Sunday, June 23, 2013

Mana Nak Beli Dulang Hantaran Murah di Kuala Lumpur?

Hah skema habis tajuknya sebab hari ini saya serius.
Kenapa serius? Sebab saya serius takut dengan persiapan kahwin yang langsung tak bergerak langsung ni. huhu

Beberapa hari lepas saya dan Hariz dah tetapkan jumlah hantaran dengan serius. Makna serius di sini nak stick pada plan dan boleh buat survey dah.
Seperti dalam perancangan, dia bagi saya 7 dulang hantaran dan saya balas 9 hantaran. Saya tetapkan nak banyak tu je. Buat belas-belas tapi xtau nak bagi apa dan nak beli bekas hantaran dengan deco semua tu pon cost jugak ok. hihihi.

Ma dan kakak suruh hantar tempah je kat butik untuk dulang hantaran tu semua. Whattt?? Tempah kat butik? Setakat cucuk-cucuk bunga kat bekas hantaran saya rasa saya mampu DIY kot. If tak cantik pon rasa puas hati sebab buat sendiri dari hantar tempah tapi hasilnya mengecewakan. Sama macam abang saya kahwin dulu, kakak hantar bridal butik untuk uruskan bekas hantaran dan hasilnya teramat mengecewakan =_=.

So kali ini, apa nak jadi pun saya nak DIY. So since dah tau nak bagi apa kat Hariz, saya perlukan dulang hantaran tu semua. Tang pasti saya nak ikut bajet HAIH.

Dulang yang macam mana nak beli?
Ada kaki? Metal? Kayu? bla bla bla bla.

Saya mungkin prefer pada dulang yang ada kaki so that tak perlu par n alas par nak alas. even kat rumah da ade par dan alas par tapi yang kat rumah jenis old school punya. Taknak lah saya pakai :P Demand kauu..

Ok. mungkin perlu review berapa dulang/bekas perlu bagi pada Hariz.

1. wallet+ tali pinggang PERLU DULANG
2. perfume PERLU DULANG
3. Kemeja+slack PERLU DULANG
4. Kasut PERLU DULANG
5. Buah DULANG BUAH
6. Kek TAK PERLU DULANG
7. Al Quran, Rehal+ Sejadah PERLU DULANG
8. Sirih junjung TAK PERLU DULANG
9. Cincin TAK PERLU DULANG

dan tambah lagi tiga hantaran untuk majllis bertandang sebab ikut adat tempat saya, pihak perempuan kena bawa tiga dulang hantaran semasa majlis

1. makanan dalam tin ( saya pilih laici kot) PERLU DULANG
2. coklat (ferore rocher sudahh) PERLU DULANG
3. cookies ( tak decide lagi ) PERLU DULANG
4. buah-buahan DULANG BUAH.

So total :
DULANG HANTARAN: 8 BUAH DULANG
DULANG BUAH : 2 BUAH
CINCIN: 1 BEKAS TEMPAT LETAK CINCIN

Tema warna hantaran masa sanding: Semestinya Kuning. Taktau nak guna bunga apa. Saya nak bunga  matahari atau lily.  Pending di situ.
Tema warna hantaran masa bertandang : Merah + Putih. Bunga rose.

Since saya pernah menemani kawan ke Nilai dan menurut kata orang barang-barang hantaran kat situ sebenarnya way picey yang ada di KL.
So buat apa kat sana sedangkan saya pon memang dah kat KL kan hehehe..
Ramai teman blgger sarankan ke Chow Kit sebab katanya kat situ  murah. Tapi sehingga kini masih belum ada masa nak ke sana. Bizi melampau-lampau. Haih.

or mungkin ada bride- to -be ada tempat lain yang boleh suggestkan kat mana?

yess. absolutely kena sangat dengan tema kuning saya. Nak ambik idea ! Nak ambik idea !
Sape punya gambar ni? Saya ambil kat google.
Nak tiru idea boleh? hehehe




7 comments:

Princess Feyqa said...

dear.. kt kl yg murah tu pyh gk nak cari, utk kawen ni fiqa beli dekat fah lean.. u org mana? mcm best je adat bwk dulang tyme bertandang hehe

hana hadi said...

bunga kecik tapi biar kuning tu terang mcm bunga matahari tu..kalau bunga besar nnt barang hantaran xnampak.

Kat kedah dulang murah :) paksu hana kawin. dulang tu hana bagi free kat sebelah pengantin perempuan. eh ke memang org kawin bagi free je dulang. huhu

Che Cha said...

boleh try check PKNS shah alam. adaa macm2 kedai kahwin kat sini utk barang2 hantaran dan pakaian pengantin. :) baju pengantin lak saya jumpa kedai ADAGAYA kat Mydin Subang Jaya, dia leh offer RM500 utk baju pengantin laki pompuan termasuk sampin laki. murh lah.

saya cadangkan bunga lily hehe sbb favourite sayaaa. bunga lily putih , kuning dan pink pon ada. nmpk soft. :)

Adriannasyaz said...

Salam kenal lynn..sya yana b2b dr perak..folo blog lynn.jika sdi,snggh ke blog sya ya.trima kasih..klu kt perk ni tau la lynn..murah2 kt jln kuala kangsar..

"bella Chentaku" said...

kedai lilian chowkit ,murah...senang2 singgah blog ye..:)

yana said...

kt mne bli dulang ni dear

yana said...

bole x wasap sy 011379038687