Friday, May 29, 2009

Aku Tak Reti Cakap Utara Part 2

Hehehe tak pasal-pasal ada kelas bahasa Utara..(Rasa macam bangga gila tau dua tiga kerat bahasa utara)

Buah ciku ni TERINGIN PULAK NAK MAKAN CIKU SEJUK DALAM PETI AIS! kat sini dipanggil buah Sawa. Tapi korang kena paham fakta bahawa ular sawa tak makan ciku. Jangan risau..=P


Ni namanya dalam bahasa standard pisang goreng/goreng pisang. Tapi sebagai cikgu, aku sarankan anda menyebutnya sebagai pisang goreng kerana terdapat kesilapan nahu pada goreng pisang...ehhh aku nak ajar bahasa utara bukan BM. ye aku tau anda semua score A1 SPM paper BM. LOL
Ni namanya Choq Pisang dalam versi Utara. hairan ke main aku dulu. Kenapa choq pisang? Rupanya cuchoq pisang diringkaskan sebutannya jadi lah begitu..Sungguh aku terpana saat seorang rakan meminta membeli choq pisang...terus je tunjuk kat cekodok..Rupanya aku silap,,huuuu



Yang ni selipar kan. Jangan ditanya aku kenapa ada mangga di situ. Kena tanya Google sebab aku cilok dari sana. Kalau di utara, mereka tidak akan panggil bendalah ni selipar tapi kasut. KASUT. Tak kiralah anda sedang menyarung selipar toilet, sandal ke, alas kaki anda itu tetap dipanggil KASUT. Kasut toilet, kasut jepun? Eh ada ke? tatau tatau tatau (muka bersalah)


Tapi kalo diikutkan, bahasa Terengganu/Kelantan lagi lah banyak istilah-istilah aneh tapi comel di didengar. Kan bloggers Pantai Timur sekalian? Errr sape la agaknya berani menyahut cabaran aku memperkenalkan istilah ini ke mata umum kan? Kalo saper nak buat, do let me kow yah..Aku nak tengok sama takk..heehe

Thursday, May 28, 2009

Aku Tak Reti Cakap Utara....

....walopon dah lima taun aku kat sini..satu-satunya perkataan utara yang paling aku terer sebut ialah "hang" merujuk kepada kamu/anda..hehehe


Aku rasa kalo aku cakap utara, bunyinya sangat tak asli dan sangat uduh.
Tapi seorang kawan aku ni, orang Kedah tapi terer cakap Terengganu. Memang perfect bunyinya hingga boleh tertipu..hehehe. selalunya kalo ada call dari unknown number, dia selalu je menyamar..sebijik.



Tahukah anda kedondong disebut ambra di utara?

.......Tak de motif entry ditulis. Tetiba terasa nak terer cakap Utara





Aku tengok movie Syurga Cinta semalam. Cerita biasa tapi semalam tiket sold out 3.20 terpaksa amik 5.20 membuktikan cerita ni agak meletup. jalan cerita macam novel dan boleh agak tapi mungkin tarikan kehenseman Awal kot..Syabas la Awal hingga aku rasa peminat Awal ni angau tak tido malam. Tapi dia ensem sungguh la kalo tak pakai eksesori SERBAN ikat leher boleh?Aku nyampah..nyampahhhh


P/S: Hampon saper2 dressing gtu, Aku merujuk pada Awal sajork..heheheh

P/P/S : Jangan berkabung fan Man U..kuikui

Tuesday, May 26, 2009

Babai Pensel 2B!


Bila exam jer, aku akan teringat pensel 2B. Walopon kini, aku dah tak guna dah pensel 2B jawab exam, memori ngan 2B tetap kukenang..heh! Officially, aku dah bebas. untuk sem ni lah. 3 sem lagi.. sabarr..grrrr ;(

Aku cuma mahu umumkan bahawa exam kali ni paper SEMUANYA killing paper. Bukan satu atau dua tapi 5 killing papers yang aku rasa akan menghancurlumat CGPA. Tak sedih tapi lega. Azab dah pergi.
Cuma satu je aku suka dengan exam kali ni, corak study kami dah maju. Study online. Since classmet gila berYM, teknologi Messenger tak dipersia. So, nak tukar-tukar notes pon hanya di hujung jari. Eleh macam sebelum ni buat notes tak guna jari LOL. So, memang tak hairanlah YM sentiasa terpasang. Kalo dulu "wei, ada spot msg tau" tapi kini "kalo ada apa-apa, buzz je aku." But not works on me..serius. Orang lain discuss kat conference, tapi aku SENANG HATI blogging, bloghopping malah tak lupa online shopping =P.

Sepanjang exam week juga, aku punya kegilaan baru. Ari tu mase tunggu Ayu baiki keta, aku ngan Chot merayau ke kedai berdekatan. Masuk kedai borong makanan runcit. Baaaanyak gila jajan yang aku suka masa kecik-kecik tapi jarang jumpa kat kedai sekarang ada jual kat situ. Terus rasa nak beli semua. hahaha. Kalo ikut rasa nafsu, harus bilik aku dah jadi kedai runcit.


jajan ni dah tak bes macam dulu. tak de flavour aku rasa. tak luak lagi kat bilik ni. korang nak? hehehe


yang ni all time peberet. susah dah nak jumpa sekarang kat kedai.. jumpa ari tu melompat-lompat nak beli. tak nampak rupanya? meh nak zoom sikit


Pop Corn Perisa Durian. Sedap gila tau tapi sekarang rasanya lain sikit. Durian dia tak rasa sangat. Korang yang baya-baya aku mesti ingat jajan ni kan? Dulu lepas skolah agama mesti nak makan ni .sorok-sorok masa ustaz ajar tajwid, fekah, sirah... rindu lah!

Lagi..aku nak beli SuperRing, Rota, Bika dan macam-macam lagi lah tapi mujur tersedar awal yang aku ni tak layak dah nak feeling budak-budak LOL.

kan main lagi aku hadap jajan tym exam. Aku tak paham lah. asal nak baca buku je, mesti nak makan. Tapi aku rasa kuat makan lah sekarang. Stress exam atau gejala PMS? Entah lah. Tapi saat aku menaip ayat-ayat terakhir ni, aku dah telan tiga bungkus jajan popcorn tuh. Eleh dalam sebungkus tu, tak sampai 10 ketul dia isi jajan...cover..cover..

P/S: Anak-anak aku esok, aku tak nak kasi makan jajan. takut nanti jadi tak cerdik macam mama dia tak boleh study oversea tapi jadi cikgu je orang lain dah sambung master ke jepun, UK,NZ ko meraung sorang-sorang kat mesia tsk


Sunday, May 24, 2009

My Name Is....


The hp accessory given by Rose as my birthday present. i looooove it so much. thanx!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


.............But my friends love to call me McLynn instead of Lynn. I used to hate Mclynn but at the end i found my name...errrrr owesome n errrr glam! lalalalala =P Typing word Mc remind me to McD. Hoh..tetiba....chicken foldover..oh chicken foldover...
*
*
*
*
*
*
*
*


Ouhhh...yes!yes!yes! i finally have chance to balas dendam..

Lets do the tagging game..

It's about ur nick name/screen name
1. Upload the pic relate to ur name..be it building name, street name, or even ur handwriting written ur name..

2 Post in your blog-how u get ur name?

3. Tag at least 7 people.
1 . Cik Chenta_tieha
2. Cik Azlina

3. Encik Mie

4. Cik Nad

5.Puan Qayz
6. Cik Kenet!

7. Cik Iffa


Im done! Now its ur turn!



Thursday, May 21, 2009

Terima Kasih.....Ini Baru Betul =P

Thanx Sis Qayz!!!
Bantuan akak sangat dihargai..Meh nak peluk sikit
=)
Tengok blog aku dah berubah wajah.
TERUS RASA SAYANG SANGAT KAT BLOG DAN RASA NAK UPDET HARI-HARI
=)
Ok..excuse tanak study sebenarnya.kikiki
Ala..tahu tak cantik jugak.
Tapi better than before..kan
Sebab tiba-tiba rasa nak perubahan dalam hidup =P
Dulu aku bukan tak nak tukar skin blog tu tapi AKU TAK RETI
diulang TAK RETI..
Oke pengakuan, aku penah tukar dua kali layout dan dua-dua kali tukar segala mak nenek widgets tuh hilang...
Terus merajuk tanak tukar layout dah =P
Tak puas hati lagi ngan layout ni. masih tak kena ngan jiwa. tapi tak larat lah nak cari. bersyukurlah dengan apa yang ada.




Entry Ke 100 dan Gatal Main Coding

Ya..entry hari ni yang ke-100. Memang aku tak produktif kan?


Dalam diam, aku menulis hampir 100 entry merapu yang kadang-kadang bila aku baca balik menyampah gila dan terpikir aku ke yang tulis ni? Hahaha tak malu baca blog sendiri. Eleh korang pon wat benda yang sama kot. LOL.

Tapi sekurang-kurangnya aku puas. Aku puas kerana aku menjadi diri sendiri. Tak payah nak berpura-pura jadi best gila walopon hakikatnya diri tak best pon semata-mata nak puaskan hati orang lain atau nak senangkan hati yang membaca.

Tak perlu.

Aku tak perlu semua tu.

Kadang-kadang aku kesian dengan blog-blog wannabe yang publish kisah indah-indah mereka. Kisah-kisah yang tiada namun diadakan. Kelakar pon ada. Bukan sekali dua aku terserempak blog cam ni malah berkali-kali. Blog plagiat tak usah cerita lah. Ada seorang manusia tu sangggup plagiat sebiji-biji blog orang lain dan admit tu lah kehidupannya. Hoh! Sungguh tak ader life mereka ini. Kesian.

Dan aku juga selesa merahsiakan blog aku dari teman-teman rapat walapon dah tak rahsia sebab dua tiga manusia kat kolej diam-diam baca sebab bila aku menulis, aku kadang-kadang akan menjadi orang lain, sedikit emosi, agak skema, dan karekter yang sedikit berlawanan dengan kehidupan peribadi aku. Pernah aku memberi URL blog pada teman rapat yang kini jauh di mata namun dekat di hati supaya dia dapat mengikuti life aku.

Dia : Wehh..itu blog ko ke? Ko yang tulis tu?

Aku : Ye lah..takkan aku nak suroh mak aku tulis pulak..

Dia : Bapak skema ayat. Dah tak gila dah eh?

Oh aku gila ke dulu? Tak tahu pulak, huhu. Hoh. Dah normal aku rupanya sekarang T_T.

Itulah masalahnya. Diorang ragu-ragu aku yang menulis. Pelik aku. Bahasa aku skema sangat ke hah?

Aku janji yer kawan-kwan. Final year esok kita tukar-tukar link. Supaya kita tidak terlost kontek.hehehe

P/S :Sepatutnya saat ni aku bergelumang dengan nota-nota Morfologi, tapi kalau dah malas menyerang tu, otak dah buntu..buntu..buntu. Study last minute lagi, serve the rite lah..

P/P/S : AKu main-main coding tadik. tapi terus terpublish. terus orang terbaca dan terus ada orang terkomen. dan terus orang terkata aku gila agaknya..lah..hahaha
Gila gatal nak main coding lagi..waaaaa aku gila muak dengan layout blog. saper nak bagi tutorial pree kat aku nih..

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Cikgu

Since last nite, i got few msgs and a call wishing me Happy Teacher's Day
THANKS A LOT


To all teachers around the world, Happy Teachers' Day

Adakala ...
Kita dicaci
Kita dimusuhi
Kita dimarahi
Kita tak dihargai
=(

Tapi..
kita kan tetap tersenyum walaupun pilu
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah
Kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar...
Selamat Hari Guru...





To all teachers-to-be :

"Ingatkan campak rupanya jerawat batu. puas diajar diorang buat tak tahu, nak disepak takut kena serbu,kena la sabar.....kita kan cikgu =P


P/S : Im busy studying for my final exam...*sigh*sigh*sigh*

Wednesday, May 13, 2009

Retail Therapy?

Ramai kata shooping adalah retail therapy untuk stress.
Yang kata tu mostly manusia shopaholics.
Aku tengah stress ni. Stress nak exam.
SO NAK SHOPPING LAH..xde motif tulisan tetiba caps lock hohoho
Tak dapat pegi shopping kat mall, online shopping pun jadi laaaa.
Sepanjang minggu lepas...dah bermacam2 macam jenis aku merembat di alam maya.
Terbaru baru je dapat gelang kristal lawa giler-tak rugi korang beli-sebab murah giler-
AYAT BODEK TERUK




Aku punya kaler PEACH tu. Cantik kan?i bought for RM20 only. So ada 3 lagi available. So cepat-cepat berkunjung ke Kilauan Bintang sekarang juga.
Owner Kilauan Bintang kena kasi aku discount pasni sebab buat free ads kat blog =P. Okeh Kak Rose? hehehehehe

best jugak rupanya online shopping. perasaan teruja tunggu barang sampai tu yang best tu.
EH BETUL LA SHOPPING ADALAH SEJENIS RETAIL THERAPHY!!
Wahhh tengok..aku dah hilang tensen. Cepat-cepat saper yang stress tu pegi shopping.
Tapi.....
Account balance aku sudah tidak stabil
Susut dengan pantas sekali.
Sejak menjadi pengguna CIMB clicks, aliran perbelanjaan menjadi begitu lancar ibarat air..
Sob..sob sob...
Mati lah..Aku sudah pokai
SEKARANG, AKU STRESS BALIK!!!!
Retail therapy lah sangat. huh!

P/S : Entry dekat-dekat nak exam selalunya akan dipenuhi unsur-unsur tak rasional serta not worth reading. Terima Kasih =P

Tuesday, May 12, 2009

Panas

Cuaca panas betul sekarang kan?
Cuaca panas buat aku melupakan hasrat azam awal taun untuk "say no to ice". Nampaknya hasrat untuk memiliki sekeping? perut ala-ala Jessica Alba terkubur. Oh mungkin boleh dibawa ke tahun hadapan kalau cuaca tak panas macam sekarang..hikhik



Agak-agak Jessica Alba pernah makan ABC tak agaknya?
*wonder*




..........cuaca panas buat aku malas study juga. eh ada kaitan tak?

Saturday, May 9, 2009

Selesai Hutang

hehehe..lama kan main nak boleh buat tag ni

1. nyatakan usia blog anda (bg la tarikh yg specific)

hallamakk ni aku lemah ni..bab kira mengira ni aku menyerah kalah..aku tatau lah tarikh specific tapi aku starat pada 6 July 2008
thee hehee

2. terangkan kenapa anda berblogging..(kalu ada cite disebalik ksiah anda mula berbloging nie pun..citekan jer..)

  • sebab blog kan trend yang tengah in skrang. bila orang tanya eh..ko ada blog? ader...(berlagak jer jawab) tapi bila orang nak URL blog aku akan mengelat..hahaha takut diorang komen merapu..hahah aku faham sangat la peel diorang semua tuh! hahaah kidding..
  • ok jawapan serius..aku berblogging bukan kerana trend, bukan kerana nak ikut-ikut orang, bukan kerana nak feeling best ke apa tapi tujuan sebenar aku menulis sekadar menulis kenangan bes/tak berapa bes untuk dikenang. tapi seriusly, aku tak menulis 100% pasal aku di sini sebab aku tak selesa berkongsi terlalu peribadi apa saja tentang aku. so blog aku adalah open to readers dan tidak akan diprivate kerana tiada benda2 peribadi aku di sini. hehehe..okeh panjang dan lebar sekali penarangan aku..

3. nyatakan blog pertama yg anda bace (kalu masih ingt)
  • seorang awek yang menggelarkan dirinya awek hati tisu.. Blog dia very girly tapi sekarang aku tak tahu apa jadi ngan blog tu. tak pernah buka dah..
  • seorang mamat yang sudah berfamili, nak-anak comel giler, ada kerjaya mantap, kehidupan bahagia,hidup senang lenang, bijak bestari, dan hensem kacak bergaya(pada firasat aku walopon dia tak penah publish pics dia) dan bila aku baca blog nya seolah-olah hidupnya dalam drama kat TV. very perfect!!....tapi aku dah tak baca blog dia sebab hati aku terdetik mungkin dia salah orang manusia yang suka berfantasi lalu menterjemah fantasinya ke dalam blog lalu menipu manusia-manusia naif seperti aku..LOL jahat tak aku?hahaha
4.letakkan n3 pertama dlm blog anda..(means ur 1st n3 la)

Why I’m blogging? Aku pun terpikir gak soalan ni sebelum aku buka account ngan blogspot ni. Others said, main menda2 camni bahaya lar, buang masa lar, nak show off personal life at the public la and bla..bla.bla.. Dulu pun aku slalu bagi comment negative camni BUT since aku selalu aje terjumpa blog2 yang menarik mase browse net, aku rasa melalui bog ni kiter boleh berkongsi dengan orang lain tanpa kita perlu kenal mereka dan paling penting aku SUKA DENGAN APA YANG AKU BUAT.

5. huraikan entry tersebut (cite la sikit knp tulis n3 tue)

adat la kan..1st entry..kena la gtau pesal aku blogging..

6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda

sukaaa..semua tu tangan-tangan manusia yang rapat dengan aku..hehehe

7. harapan anda (terhadapa dunia blog la kot)
  • terus rajin mengupdet blog (aku dah mula malas mengupdet!!!)
  • jumpa lebih ramai teman2 blogger yang sudi berkongsi idea, pandangan, impian, harapan blablablabla
  • blog aku diterima seadanya. aku belum terima komen mengkritik lagi mungkin blog aku tidak memprovok sesape.. hahah low profile oke!
8.pas tag nie pada sape yg anda nk..
Aku tak pasti sama ada diorang dah buat belum..kalo dah buat abaikan..kalo tak buat lagi sila buat..hahah tak de paksaan. aku tau korang malas...

1. Kak Qaseh
2. Carol
3. S.c.h.u.l.t (hadooiii tergeliat tangan nak eja nama ni) hahaha
4. Mie
5. Kak Qayz
6. Cik Syazni
7. Anna_Fauziana
8.Eyena
9.Misz Farah
10.Princess Liyana

Eii nak je aku tulis semua yang ada dalam blog list aku =P.Ok tak pe..Lain kali yer yang tak terkena tu.

Babai..sile lah buatttt

Wednesday, May 6, 2009

Hutang Tag Akan Dibayar

Im quite busy lately.
Bukan buat-buat lupa tag kamu semua tu
hehehe
oh ya..kamu yang lain
saya tak akan benar bersenang lenang
saya akan cari kamu nanti
sila tunggu di rumah masing-masing
hauhauhauhau
(gelak jahat)
Orang lain semua dah start balik kampung n bercuti, aku kat sini baru start study week
adoiiihh..jeles jeles jeles jeles

Friday, May 1, 2009

Kenapa Saya Suka Mei?

Setiap tahun, aku memang menunggu bulan Mei. Bagi aku, bulan Mei sangat istimewa. Salah satunya mestilah dalam bulan Mei, kita akan sambut bermacam-macam jenis hari sambutan yang special. Dan Mungkin aku patut senaraikan kat sini
  1. Hari Pekerja. Yang bukan pekerja pon boleh tumpang sekaki. Saper tak suka cuti ni kan...
  2. Hari Ibu. Pernah merai dan akan dirai. Eh ye ke? LOL
  3. Hari Guru. Kalau dulu aku yang meraikan guru. Mungkin bermula taun ni akan merasa perasaan dirai tu bagaimana. Alaaaa tak sempatlah. Praktikum Fasa 2 start Jun. Dah lepas hari guru. ;(
  4. Hari Keputrian Aku. Erk..Okeh. Today is my besday. My twenty-something besday. My besday is on labour’ s day. Cool kan? Aku dapat cuti setiap kali besday aku. Hadiah paling bermakna tu =P Okeh sekarang cepat-cepat sape yang nak wish besday kat aku.hahaha

Lagi satu, aku sebenarnya berkongsi tarih lahir dengan pokok kelapa ni. Menurut kata abah, pokok kelapa ni dia tanam pada tarikh aku dilahirkan. Aku pon baru tau cerita ni tadi. Heheh. Baru aku tau rupanya aku ada kembar kat umah . LOL.

Happy Befday Pokok Kelapa !we shared our twenty-something besday. Ko sedih ke pokok ko dah tua? Rilex la pokok..age just a number.hehehe.



P/S : Kawan-kawan saya yang sweet, thanx for the wishes via phone, Fs, email. Walaupun kamu semua mengganggu ketenteraman penumpang bas lain malam tadi. Aku lupa silent phone ok! =P


P/P/S : Thanx juga untuk clasmet yang bikin surprise besday celebration (in advance). Serius aku tatau/bengang gila kenapa korang main mercun hala ke aku sampailah kek tu muncul. Hermmm