Friday, November 4, 2011

Jumaat 4.11 2011

Sepertinya sudah sampai ke penghujung tapi belum ada putusnya.
dan biarlah aku mengandai sendiri
tapi hati masih belum mahu menerima dan biarkan sahaja apa yang berlaku..


Padam, diam dan teruskan hidup macam biasa.
Ya Allah, kekuatan aku denganMu

Sunday, September 25, 2011

Sudah beli La Tahzan Jangan Bersedih..

I am officially a teacher. yes sudah tujuh bulan mengajar sebenarnya. tujuh bulan yang penuh suka dan duka. banyak duka sebenarnya. entahlah. tapi alhamdulillah akhirnya dah ada kerja. dan yang pastinya duit sendiri  ;)

banyak sangatttt nak cerita kat sini tapi tak tercerita. sebabnya malas nak mengupdate.
semalam pegi The Curve/Ikea..dan singgah di MPH. lama sangat tak menyinggah ke bookstore sejak dah keje nih. so dan cari buku La Tahzan : Jangan Bersedih. Buku ni dah lama sangat berada kat pasaran tapi lately baru tergerak hati nak beli.
sebabnya lately asyik dirundung duka dan terasa ingin mencari sesuatu yang hilang dalam diri ini...

salah satu petikan buku tu. tak sempat baca habis pun lagi. cuma yang ni sangat memberi inspirasi 

 Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya
~Kita tak perlu menilik masa depan sendiri. Masa depan kita masih dalam genggaman Allah. Kenapa perlu bersedih dengan masa depan yang kabur?~

InsyaAllah semoga mendapat sesuatu yang hilang itu kelak.....
p/s: you, will be here for work. im not hoping for anything.. :)

Friday, August 26, 2011

Balik kampung

26 Ramadhan 2011
Blog tak update berkurun-kurun.
Hilang followers.
Earning nuffnang tak berganjak-ganjak

sebab saya malas :P

saya akan mula menulis lagi. bila semua keadaan tenang nanti.

esok perjalanan ke kampung dari kolumpo.
jumpa di highway ye :)

Wednesday, June 15, 2011

Bisu.Kelu.

its been 3 days after all what happened.

macam mimpi indah yang tak perlu dikejutkan.
tapi mahu tak mahu kena bangun.
dan teruskan hidup ................

Monday, May 30, 2011

Heading to..Hometown

Buhbye KL. :)

Esok, tak-tau-pukul-berapa will heading to Kuantan-Neram untuk holidayyy..
Fuhh after 4 sick months dekat Kolumpo, i managed myself balik jenguk kampung halaman.
Finally.

dan istimewanya, selepas pujuk rayu abah, aku dapat balik kampung drive alone.for first time for a long distance journey. (ala KL-Kuantan tu considered as jauh la kan. hihi) tapi abah kata jangan drive laju2. yaaa itu sudah pasti. had laju highway mesti dipatuhi dengan taatnya. heheh
Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini dari segala mara bahaya. Amin..

Tapi, sekarang 3.24 am masih tak mampu nak tido. my bad sleeping habit.sigh. baru balik jalan-jalan dengan Joe dan housemates. 
pergi Uptown Danau Kota n some places in KL.
ah okay. im yawning now. its better to go to sleep now. 


ade lagi.  babai Desa Pandan. helllo Bandar Sri Permaisuri. yes, im moved out :)


LynnGudiGudiGurl: dear you mohamad hafiz, dont go too far, too high. i worried we might fall down :(

Sunday, May 29, 2011

Face it: He's not that into you 2..

First day.
Then..i have or NEED to count the day again? AGAIN?
the game just begin or  final say; game over?









saya sangat letih sebenarnya..

Saturday, May 28, 2011

Face it: He's not that into you...

 :(


kita memang tak boleh paksa orang...
sepertimana orang lain tidak boleh paksa kita.


sehebat mana perancangan kita, hebat lagi perancangan ALLAH.
biarlah..
ada seribu hikmah menanti
saya percaya itu..

Tuesday, May 24, 2011

kita tak akan tahu selagi tak cuba.

kan saya dah kata..
teruskan hidup dengan cara paling indah..
tidak kira betapa hebatnya ujian yang menunggu.

dah puas menangis. kita happykan diri  la pulak kan . hee :)

aku tak akan berhenti.
orang yang gagal je berhenti sekarang.
kita tak akan tahu selagi tak cuba.
itulah :)

Sunday, May 22, 2011

Pertama Kali ke Petaling Street

Tipuu..
dah banyak kali pergi padahal.
tapi pergi naik kereta awal pagi sebab sesat nak pergi sekolah. entah macam mana boleh ter-redah sampai Petaling Street.
itu dululah. masa awal-awal dekat KL.

Tapi kali ni pergi sebab nak carik barang. benda. sesuatu.
tapi bile dah disogokkan dengan cerita tak best pasal Petaling Street, terus macam takut-takut.
tapi keinginan nak pergi tu atasi segalanya.

so here we go.
Seriusly aku sangat blur how to go there? where to park the car?
so me and Wanie(my sweet hosmet) decided nak park kereta dekat Hentian Puduraya and walk to Petaling Street. tak jauh. 7 minutes walking distances.
Ohh.. Hentian Puduraya change 360. bila masuk situ rasa oh maiii goddd ni tempat hape nih???
theheheheeh sungguh teruja.
terus rase nak beli tiket nak balik kampung. perghh
btw thanks to kerajaan Malaysia okay yang dah upgrade n renovate HP tuh. lepas ni tak payah la aku basah ketiak segala tunggu bas dekat Hentian Puduraya sebab da ade ekon. kekekeke

okey..Petaling Street. All i can say: syurga fake designer bags. LV, Coach, Gucci, Solvatore Feragamo, Marc Jacobs, Christian Dior, Jimmy Choo, Juicy Couture.. hah ape lagi? Just name ittttttt!!
Hadoiii..

Esok-esok bile dah feeling mak datin, konpem aku datang sini sambar coach satu. kekeke
sekarang tak mungkin sebab even kalau aku beli yang original sekali  pon orang akan pertikai itu adalah fake.
hellooo awak tu cikgu je kot. tiga bulan gaji baru dapat sebijik Coach idaman hati. sobsob.

lagi apa ya?
Petaling Street tak adalah seburuk yang digambarkan. kena pukul dengan penjual sebab tak beli?? no no no.
tak lah. bukan macam tu. aku rase kes pembeli yang datang kena pukul tu mungkin sebab dia dah tawar harga barang bagai nak rak, pastu blah macam tu je. mestilah yang jual tu hangin. pulak tu aku tengok semua penjual kat situ muka macam taiko je. aish.

Kes kena pukau kat Petaling Street?
Oh. yang ni agak bahaya. so aku dengan Wanie dah siap-siap tanggalkan bracelet kat rumah.
wanie tinggalkan card bank dalam kereta. so. kitorang ke sana just bawak duit saje. okay? mungkin ini korang dapat ikut langkah-langkah keselamatan kitorang buat.hehe

LynnTheGudiGudiGurl : i went soooooo far with him..takutnya :(

Thursday, May 19, 2011

Terima Kasih Tuhan

terima kasih Tuhan kerana selalu menyedarkan aku. 
bahawasanya dalam kita bersedih, kita tidak bersedih bersendirian..

bila pandang sekeliling, Allah bagi sekecil-kecil dugaan je jika dibandingkan dengan orang lain.

Sabar, dan teruskan kehidupan dengan cara paling indah.
InsyaAllah..

Sunday, May 15, 2011

Kongsi.

tengok wayang pertama kali kat KL. wah. kena masuk diary neh
saya tengok wayang dekat Viva Home-mall yang baru buka dekat Cheras tuh. 
orang tak ramai pun even pergi weekend.so dah dapat port lepak tengok wayang kat Kolumpo neh.
even cinema bukan cinema favourite GSC macam biasa tapi kira ok la dari langsung tak dapat tengok.
pergi Mid Valley. Full house.
cek kat Wangsa Walk. Full house
so Viva Home la jawapannya. 

dan tadi dah buat keputusan yang agak besar dalam hidup. eceh. da buat ASB loan dengan RHB untuk 20 years. wah. gile lama kan. xpe. ni jelah satu-satu nya cara nak disiplinkan diri dari buat saving. kalo tak memang aku suka menderma. aku memang  suka buat amal jariah kat mall nih. haihhhh..

Next.
aku harap aku boleh jaga diri aku. sebaik-baiknya.
Ya Allah.lindungi hambaMu ini dari maksiat dunia.
:(
 
semoga aku dan kamu berkongsi rasa yang sama. 



saya risau tua. ahh damn!

i just hit my jubli perak day. and im not feeling happy at all. ahaha. 
Okay.
siapa tak takut tua kan? bukan perempuan namanya kalau tak risau dengan age-ing nih. 
aku rasa aku dah tahap obses dengan semua menda yang berkaitan dengan anti-ageing sekarang. ahaha
dan bila aku ngadap internet, tangan ni laju je pergi kat search enjin goole : petua awet muda..
kehkehkeh kantoiii..

tapi berkat kerajinan aku menggoogle, meh sini nak kasi tips sikit nak maintain Forever 21.pewwit  dan sekarang aku dengan gigihnya cuba ikut.

1. sit-up. buat la sit-up weh.sepuluh kali sehari pon tak pe. at least perut kau yang berlapis-lapis tu kena tempias exercise. heh.

2. antioksidan. yang ni penting. aku syorkan green tea and a green apple a day. sekarang ni aku hari-hari bawak bekal epal hijau g sekolah. padahal tak dapat bwk nasik goreng g sekolah ko bawak epal. sobsob.

3. multivitamin and supplement. aku syor : Evening Primrose Oil dan Collagen. ahaa. sebut pasal collagen, aku ade consume satu product collagen dari Jepun brand Fabula. tah mana hidayah nak beli aku pon tak tahu. ni sebab lame sangat merayau-rayau tak tentu arah dalam Watsons terus dapat godaan syaiton beli menda alah tu. tak start makan or minum lagi. nanti aku updet. kalo aku rajin. hekhek

4. moisturiser lotion. bile makin meningkat usia, kulit makin kering. lagi-lagi kalau kau kerja dalam aircond 24/7. so rajin-rajinlah tenyeh lotion. aku syor: Palmers. :)

5.drink plenty of water. ni dah biasa sangat dah korang dengar. tapi korang tak reti-reti nak buat kan? macam haku la. aihh.

6. avoid sunscreen. kalo terpaksa juga berpanas cuba-cubalah pakai sunblock yer. hah Isnin ni ada Sport's Day. jadik Dayang Senandung dah la aku. huwaaa.


okay. itu sahaja. dan aku harap aku akan ade info tambahan. mungkin korang ada. share la. tak baik tau muda sesorang. 

Saturday, May 14, 2011

As-salam. here we go again..

...after  a month++ without any updates.
yeah. i am busy. i am lazy.

tapi tetiba mana datang semangat nak update hari ni aku pun tak tahu la.hehe


opps gotta go. tp i will update sooner. heee

Sunday, April 3, 2011

jangan..

a week..



bagaimana ya kalau saya tiada kawan-kawan saat ini?

Friday, April 1, 2011

saya jatuh cinta dengan PALMER'S .....

hari ni buat produk review. hehe tak penah2 kan. currently im in love with Palmer's product. be it lotion, scar lotion or lip balm..i just love them :)

kalo korang nak tahu, aku sangatla suka buang masa kat Watsons or Guardian. sangat suka okay tengok beauty products yang ada kat situ.duduk berjam-jam kat situ pon tak ape. hihi.dan hati dah lama terpaut pada Palmer;s nya product. i just dunno why. so aku  balik google dan terbukti products ni memang recommended by the doctors. so aku memang tak salah membuat pilihan...

 so sekarang i switch some of my beauty product to these...


Palmer's cocoa butter fomula with Vitamin E

since i nih keje sepanjang masa dalam air-cond, so i this losyen sangat lah penting. paling bes sebab bukan sahaja untuk elak kulit kering malah dapat kurang kan parut. gud2 :)






yang ni pon bes. yang ni untuk hilangkan parut dan ratakan skin tone, stretchmarks . kegunaan dia similar to Bio-Oil. yang ni i dah gunakan botol ke dua dah. Watsons tengah sale tau. dari RM 32.90 jadi RM26.90. aku sempat rembat sebotol je. pegi nak beli lagi wat stok dah habis licin. ishk3x.

psst: im using this sebab aku ada strectmarks tau. eh kurus pon ade stretchmarks ke? haih. redha je laa. so far product ni oke. my strechmarks is lessen. hope it works on my scars too. 


and now im thinking to use it's hand lotion and lip balm. 


oh i wanna tell you something:
there no ugly people, only the lazy ones !!!!

Friday, March 18, 2011

My C-Day


 i am graduated. officially. 



Date : 16 th March 2011
Venue: PICC, Putrajaya.

Zillion thanks to my beloved family and friends for always there for me.
i love u all so much.

Saturday, March 12, 2011

Mary Kay?

Im giving myselft 2 years.

keep on dreaming
but do not forget to move on..



Tuesday, March 1, 2011

rainbow..

Baru seminggu ni aku jumpa makan nasik.
dan nampaknya dengan selera yang oh sukar ditulis :)

dah hampir sebulan kerja. tak bergaji


sakit weh. nak-nak kalo kau hidup kat kota mata duitan KL nih
haiyaaa

LynnGudiGudiGurl: aku sepet. nasib baik kulit hitam.. :)

Wednesday, February 9, 2011

KL-Kuantan

Kenapa masih datang
kemudian meyakiti?

baik xpayah datang.

baik x payah.

entah berapa kali nak jadi macam ni :(

Monday, January 31, 2011

Kalut

as i writing this, keadaan dalam bilik serta ruang tamu umah berkecah hebat.
Tengah packing barang nak mulakan hidup baru.
Yes, i am about a week fly (hekk) to Kuala Lumpur.
Bapak nye semangat kan. 
Padahal nak pergi lagi seminggu.
Berkemas awal bukan la pilihan aku.
tapi start esok sampai 6hb aku busy amat. attend bff wedding, balik kampung, hang out ngn kekawan for last time, tuntut orang nak belanja :P, bla bla bla dan blah. haih.

tetiba rase semua benda penting dan nak angkut semua barang bawak g sana..
dan telah buat reseach online rate house rental kat sana. jawapannya : aku tak akn hidup kaya di sana T_T

okey lupakan yang itu.

okey menda lain.
yang buat aku terpikir panjang sebelum nak tidur semalam.
dia kata aku akan culture shock dan lupa semuanya,

haih. 
dia lupa aku nih cikgu agaknya...


LynnTheGudiGudiGurl: malam tadi aku makan nasi 4 kali tambah. a record. phewww

Sunday, January 30, 2011

Saya cikgu yang mengajar di Kuala Lumpur..:D

KUALA LUMPUR
SAYA DATANG!
TUNGGUUUUUU!!!!!!!

Thursday, January 27, 2011

jatuh ditimpa tangga..bertimpa timpa


 JATUH DITIMPA TANGGA...
sakitnya, Allah saja yang tahu....

Tuesday, January 25, 2011

Aku dibomohkan ke?

25 tahun lalu.

masih tiada apa yang boleh dibanggakan.

yea.

malam ni malam emo aku.


tapikenapakaubuatakumacamnilahanat....



Sunday, January 23, 2011

Contest Hitam Putih Paling Cool


Hello!
Saya masuk contest si gadis bermata coklat! ni. hehehe
Just go to the link dan boleh join contest yang dianjurkan beliau.

So , saya kasi gambar ni yang saya rasa sangat cool. kununnye la. hehe








 taraaaa


haaa ini la gambar nye.
kenapa saya kata cool?
sebab saya rasa pic ni macam seksi gitus
eh tapi penganjur nak pic cool bukan seksi
erk.
aci la kot. hihi

Korang nak tahu tak hadiah apa penganjur nak kasi?
RM100 beb!
Kepada penganggur terhormat cam saya neh, RM100 tu besar nilainya.
tetiba rase malu kat penganjur sebab student pon leh anjur contest cenggini. hikhik
lepas tu penganjur kata sile berikan ape hadiah yang saya nak kalo boleh menang RM100 nih.

Baiklah.

kalau saya menang RM100 nih, saya nak kawen.
eh bukan-bukan.

Kalau saya menang RM100 nih saya nak beli sijil simpanan premium supaya sy boley menang lagi dan lagiiiii!!!!

Oke done. eh ade lagi.
kena tagg  5 orang kawan.

Saya berbesar hati membuka peluang ini kepada :
1. Nurul Izzah
2. Elis Afia
3. Muhammad Juhairi
4. Tuan Aunz
5. Rosniwati.



Rahsia Awet Muda 1

Cara-caranya :
Selongkar peti ais di rumah.
jumpa sebiji tomato yang masak ranum tak?
Ade? Bagus.

Belah dua.
Sebelah sapu kat muka buat mask.
Sebelah tu makan.
Kalau rasa tak boleh telan, cuba makan dengan nasik. buat ulam.
Aku suka makan tomato dengan mee goreng. lovelinesss

Senang kan?
Guna saja ape yang ade kat rumah untuk petua kecantikan.
tak payah nak membazir nak buat facial kat salon yang hasilnya belum tentu menggembirakan.

Aih. aku kat umah banyak masa terluang. abis semua petua aku buat. sebab tanak tua cepat.
so far, petua ni paling bess. paling senang. paling murah.

Okaylah. yours truly aku tak nak tua cepat. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Saturday, January 22, 2011

Khurafat

Baru pulang dari menonton Khurafat bersama bonda. ya anda tak tersilap baca. menonton Khurafat bersama bonda dan seorang teman lain. 
Kali ni memilih menonton di Teruntum. First time aku tengok kat Teruntum. hehe
Dan ini first time tengok wayang ngan ma. Pelik jugak at first. ma pun tanak pegi tapi dipujuk dengan ayat power
barula nak pergi. 
diam je mak aku tgok wayang.suka la tu. konpem lepas ni ajak lagi. huahuahuahua

Okey. seperti biasa. review secara peribadi

1. Filem hantu versi Melayu terbaik setakat ni. mind you, aku adelah peminat setia cerita hantu, seram. so aku boleh buat perbandingan dengan telus sekali.

2.Biasanya dalam citer hantu biasa, kita cepat dapat predict sape jahat sape baik..tapi kali ni sampai dekat habis baru tahu sape jahat..hmmm..credit..tepuk sikit...

3. Hantu dia keluar dari setiap ceruk. kiri kanan atas bawah. hekkk laaa. aku sampai peluk kuat2 pop corn takut tercampak. adoiii..

4. shamsul yusof tak kontrol macho langsung tapi dia macho secara semula jadi dlm citer tuh. terjatuh cinta la pulak..shamsul. jum kapel nak?

5. aku ngntuk laaa. penat nk review. pergi tgok sendiri boley???
wawawawaw



LynnTheGudiGudiGurl: rase nk meletup. jelesssssssssss uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Thursday, January 20, 2011

senyum la. esok masih ada.

Entah mengapa, tahun 2011 berlalu macam angin. kosong. tiada apa-apa..
entahlah. 
terlalu awal untuk aku katakan 2011 bukanlah tahun yang indah untuk aku. 

ujian demi ujian datang.
masalah posting yang tak habis-habis
dan sekarang masalah famili......

Ujian/Dugaan.
sama ada balasan atas dosa silam 
atau
hikmah yang mendatang.


Allah tak akan menganiaya hamba Nya  :)

Wednesday, January 19, 2011

mimpi yang tak sudah..

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
aku!
........................................






da bangun dari mimpi semua?
sudah?
bagus.

aneh dunia nih.
haihh



Monday, January 17, 2011

Bukit Gambang Water Park

Ini cerita dua bulan lepas.
tapi biasalah aku 
baru nak update padahal tatau nak update ape tapi teringin nak update jugak
ni susah kalo mood rajin datang ni.
sehari sampai dua tiga kali update. hihi
harap-harap aku akan terus rajin dan boleh diiktiraf sebagai blogger.
kalo takat updet seminggu sekali just like old me jangan gatal2 nak ngaku blogger tegar.

Tahu tak kat mana Bukit Gambang tu? ahhaa. Kat Gambang Pahang. +- 30 minutes from Kuantan.

Aku tak tahu nak mula dari mana tapi disebbkan aku da pergi ke taman tema air yang lain, kecenderungan untuk membandingkan tempat-tempat ini adelah tinggi.
so pada aku BGWP adelah bes tapi Lost World of Tambun (Perak) is better :P
but its fun anyway since i went there with family and all the expenses adelah FOC :P

Oh ya, aku ade nasihat peribadi untuk sesiapa yang teringin nak pergi ke mana-mana taman tema air.
DONT GO DURING PUBLIC HOLIDAY/WEEKEND. kalau tak siap sedia la untuk melihat umat manusia yang selok nak main air. macam aku ari tu, beratur nak beli tiket saje dah dekat sejam. q sampai entrance. haihhh. terus hilang mood nak bersuka ria. pastikan pakaian anda sesuai. aku of cos la pakai bikini. bila lagi nak tayang body kan. ingat Fasha Sandha sorang je ke nak berbikini bagai. aku pon nak wawawa.


okela. untuk melengkapkan entry, terima la saya berbikini bergambar dengan kekasih hati.. 

*



*



*



*




*




*




aih. seb baik la aku bukan artis. kalo tak letih nak melayan gossip 
hehehe


LynnGudiGudiGurl : gigih mencari petua awet muda. .wakaka

saya perlukan cinta..


is it true?
kejap2. tengok pic atas kejap
kenapa love yang girl 'betul'?
kenapa love yang boy 'terbalik'?
tak puas hati neh..
grrrrr.

aih. whateever it is. 

lelaki kan suka macam-macam.
T__T



LynnTheGudiGudiGurl: thanks you make this week alive. dan tiba-tiba rasa daydreaming adelah tak buang masa :P tiba-tiba rasa takot dengan hari Jumaat neh. wahhhh.. tiba-tiba rasa nak mintak lambat la berjalan minggu ni. tiba-tiba rasa macam eh betul ke aku ni?..tiba-tiba rasa  aku koya sorang-sorang padahal it nothing. takpe aku selamat tiba-tiba rasa heyy ko saje nak beli hati aku yekk.. Okeh. stop the craps. bape kali tiba-tiba daaaaa

Saturday, January 15, 2011

2011 tolong beri sesuatu...

Kenapa kita selalu bersedih dengan apa yang kita tak dapat?

Itu persoalannya. 

Sebenarnya kita selalu sangat memandang langit..sebab itu kita sentiasa cemburu dengan orang lain..
Sesekali, kita perlu memandang ke tanah..supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang..




LynnTheGudiGudiGurl: speechless.....

Tuesday, January 11, 2011

Kebakaran di rumah

Kebakaran kecil di rumah.
mesin basuh terbakar.
mesin kelapa terbakar
tv rosak.
peti ais rosak.

berlaku sekelip mata. sekelip mata rugi dkt 8k.

betul la orang kata. kalo Allah nak tarik sesuatu menda tu, sekelip mata je.tak lewat sesaat pon.
kesian ma. fobia betul dia. berkali-kali dok terpikir 'bala' apa ni di awal tahun ni. haish.
jangan pikir bukan-bukan...

sekarang ni tugas suri rumah aku bertambah.
basuh baju pakai tangan. 
huhuhuhuhuhu



LynnTheGudiGudiGurl: nampak dia. tapi tak excited langsung.. mungkin rasa tu da mati........

Monday, January 10, 2011

Cinta Itu Buta



sape layan cerita cinta buta kat TV3 slot Cerekarama mesti tau lagu neh kan.
yer. aku tengok citer tu dari awal sampai awal. cerita dia soooo 'childish', boley predict dia punya ending tapi comellllll la .hehehe

dan sudah teraddict dengan lagu neh.
best sangat-sangat :)

Persoalannya di sini:
Kalau anda mencintai si dia, adakah anda sanggup berkorban apa sahaja?
hmmm...

Kalau anda mencintai si dia adakah anda menerima apa sahaja kekurangannya dan sanggup menerima cakap2 orang?
hmmm...

Oke done with this.


Monday 10th January 2010
I am still jobless.
Damnnnn!!!

AJL 25 : Apa yang bias nya?

Dah terjawab. Ana Raffali si awek yang suka berkebaya sambil main gitar tu yang menang
so what?
kenapa nak bising2 kat fb tak puas hati,
aku serius tak paham.

hehehheeh

Sebenarnya aku lagi berkenan Yuna yang menang.

ByeNunyte alls :)

Friday, January 7, 2011

Kereta Baru ..

Kereta yang diidam-idamkan akhirnya dah sah jadik milik aku. rase macam tak percaya black beauty nih dah jadi milik mutlak aku..Kalau diberi seribu pilihan pun aku tetap nak kereta ni. Dah jatuh cinta tahap tak boleh nak berpaling dekat kereta lain dah. hehehe. Dapat je kereta ni aku janji nak jaga betul2. taknak langgar divider, taknak langgar gate..hehehe. Pastu tak biarkan si black beauty ni kotor macam belacan. biar shiny sokmo-sokmo. ehemmm...



okey la. tak nak banyak bunyi. now proudly presented my new black beauty :)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


taraaaaaaaaa 



Cantik kan?



 Mesti la cantik. tengok la keta sape kan. tapi kejap-kejap aku nak tampar laju-laju pipi aku

PANGGGGG!!!!!!

tolong la berenti berangan pompuan!!!!!

Sudahlah jobless, makan minum mengharap belas ihsan mak bapak ade hati nak pakai Honda City. hahaha. 
sudah-sudah.

err tapi semua impian bermula dengan angan-angan kan?

erkk..si ccm tau ni mesti kecik hati dia ni. hehe
esok nak mandikan dia la. dah rupe belacan dah tu. haih.



LynnTheGudiGudiGurl: Tahun baru 2011 aku stat esok. ye esok. cukuplah seminggu di awal tahun baru yang penuh kesedihan. sobs.

Tuesday, January 4, 2011

....

missing you to the death. crying.


bodohnya rasa.

Saturday, January 1, 2011

Countdown New Year di Teluk Cempedak ..

tahun baru tiba lagi.
sambut tahun baru tahun ni dengan kawan-kawan.
tahun lepas sambut dengan makhluk tu depan laptop.. tapi dia rushing nak pegi main futsal. aikkk.boley  ingat  aku yek.perghhh...

tahun ni aku rase bes gile.
celebrate dengan kawan-kawan sekolah rendah merangkap kawan sekampung.
even keluar bertiga je tapi riuh rendah. hehehe
memula singgah East Coast Mall . niat asal mesti la nak layan muvie tapi semua muvie macam da tengok jee so plan cancelled!. so layan karok, window shop, makan-makan, bising-bising (harus!!!)
lepas tu blurrrr. tak tau dah kat Kuantan ni nak pegi redah mana. so pegi mengimbau memori dekat Kuantan Parade.. zaman remaja dulu Kuantan Parade kira da cukup bes dah. hihi
dan  tak pasal-pasal pegi karok lagi sekali. nak pecah anak tekak aku. haih.
lepas tu blurr lagi. nak pegi mana lagi nihh..
at last aku bagi cadangan yang agak mengong.
countdown new year dekat Teluk Cempedak!!!!
wakakaka.
tapi as usual TC tetap happening memalam. 
kalau ikut hati kitorang, nak lepak situ sampai pagi nak borak-borak tetapi memasing mak bapak da bising suro balik cepat terpaksa la balik..
overall, tahun ni tahun terbaik aku sambut tahun baru :)


opss ade cerita sensasi
a day before da pusing ktn dengan gewe lame. jengjengjeng. hahaha. tak tersangka fb temukan balik. jumpa kat fb hari ni, mintak no tepon, contact2, gayut-gayut. esok dating. hah setel. sehari jek proses. hahahaha express gile. 

dan adekah aku kini dalam hatinya ada taman?
tak ada maknanya T_T
kuar dengan mamat tu tak rase pape pon?!!
sebab Moksyok kata if kita ade chemistry/something dengan orang tu, kita rasa dupdapdupdap bile jumpa tapi aku non-ada.
asyik gelak 24/7 nak rase berdebar hapenya. haishh!
T___________T

LynnTheGudiGudiGurl: tadi dengan kawan-kawan semua buat sesi luahan hati. luahan hati dikecewakan jantan.....ape kau pikir kau hebat sangat. grrrrr