah sudah ternampak negative ending di situ, tapi saya bersyukur doa saya Allah dengar dan kabulkan. Alhamdulillah.

sehingga entry ini ditulis, saya menerima berita gembira pada awalnya kemudian menjadi sebaliknya. saya tak tahu kenapa. tapi cukuplah yang saya tahu rasa hati saya selama ini betul.

Walau apa pun yang berlaku..saya tidak akan menyalahkan diri lagi.
Saya yakin dengan takdir Allah.

Wednesday, July 18, 2012

Hurt

Entah sampai bila, hanya Allah yang mengerti.
Sejak saya kenal kamu, air mata macam tak ada harga.

:'(

Solat Sunat Taubat..

Sesungguhnya manusia tidak lari daripada melakukan dosa.
Pernahkah dalam sehari anda langsung tidak berbuat dosa?
JIka tidak, anda tak perlu baca entry ni. :)
Jika ya, kita memang manusia biasa..
Dianjurkan dirikan solat sunat taubat sebelum tidur,
Mohon Allah ampunkan dosa selama sehari kita menumpang di buminya. Kita hanya mampu bermohon, dosa diampunkan atau tidak itu urusanNya.



Tuesday, July 17, 2012

Tabah

Sebenarnya berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tahun kedua memulakan kerjaya yang amat mencabar dan terlalu meletihkan.
Diposting ke sebuah sekolah cina yang mempunyai ibu bapa yang berpengaruh dan pentadbiran yang sentiasa mahu menjaga 'nama' dan kredibiliti buat saya penat berganda.
Paling haru diarah mengajar empat kelas corot yang punya bilangan murid tak kurang dari 35 orang yang rata-rata terdiri murid malas, biadap, tak hormat guru, langsung tak tahu berbahasa kebangsaan, namun punya ibu bapa yang cerewet yang apabila keputusan peperiksaan keluar datang ke sekolah bertanya guru kenapa anaknya harus mendapat markah demikian, demikian. .

Saya tahu, saya masih baru. Terlalu banyak pengalaman yang perlu saya kumpul sebelum saya melayakkan diri menjadi seorang guru yang betul-betul guru.


Monday, July 9, 2012

Kenapa sudah bertaubat tapi diri terus melakukan dosa?

:'(
Kecewa dengan diri sendiri.
Rasa malu yang menebal pada Pencipta.
Hari ini berjanji bersumpah tidak mahu buat maksiat itu, maksiat ini.
Hari esok tumpas pada hasutan hati.
:'(

Solat yang sempurna dapat mencegah diri dari melakukan kemungkaran.
Mungkin solat wajib aku masih belum sempurna ? :'(

Sunday, July 8, 2012

Doa Elak Dirogol.

 

Mari amalkan.
Dan paling penting, jangan mudah percaya dengan kata-kata manis lelaki.


Saturday, July 7, 2012

Melalueca Triple Up Collagen

Hari ni dah hari kelima try collagen ni.
Haraplah sangat beri perubahan positif pada parut jerawat ni :/.
Dah banyak kot melabur. Haiyaaa Pejam mata je lah bila ingat jumlah overall da lebih RM1K semata-mata nak cure jerawat nih. 
Bersabar je la banyak2. huh.


LynnTheGudiGudiGurl: Borink Sabtu. huuuuuuuuuuu

Friday, July 6, 2012

Doa Putus Cinta.

Pelik kan. Orang lain sibuk baca doa eratkan kasih sayang, teguhkan ikatan saya sibuk post yang ini. hint lagi lambat nak kawen la nih.
Awal Januari lalu, saya diuji lagi. :) Alhamdulillah biarpun dah pun berlalu, bila ingat balik,i still feel that pain. :')

Allah tidak akan turunkan sesuatu ujian beserta hikmahnya.
Permulaan ujian, saya tak nampak apa-apa hikmah. Saya sedih. Saya menangis. Macam orang bodoh pon ada. Akhirnya bila hati dah tenang dan kembali dengan janji dan qadakNya, saya mula lihat satu persatu hikmahNya. Alhamdulillah..Semoga hati saya terus teguh dengan janjiNya.




 :')
Semoga memberi ketenangan pada kalian.
Ingatlah andai rasa tak punya siapa-siapa di sisi, Dia tetap ada.


Terasa Mahu Berkongsi..

Terasa ingin kembali menulis. kadang-kadang menjengah juga ke blog ni. Baca balik catatan lama.
Senyum sendiri.
Baiklah.
Terlaluuuuuuuu banyak yang ingin dcurah di sini.
Terlaluuuuuuuu banyak kenangan yang tak sempat disimpan di sini.
Kadang-kadang rasa menyesal sebab tak istiqamah menulis. Bukan untuk siapa-siapa. Sekadar simpanan peribadi :)

Mungkin hari ini permulaan yang baik untuk menulis.
Salam Nisfu Syaaban.
Khabarnya  buku amalan lama diangkat ke sana dan buka buku amalan baru.
Mungkin ini permulaan yang baik untuk saya kembali menulis.
Dan paling penting permulaan untuk perubahan.
Saya rasa cukuplah waktu yang tersia selama ini.
Saya mahu berubah.
Banyak yang saya siakan sepanjang waktu terluang ini.

Ada orang hidupnya bertuah.
Ada orang hidupnya cukup berliku.

tapi, ingatlah janji Allah- Dia menguji tanda sayang. Tanda kita dalam perhatian. Insya Allah.



LynnTheGudiGudiGurl: Saya tak tahu saya menghitung hari untuk apa.............