Monday, October 21, 2013

Dugaan sebulan nak kawen : Kena kayap :(

Astahfirullahalzim...
Dugaan Allah bagi  macam-macam cara. Sekarang ni aku selalu diuji dengan masalah kesihatan. Selalu sangat penat,  sakit kepala dan paling terbaru..kena kayap :(

serius aku tak tahu pun tu kayap bila naik merah-merah kat kawasan peha. Sikit je merahnya tapi sakitnya pelik. Panas, pedih dan sebelah badan kanan aku rasa lenguh dan teramat sakit. even nak sapu badan dengan tangan pon rasa sakit sangat.

Akhirnya ke klinik. Doktor sahkan kayap. Aku terkejut sangat2. Tak pernah terpikir akan dapat sakit tu. Doktor cas RM 185 untuk painkiller, antivirus dan ubat cream.

Balik rumah makan ubat, esoknya kat peha merah-merah makin banyak dan makin sakit tubuh. aku pegi klinik lain. Doc cas RM 56..

Atas nasihat kawan-kawan, aku balik berubat kampung.
abah bawak jumpa kawan dia yang boleh berubat kayap. Kata pakcik tu memang musim kayap sekarang. huhu
dia baca doa pada sireh n air. Disebabkan kayap aku tu kat kawasan peha , dia tak boleh ubatkan. So abah la yang kena makan sireh tu and sembur kat kawasan kena kayap tu. Terima kasih abah :)

dan ade dia bagi bedak sejuk dan suruh cari tiga jenis daun kampung (tumbuk dan sapu pada kayap) aku tak ingat dah daun ape huhu..

Tapi lepas dua hari, kawasan kena kayap tu dah kering. Alhamdulillah.
Usaha cara moden dan kampung dengan izin Allah. 
cuma badan masaih lagi bisa2 :(
Kuat sungguh penangan kayap ni. Memang dia attack segala saraf kat tubuh. :(

untuk b2b sila la jaga kesihatan ya korang. Tak guna wat preparation kemain tapi bila hari bahagia korang jatuh sakit sebab xjaga kesihatan. tapi ditakdirkan jatuh sakit tu di luar kawalan kita. Banyak-banyak doa :)

Monday, September 9, 2013

Wedding Preparation: DIY Kasut Kahwin. Kasut Bertandang lah :)

okey sekarang nak update pasal DIY je. amboi nampak macam rajin sangat kan. ehehe. 
Kasut kahwin. Mungkin orang akan ambik langkah senang dengan guna je kasut yang bridal boutique provide. Tapi aku tak nak guna hehe.
Tambahan pulak Hariz's side we tak hire mana-mana bridal boutique nak uruskan semua tu. Semuanya buat sendiri. Dari urusan baju sampailah yang remeh temeh.
So aku decide nak beli sepasang kasut yang tak tinggi sangat .
Terjumpa sepasang kasut warna royal blue ( bertandang theme) yang kosong tanpa apa-apa decoration pon. So aku terus rasa nak menunjukkan bakat terpendam hahah. 
Malas pikir panjang aku main tampal-tampal je. yang penting pas kahwin, bleh pakai g skolah heheh



 Before and after.
Aku tampal guna hot glue. Malas nak jahit bagai. hehehe





 :)

Vinci shoes: RM 39.90 (after less)
Bling-bling : RM 9
Total lost:  RM48.90


 Tak cantik tak apa, yang penting aku puas hati :P


Friday, September 6, 2013

Wedding Preparation: DIY bantal Mr and Mrs.

Malam ni semangat nak menDIY. Tapi sempat lagi nak updet blog. hoho. kang ke mana projek DIY tak tahu lah aku. haha.

Projek DIY bermula.
Bismillah..
Kali ni nak buat bantal Mr & Mrs. 
B2B mesti semua tahu kan. Tengok-tengok kat fb, ade yang jual RM 90 sepasang, ada yang RM 70 sepasang ikut saiz bantal.. So, i think i can make mine myself. Mari berjimat ye rakan-rakan. Since aku sangat suka buat menda-menda  macam ni, aku korbankan masa sikit :)

So here we go. Oh ye. First thing first. Beli barang-barang nak buat bantal lah
2 biji bantal ( beli kat sogo) : RM 13.90 x 2 : RM 27.80
Kain nak buat sarung bantal : RM 2 ( semeter)
Kain felt untuk huruf (guna lebihan guest book) : RM 0
Total lost : RM 29.80
Nampak tak penjimatan di situ? Sukaaaaa :))

untuk buat sarung bantal tu, mintak my mom jahitkan. Sekejap je siap. Pastu aku print tulisan type Harrington size 700 pastu print. Gunting kain felt ikut huruf then tampal pada sarung bantal. Cadangnya aku nak guna hot glue tu je tampal malas nak jahit haha. 


sumber : google
nak buat sebijik macam ni tapi aku tak buat bantal untuk & tu. hehe n sarung bantal aku guna warna kuning :)

Ini aku punya. In progress. Tulisan tu aku rasa kurus sangat. Tak cantik.  Nak gemukkan sikit. Hahaha


Tak siap lagi bantal aku tapi sibuk tak update blog. Doakan projek bantal aku menjadi. Jangan hangat-hangat taik ayam hoho

Nanti siap upload later haha

Thursday, September 5, 2013

Wedding Preparation: celah ketiak celah paha dah cek? Jom kita kasi cantik part2 itu :P

Haa lame menyepi. Menyepi sebab sibuk mencantikkan diri. Kurang 3 bulan lagi nak kawen kann. HAHAHA
Tak adalah. saya busy melampau lately. Banyak menda nak kena buat. 
Okay back to the post title.
Dalam korang sibuk buat persiapan baju sanding la, pelamin la, hantaran la, goodies bag la, korang tahu tak perkara paling penting untuk sebuah perkahwinan adalah diri kita sendiri. Tak ada guna pelamin gah macam istana, hantaran berbelas-belas, goodies bag kau la paling meletopp tapi diri sendiri si pengantin berdaki berkerak. 

Haha kasar bunyinya. Tapi saya rasa saya tak salah kot. Since kurang lagi tiga bulan lagi saya nak kawen, memang saya titik berat sangat soal-soal tu. Jujur saya bagitahu kulit saya memang bermasalah. Sangat sensitif dan senang dihinggapi jerawat. Bukan setakat dekat muka tapi dekat belakang badan sekali. Plus saya memang pengguna tegar deodorant dan hasilnya warna kulit di bahagian ketiak/ armpit memag tak sama dengan warna badan. Ini memang menggusarkan hati. Saya memang jeles ok tgok pompuan  yang ada sekujur tubuh yang halus mulus tanpa cacat cela. Malangya saya bukan lah sebertuah itu.huhu
Tapi tak bermakna kita tak boleh usaha kan nak dapatkannya jugak? Lagi-lagi nak kawen ni. Mestilah nak bagi yang terbaik kat bakal suami kan. Pulak tu antara resipi paling penting dalam rumah tangga. hahaha
Da macam nenek bagi nasihat pulak.

Disebabkan itu, saya gigih mencari petua dan produk yang sesuai nak bagi kulit halus mulus. tak macam baby tak apa asalkan suami suka sudahhh. kekeke. 

here some tips: 
1. Gosok badan dengan limau nipis. SETIAP HARI. Seluruh badan ok. Amat bagus diamalkan oleh b2b. Since saya sangat lah pelupa. dah masuk bilik air baru teringat limau nipis. So saya da letak siap-siap kat bilik air limau nipis dengan pisau. Pastu sentallah badan dengan limau nipis tu ye. MEMANG TERASA PERUBAHANNYA. Kulit jadi wangi semula jadi. Tak tipu ok.

2. Skrub la badan setiap hari guna loofah. 

3. Saya kini pengguna setia produk Jamu Susuk Dara. No no no. Bukan yang telan nak kasi tettt sempit tu. I tak kawen lagi mane boleh makan sembarangan. Tapi saya guna magic slim soap JSD. Seyesly memang sabun ini magic. Saya pakai dua minggu, pastu perasaan warna kulit kat ketiak cerah, terus saya repeat order dengan beli feminine wash dengan masker vagina. Seronok sangat terus beli macam-macam. Saya amat syorkan kepada anak dara yang nak kawen. Rangkaian tiga produk ni memng bes. Saya dah cuba dan memang berpuashati sangat-sangat. Dek kerana saya kerap repeat order untuk diri sendri dan kakak (kakak pon pengguna setia JSD) stokist JSD dah melantik automatik jadi agen bawah dia. hehehe. Oh ya masker vagina tu saya guna lepas mandi sapu celah paha dan jujur saya cakap memang ada perubahan yang memang buat saya gembira. Alhamdulillah :)

4. Jangan pakai deodoran ! kecuali masa-masa tak boleh elak macam nak pergi shopping konpem-konpem la berpeluh ketiak. haha. jangan seksa orang di sekeliling anda ya. tapi sebolehnya kurangkan guna deodoran.

5. Saya dah berhenti minum ais. dah dekat dua minggu. Semoga saya istiqamah hahaha. Ais tak bagus. Untuk sistem badan malah untuk sistem peranakan pon. Banyakkan minum air suam sahaja. bangun tido pon terus minum air!.

Ok itu saje kot setakat ni. my mom ada sarankan letak limau nipis dengan kapur dekat ketiak bila saya cakap ketiak tak cantik tapi sejak guna sabun JSD, saya rasa macam malas pulak heee.
oh ya, if ada sapa-sapa nak try JSD just contact me or mana-mana agen, stokist JSD. bukan niat nak bisnes pon. If saya beli, boleh saya orderkan sekali kat korang. If nak try bleh contact me  direct to 017-4347751 :). ready to help. insya Allah.



Monday, August 26, 2013

Wedding Preparation: Slow but still in progress..

Long hiatus after eid mubarak.
Hectic life begin as usual after not-so-long cuti raya. Sigh.
Kali ni super duper hectic.
Kerja.
Kelas master kat ukm start seminggu dua lagi.
Wedding preparation.

Ok. just nak update pasal wedding preparation. Cuti raya hari tu sempat ke bridal boutique nak finalised baju akad nikad, sanding dan bertandang. Alhamdulillah setel dah even baju bersanding tak menepati citarasa. Dan paling penting, my wedding color theme terus berubah dari kuning to peach. Hadoii. Sungguh spoilt.

Since aku request simple pelamin dengan pastel color ( tak nak pelamin box, taknak pelamin frame etc etc)  wedding planner tu mintak aku tukar color theme jadi peach since kuning terlalu terang untuk pelamin impian. Haih. Pasrah sahajalah.
So baju untuk majlis sudah difinalised.
#Akad nikah-Dusty pink
#Sanding- Peach
#Bertandang-Royal blue.

Barang hantaran.
Fuh yang ini pon dah boleh tarik napas lega.
My side :
1.Perfume
2.Watch
3.Handbag
4.Kain pasang
5.Quran + Telekung
6. Kek
7. Buah
 Tinggal kain pasang sahaja lagi. Nak cari kat Indon nanti kalau sempat. If not beli batik sutera terengganu  je lah.

Hariz's side:
1. Perfume
2. Belt+wallet
3. Slack+ kemeja
4.Kasut? Kemeja?
5. Digital Alquran
6. Buah
7. Kek
8. Sirih junjung
9. Coklat
 Hariz's side ni pening sikit. Aku tak tahu dah nak topap apa cukup jadi sembilan. Nak je letak tv sebijik. hahah.

Update later semua barang hantaran. Udpate dari sekolah. Kerja bertimbun tapi mood terbang kat mana tah.

Tuesday, July 30, 2013

Wedding Preparation: Hepi Besday Putera Arjuna Kesayangan Beta :P

hahahah. yesss his besday to be exact. My other half. Insya Allah in few months sahaja lagi.

Tapi tahukah kalian ini kali pertama aku sambut besday dia?
Ye. Lelaki yang tak kukenal kurang setahun itu bakal jadi orang penting dalam hidup.

Kenal-bercinta-amek keptusan nak kawen. TAK SAMPAI SETAHUN.

Gila ekspress hubungan aku dengan dia. Tapi inilah dikatakan jodoh. i will blog about this later.
Yang pasti beberapa jam lagi besday Hariz. Besday dalam bulan puasa. Nasib lah tak ada acara makan-makan kek.Seyes tak tahu nak bagi apa untuk hadiah besday dia. Aku siap bagi chance nak request hadiah ape pon dia still jawab main-main. 
So amek kau hadiah pertama untuk ulang tahun kelahiran kamu. Boleh dipakai raya nanti.kihkih

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Size L kata beliau. 
Baiklah.



Selamat Ulangtahun Kelahiran Syg.
Terima Kasih untuk segala-galanya. 
I love u very strong :')

Monday, July 22, 2013

Wedding Preparation: Handbag. Jam. Kenapa Semuaaaa Nampak Huduh Di Mataku :P

Aaaaaaa takotnyaaaaa lagi 4 months nak gaji tapi barang hantaran satu pon tak beli lagi.
Kononnya nak beli masa sale raya tapi malangnya semuaaa tak mendapat tempat di hatiku. 
Semalam ke Midvalley. Sebab utama nak pergi tengok handbag dekat Charles n Keith. Satu pon aku tak berkenan.
Bila dah kat Charles n Keith semuanya tak cantik, then where to go? Aku da start serabut.
Kemudian masuk 
Guess- tak lawa
Zara- tak lawa
Mango- tak lawa. lagipon remaja sangat brand nih
Renoma-tak lawa
Sembonia- Agak lawa. Buleh dijadikan optional. Tapi masalahnya over the budget :(. Seyesly i wont spent large amount (for me la)  untuk bag hantaran since aku paham sangat kualiti beg pvc sekarang. Pakai dua tiga kali terus menggelupas. I hate this. Lainlah beli leather. Tapi kau mampu keee? Sobs.
Carlo Rino: Aku pon tak paham kenapa aku tak minat sangat dengan carlo rino . mungkin sebab cikgu-cikgu memang suke pakai carlo rino jadi macam aku pon da tak minat nak beli. Boring weh pakai brand sama dgn orang. Amboi tak nak sama ngan orang, pergilah beli Michael Kors sebijikk. kihkihkih
Elle : Dalam senarai jugak. Tapi tak jumpa yang berkenan lagi

Lepas raya kena hunt lagi. Mintak-mintak la ade la yang berkenan di mata dan berkenan di poket. haha
Bila dah rase macam susah2 camni aku rase nak  tukar hantaran handbag dengan menda lain. Tapi apekahhh?? Alahai.

Jam tangan. Pon macam tu jugak. Masih tak jumpa apa yang dihajati. Taste nak tinggi tapi nak yang murah. Banyak cantek muka haku kan. kehkehkeh.
Fossil, Guess, Elle. Masih tak jumpa yang cantik. Pening wehh

Mungkin sebab aku puase semalam mempengaruhi mood nak beli. Ape kaitan pon aku tak paham hahah
Ok la. Lepas raya aku kena betul-betul kena beli dah. Jangan nanti main rembat je. Menangis laaa jawabnya 

Saturday, July 20, 2013

Wedding Preparation: Tudung Nikah? Sanding? Outdoor? Akad Nikah?

Ok tatau.
Tak nak pakai tudung awning. Nekad
Tapi nak pakai tudung hapeeeee?

Tensen :(

Friday, July 19, 2013

DIY PROJECT: Lollipops Flower?

Nak try buat lah. Macam senang. Boleh bgi kat kids.
Nanti nak try beli lolipops barang sebatang dua. Pastu nk try buat. Kalau tak rumit, boleh proceed :)

 
lollipops dengan bekas kuih tu je :)





lollipops dengan paper biase je


 yang ni comel. i likee.
lollipops dengan crepe paper


lollipops with waste paper.
jimat-jimat. hehe


Guestbook, 
pon nak DIY. oh tak sabar :)

Tuesday, July 16, 2013

Nak Tau Petua Sambal Bilis Petai Sedap Tak?


Semua orang boleh masak kan.
Yang jadi beza nya antara sedap dan tak sedap je.
Since nak kawen ni, aku makin kerap masuk dapur. Masuk  untuk masak. Bukan masuk untuk makan. heheh

Dan sepanjang ramadhan ni, aku nekad taknak beli main dish kat bazar. nak masak je. Beli kuih je kat bazar. Alhamdulillah so far azam tu masih berjalan dengan jayanya :P

okeh berbalik kepada tajuk entry.
Aku bukan lah peminat petai. Bau pon kadang-kadang memeningkan. Kalau makan sambal udang petai atau sambal ikan bilis petai, aku mesti asingkan petai letak tepi. Sebab memang tak makan.
Tapi entah hape mimpi dua tiga hari lepas aku teringin nak makan petai. pulak dahhh. Selera bulan ramadhan  ni memang pelik-pelik sungguh. 

Tiba-tiba aku terbaca kat artikel untuk sedapkan sambal udang petai, PETAI ITU PERLU DIGORENG dahulu sebelum start menumis bahan-bahan blend. So aku pon try lah. Hasilnya memang yessss sambil petai udang petai aku memang less bau petai, dan rasa petai dia tekak aku boleh terima.Dan tak rasa sangat kat tekak.

Tengkiu. dah dapat petua baru.

So hari ni aku praktik kan petua tu. Tapi kali ni bukan udang. Hari ni resepi sambal ikan bilis goreng petai.
Ingat ye, goreng petai tu dulu. Tapi jangan goreng sampai lembik. Agak-agak da separuh masak lah. Angkat dan asingkan.
Pastu baru masak sambal ikan bilis dan gaulkan petai yang digoreng tadi macam biasa . 
Confirm rasa sambil ikan bilis korang lagi sedap dan tak rasa kat tekak.  



My sambal ikan bilis petai. Buat banyak-banyak. Esok panaskan je lau nak makan.



Sekarang ni lepas masak wajib snap pic hantar kat Mr Future. Suruh dia  buat penilaian. Hahah. Lepas tu mesti  dia request nak jugak.  Tapi kali ni tak send any pic takut merajuk sebab dari semalam dia mengidam nak makan. aih  tapi kan hakak pedulik hape. jap lagi nak send. kekekeke


Sunday, July 14, 2013

Wedding Preparation: Sudah Survey Cincin Nikah Mr Future.Langsung Tak Berkenan !

Hehehe. Tajuk sudah menggambarkan segala apa yang aku nak tulis.

Minggu lepas dengan semangat membara nak survey barang kawen, aku bangun awal pagi sediakan breakfast. Ahaha buat sandwich je padahal. Kejutkan Hariz dan ready nak pergi survey. 
Konon nak pergi pagi pukul 12 jugak geraknya. So tempat pertama yang dituju haruslah ke Wangsa Walk sebab nak pergi tempah cincin Hariz kat situ hajat nya. Tapi malangnya kedai emas Refa itu sudah ditutup. Haaaaihhhh. Patutlah aku berpusing-pusing cari tak jumpa. So kami pon masuklah ke Poh Kong.
Rupa-rupanya memang susah nak cari cincin lelaki ye. Design kat Poh Kong satu pon aku dan Hariz tak berkenan. Kalo berkenan pon size tak ada dan perlu ditempah.
Oh ye rate harga cincin silver  kat  Poh Kong bermula RM 199- RM499 camtu la. Harga  tak boleh negotiable. Fixed price. 

Aku ade berkenan sebentuk cincin  kat situ  tapi tak ada size Hariz tanya pada salesman boleh tempah dalam sebulan siap. Nasib baik lah aku dikira masih awal juga mensurvey cincin nikah ni. Tapi aku tak tempah lagi. Masih lagi semangat nak mensurvey. Hehehe.

Kemudian, kami gerak ke Sogo. Ya Allah ramainya manusia. mungkin weekend last sebelum ramadhan orang pakat ambil kesempatan nak beli barang raya. Abaikan yang itu sebab aku tak niat nak beli apa-apa pun kat situ. Masuk Pok Kong kat Sogo. Design cincin  kat situ pon lebih kurang sama yang ada kat Poh Kong Wangsa Walk. Dah nama pon kedai sama kan. Haiyaaaa. ahaha

Kemudian terus ke Pertama Kompleks. Kat situ ade kedai emas-tak-tau-nama . Aku masuk. Cina kat situ tunjuk cincin untuk lelaki. Katanya ade campuran emas putih. Ingat ye, lelaki Muslim tak boleh pakai campuran emas even itu emas putih. So konfem-konfem la tak boleh beli.
Kemudian pergi Cincin Emas Sirih Pinang kat Semua House. Kat sini aku rase nak gelak. Cincin rege asal RM999 pastu katanya ada sale 50% +20 % so rege cincin tu jadi RM3++. Hahahah apesal tak tak taruk je harga tu. Macam-macam cara nak tarik pembeli. Hadoiii.


So, servey cincin nikah pending dulu. 
Aku ade like kat FB page AnggunKlasik yang buat cincin ni. Macam lawa dalam pic tapi aku jenis tak percaya kalo tak tengok sendiri. Kedai dia ada kat Shah Alam kalau tak silap. Insya Allah lepas raya ni nak ajak Hariz pergi tengok sendiri lah.



Nak tempah cincin couple pon boleh. Material dia silver.
Tapi harga tak tahu berapa -__-


Design ni aku macam dah berkenan tapi yang nak pakainya Hariz. so kena tanya bossss

Tengah serabut-serabut fikir pasal cincin tu, Hariz called mak dia. Katanya TAK PAYAH BELI CINCIN MAHAL-MAHAL KAT HARIZ SEBAB HARIZ TAK PAKAI. ahahahahahah terbaikla mother in law.
Kang aku beli cincin siver kat booth cincin silver tu je kang haaa. hahah.
Hariz pon tak beria sangat pasal cincin sebab katanya lepas kawen dia tak nak pakai cincin sebab rimas  tapi aku wajib pakai cincin. BANYAK CANTEKK !!
Ah tak kira wajib dua-dua pakai cincin pas kawen.nanti orang ngorat !
Aku pon jenis cepat rimas pakai cincin. Cincin kat jari paling lama bertahan seminggu pastu aku simpan masuk kotak ehehehe.

Lagi, servey perfume dan jam tangan. Kata Hariz jam kat Pertama Kompleks murah. Aikk murah tu sebab tak ori ke? Gred AAA ke? TAK NAK pelis !. Barang hantaran kawen beli yang fake? NO WAY!
Tapi aku g survey dan tanya kat owner kedai jam rupa-rupanya jam kat situ memang murah sebab harga sewa kedai yang murah berbanding mall. Koleksi jam pon tak banyak sebab dia memang ambik sikit untuk satu-satu brand. AKu focus kat Fossil ngn Elle je. Lain-lain brand tak mendapat tempat di hati. Mungkin Guess akan masuk senarai. Design kat Fossil outtt. Langsung aku tak berkenan. Sama jugak dengan Elle. Tak ada rupa ciri-ciri jam nak dibuat hantaran pon. Sigh. 

Perfume. Same jugak macam jam. Aku pada mulanya ragu-ragu perfume kat situ ori ke? Haih. Untuk hantaran, Hariz dah request Gucci Flora sebab wangi kataya. hehehe. Kena beli ikut cita rasa bakal laki. dia yang nak bau. eeeee gedik kakakakakaka. Untuk Hariz, aku request CK. Bau dia tak strong sangat macam CK yang dulu-dulu. Tapi kami tak beli lagi. Nama pon servey kan.

The next day. Aku keluar sorang-sorang naik lrt pergi Semua House semata-mata nak servey dulang hantaran dan bunga. Too bad, apa yang aku  nak semua tak ada kat situ. huhuh. Nampak gayanya kena cari kat lain. Banyak lagi kedai kat KL aku tak terjah ni. ehehe. 

So far, aku dah lega sikit sebab at least dah buat servey sikit-sikit. Tak lah lost sangat bila time nak g beli nanti. Untuk handbag, kalau aku rajin lepas sekolah nak pergi MidValley nak tengok handbag. Niat di hati nak Coach sebijik hahaha tapi apakan daya den tak mampu. So Charles n Keith jadi pilihan. Harap-harap ada yang berkenan. Nanti nak survey online dulu kat Charles n Keith..:)

Oh ya, tengkiu pada blogger b2b yang singgah kat sini. Nakkkk sangat berkunjung ke blog korang n link kat blog aku nih tapi mase tak mengizinkan sangat-sangat. Akan buat. Janji !
So sesapa yang tersinggah kat sini, tengkiu n welcome. Gud Luck yer dear :)

p/s: aku dah tempah goodies bag n buku doa untuk tetamu.percuma kad kawen pada harga yang murahhhhh sangat. Nanti aku updet later. :)



Wednesday, July 3, 2013

Wedding Preparation: Tempah Cincin Mr Future, Survey Barang Hantaran, bla bla bla

lebih kurang 4 bulan sahaja lagi,
Bakal pengantin yang bizi melampau ini masih belum kursus kawen, masih belum survey walau satu hape pon barang hantaran, and even belum lagi nak putuskan nak pakai warna apa untuk nikah, sanding, bertandang.
Apetah lagi nak fikirkan segala benda kasut kawen, tudung nikah, tudung sanding, veil, guestbook, handbouquet, signage, bla bla bla.

Nice kan aku -_-

Weekend dua tiga hari lagi bakal jadi weekend terakhir sebelum kita sambut ramadhan. Jadinya aku dah plan nak marathon hujung minggu ni dengan Hariz buat persiapan kawen padahal nak deting, gedik ohh
So plannya nak g survey hantaran utama aku nanti: jam tangan, hand bag, perfume.

Lagi satu yang paling penting. cincin nikah Hariz. Cincin belah aku mak dia yang setelkan. Aku tak kisah lah design macam mane pon. Bagus kan aku. Tak nak cerewet-cerewet ni. hehehe

Yang masalahnya cincin dia. Hadoiii ,mungkin akan ke Wangsa Walk. kat situ ade kedai emas (tak ingat name) yang ada cincin untuk lelaki yang nice dan up to date within budget. hehehe. Lagipon dah dua orang kawan aku beli cincin untuk groom's side kat situ. Lawa dan harga berpatutan :)
Ehehe tak sabar nak g tengok. Later update.  :)

Oh ye.. sesape yang ade di sekitar Kuala Lumpur, ade warehouse sale untuk branded perfumes n cosmetic kat Corus Hotel. Hajat kat hati macam nak pergi tapi bizi dengan kerja. hadoiiiii. Tapi aku ni kalo pergi ni harus terbabas nih. konon-konon nak beli untuk hantaran lah... cesss...




Sunday, June 30, 2013

Masker Jerawat Semulajadi: Serbuk Kacang Hijau

aku sekarang tengah mencuba sedaya upaya nak cure muka supaya dapat balik muka macam dulu at least. 
even tak flawless tapi tak ade jerawat n parut sepah-sepah.
dah nak kawen tapi muka buat hal. tak ke sakit hati? 
even Hariz tak pernah keluar statement menyedihkan hati so far tapi aku tak hingin nak kawen n sanding muka ade jerawat even mekap can hide all. TAK NAK!

so since aku dah terlalu takut sangat nak kawen kagi 5 bulan tapi jerwat tak henti-henti kuar, aku rase macam nak beli semua kosmetik yang jual yang kononnya boleh cure jerawat.
Antaranya produk dari Korea yang quite famous. aku rase semua orang tahu kan . M*racle Tab. Haih
Since aku rase ni produk international selling, n orang suma duk tayang testimonials yang berjaya, aku pun turut terjebak. bukan murah ok. melayang jugak duit aku RM250 untuk tiga produk dia tu.

Tapi keadaan makin worst. Jerawat makin beranak pinak tambah lagi gelupas halus kat idung. Aku contact dealer dia katanya aku teruskan pemakaian. So aku turutkan sampai sebulan. Jerawat makin naik dengan hebatnya sampai merebak kat pipi!. Sebelum ni pipi aku selamat dari jerawat. sobsosb.So aku nekad nak stop. Lepas stop, jerawat dah stop naik. Aku teruskan makan vitamin B, C dan E shaklee je.

Sekarang ni muka aku tak pakai any facial foam, any toner, any cream. Memang bogel langsung. Nak bagi kulit free dulu baru nak fikirkan produk ape yang elok.

Korang ade pengalaman dan boleh suggest yg mane elok?

Sementara kulit tengah free ni, aku kembali ke cara menjaga muka secara semulajadi.
so orang kata masker kacang hijau bagus untuk kulit jerawat. Aku dengan gigihnya blend la kacang hijau nak dapatkan serbuknya. orang kata ade jual dah yang serbuk kat kedai tapi aku tak sempat nak cari. 
Lepas dapat serbuk tu, isi air sket n tampal kat muka


Alhamdulillah, bila pakai rase segar n jerawat mcm dah kering. Aku pakai baru tiga kali.
dan insyaAllah nak teruskan je masker ni. Tapi tak kan aku langsung tak pakai pape cream kot. haih masalah sungguh la.  :(

Sunday, June 23, 2013

Mana Nak Beli Dulang Hantaran Murah di Kuala Lumpur?

Hah skema habis tajuknya sebab hari ini saya serius.
Kenapa serius? Sebab saya serius takut dengan persiapan kahwin yang langsung tak bergerak langsung ni. huhu

Beberapa hari lepas saya dan Hariz dah tetapkan jumlah hantaran dengan serius. Makna serius di sini nak stick pada plan dan boleh buat survey dah.
Seperti dalam perancangan, dia bagi saya 7 dulang hantaran dan saya balas 9 hantaran. Saya tetapkan nak banyak tu je. Buat belas-belas tapi xtau nak bagi apa dan nak beli bekas hantaran dengan deco semua tu pon cost jugak ok. hihihi.

Ma dan kakak suruh hantar tempah je kat butik untuk dulang hantaran tu semua. Whattt?? Tempah kat butik? Setakat cucuk-cucuk bunga kat bekas hantaran saya rasa saya mampu DIY kot. If tak cantik pon rasa puas hati sebab buat sendiri dari hantar tempah tapi hasilnya mengecewakan. Sama macam abang saya kahwin dulu, kakak hantar bridal butik untuk uruskan bekas hantaran dan hasilnya teramat mengecewakan =_=.

So kali ini, apa nak jadi pun saya nak DIY. So since dah tau nak bagi apa kat Hariz, saya perlukan dulang hantaran tu semua. Tang pasti saya nak ikut bajet HAIH.

Dulang yang macam mana nak beli?
Ada kaki? Metal? Kayu? bla bla bla bla.

Saya mungkin prefer pada dulang yang ada kaki so that tak perlu par n alas par nak alas. even kat rumah da ade par dan alas par tapi yang kat rumah jenis old school punya. Taknak lah saya pakai :P Demand kauu..

Ok. mungkin perlu review berapa dulang/bekas perlu bagi pada Hariz.

1. wallet+ tali pinggang PERLU DULANG
2. perfume PERLU DULANG
3. Kemeja+slack PERLU DULANG
4. Kasut PERLU DULANG
5. Buah DULANG BUAH
6. Kek TAK PERLU DULANG
7. Al Quran, Rehal+ Sejadah PERLU DULANG
8. Sirih junjung TAK PERLU DULANG
9. Cincin TAK PERLU DULANG

dan tambah lagi tiga hantaran untuk majllis bertandang sebab ikut adat tempat saya, pihak perempuan kena bawa tiga dulang hantaran semasa majlis

1. makanan dalam tin ( saya pilih laici kot) PERLU DULANG
2. coklat (ferore rocher sudahh) PERLU DULANG
3. cookies ( tak decide lagi ) PERLU DULANG
4. buah-buahan DULANG BUAH.

So total :
DULANG HANTARAN: 8 BUAH DULANG
DULANG BUAH : 2 BUAH
CINCIN: 1 BEKAS TEMPAT LETAK CINCIN

Tema warna hantaran masa sanding: Semestinya Kuning. Taktau nak guna bunga apa. Saya nak bunga  matahari atau lily.  Pending di situ.
Tema warna hantaran masa bertandang : Merah + Putih. Bunga rose.

Since saya pernah menemani kawan ke Nilai dan menurut kata orang barang-barang hantaran kat situ sebenarnya way picey yang ada di KL.
So buat apa kat sana sedangkan saya pon memang dah kat KL kan hehehe..
Ramai teman blgger sarankan ke Chow Kit sebab katanya kat situ  murah. Tapi sehingga kini masih belum ada masa nak ke sana. Bizi melampau-lampau. Haih.

or mungkin ada bride- to -be ada tempat lain yang boleh suggestkan kat mana?

yess. absolutely kena sangat dengan tema kuning saya. Nak ambik idea ! Nak ambik idea !
Sape punya gambar ni? Saya ambil kat google.
Nak tiru idea boleh? hehehe




Sunday, June 16, 2013

Resepi Home Made Pizza. Nak kawen kena pandai masak . hehehe :P

Seorang diri kat rumah.
Housemates kuar g dating. Saya jugak la melepek kat rumah. Kerja banyak. Esaimen banyak sangat.
Tapi tak datang mood nak buat. hehehe

So mari buat pizza. Ni second attempt sebenarnya. Buat sekali kat rumah kat kampung, semua puji sedap (kekekek) baru bleh wat lagi.

Tapi kali ni tak buat doh untuk kulit pizza. Sebab malas nak uli dan nak tunggu sampai naik. Solutionnya beli je doh kulit pizza yang ready made kat Giant. Bahan inti je saya sedia . hehehe
Puas hati okay buat sendiri sebab boleh letak sebanyak mana pon bahan kamu nak. Walaupun cost nak buat sebiji pizza home made lagi mahal sebiji Dominos saiz kecik sy tetap puas hati. ehehe


Taraa pizza versi saya dengan limpahan keju dan sos dan juga inti yang melampau lampau banyak nya. Kalah Dominos dan juga pizza hut. ahahaha


Yang pasti kena bagi Hariz try. Nak dengar dia komen. hehehe 
Jarang masak untuk dia. Dia pon tak pernah request. Hai ingat sy tak reti masak ke hape? ahaha.

Aik mane resipinya?
Haa ade ke orang nak? Lau ade orang nak, bitau kat comment yek. nanti saya wat entry lain.
Nak masuk dapaor dah. nak masak untuk buka pose. Haihh bulan Ramadhan esok luse mula lah kelam kabut nak ganti pose. Typical me. !

Thursday, June 13, 2013

Apparel Untuk Siblings Done! Haruslah berwarna Kuning :)

Seperti yang ditetapkan oleh hati sendiri  dan family, plan untuk  warna tema kawen saya iaitu Yellow Mellow diteruskan. Disebabkan majlis saya bulan 11 kelak, so saya terpaksalah memberi tahu lebih awal kepada seluruh kaum kerabat bahawanya saya mahu mereka memakai pakaian kuning. Biar silau orang memandang family saya pada hari tersebut. heee

Saya sebagai pengantin sengkek hanya dapat mensponsor untuk ma, abah dan  adik beradik sahaja. Makcik, pakcik, sepupus sepapat sorilah pengantin tak cukup budget :P

So untuk pakaian family lelaki saya tak kisah sangat. Nanti time sale kat Sogo (lagi-lagi nak raya nanti !) boleh lah saya merembat sepasang dua untuk mereka. Eh jap, saya hanya ada abah, abang dan abang ipar sahaja lah. HAHAHA. Nasib baik abang-abangku bukanlah kaki demand nak Armani Exchange, Topman, Gap mahupun  Zara. Kalau dibelikan Renoma, Polo mahupun Padini masih mahu dipakai. Legaaaaaa di situ :)

Yang saya kisahkan adalah untuk kakak-kakakku ini. So terpaksa mencari kain pasang lebih awal sebab nak tempah jahit lagi, nak tampal lace lagi dan kalau rajin nak buat beadings (kalau rajin tapi saya sure sangat mereka sangat malas macam saya ) so bermulalah pencarian kain pasang berwarna KUNING.
Untuk kain pasang, family saya memang suka membeli di kedai-kedai india di jalan pasar besar, Kuantan.
Kalau anda orang Kuantan mesti perasan ada deretan kedai kain depan KFC Jalan Pasar tu.

Since kami memang regular customer kat situ, senang la nak bargain harga. 
Contohnya untuk semeter kain pasang plain (alaaa tak ingat nama) RM10 tapi atas dasar regular customer dapat RM 7 semeter. Banyak kan dapat penjimatan di situ :)
Saya tak tahu pesen baju nak dibuat tapi masing-masing ambil 4 meter setengah seorang. Katanya nak buat mermaid skirt. Haii jangan jadi kain dugong sudahhh. hahaha
So total untuk kain pasang kakak-kakak saya RM 91.
Dan saya membelikan untuk diri sendiri warna hijau lumut untuk dipakai hari raya kelak. heee (psst: baju raya tahun ni 36  hengget sepasang sajaaa, wakakaka. Tapi nak deco sampai nampak 236 hengget. tudiaaaa. kekekek)

Lace untuk tampal kat baju diorang saya tak bagi beli lagi sebab biar siap dulu baru ukur berapa banyak nak guna. Nanti membazir kalau lebih. Hahaha mentang-mentang guna duit sendiri habis menda aku monitor. 

The kain pasang. Kuning itu taik gigi. kata abah. haih apa-apa jelah -_-
Sebenarnya persiapan majlis kawen saya ni sangat berterabur. Tak ikut flow. Main sesedap rasa. Rasa dah cuak sebab masa makin singkat tapi bayang-bayang tu tak nampak. huhuhu.. Mungkin lepas hantar semua esaimen dan exam pertama masters saya Sabtu ni, saya nak focus pada persiapan kawen.

Yup seperti saya tegaskan sebelum ini, saya bukan impikan perkahwinan yang gilang gemilang pon tapi since ini adalah yang pertama dan terakhir (insyaAllah dengan izinNya) dalam hidup saya tak mahu majis saya ala kadar dan nampak rongak sana sini. Biarlah majlis ini jadi kenangan paling indah untuk dikenang oleh saya dan bakal suami.
Walau apapun, saya harapkan barakah dan sakinah dalam perkahwinan ni. Sesuatu yang dituntut agama pastilah ada hikmah di sebaliknya bukan :)

Lain orang, lain citarasa. Lain pendapat. Ada orang sanggup berhabis sehabisnya untuk majlis kawen supaya nampak gah namun saya tidak lah sampai macam tu. Life after marriage lagi penting kan.
Saya harap saya masih berada di landasan yang betul.

Mr Tukang Ambik Gambar Majlis Akad, Resepsi dan Outdoor Booked !

Bahasa apakah ini cikgu lynn ? hahaha

Cuti sekolah yang dua minggu itu kononnya nak balik kampung nak setelkan baju family ( sponsored by pengantin sobs) , fotografer dan juga pelamin tapi seminggu cuti dah burn sebab kelas kat UKM dan bakinya seminggu. 
Seminggu tu pulak memang betul-betul berfoya-foya kat rumah. Alahai.
Memang tak sempat langsung nak pergi survey pelamin. Alahai awk nak kawen ke taknak nih? huhuhu

Dalam kebizian nak balik KL sebab cuti sekolah dah habis, sempat jugak dating dengan fotografer nak booked tarikh. Sebenarnya dalam bizi terkejar-kejar ke kelas UKM, mengajar, tuition, sempat jugak survey kat fb fotografer yang bes kat Kuantan / Kemaman. Akhirnya setelah berfikir dan xnak dah pening, seorang member cadangkan seorang fotografer  ScandalMonger Fotografi.
Jumpa dia , tengok art work dia pon cantik, dan  quote price  dia offered pon sangat berbaloi terus booked !

psst: RM1600 untuk majlis nikah. resepsi dan outdoor tu memang ok sangat la kan? :)

pic taken from scandalMonger ;s artwork.
 Dan sekarang aku terfikir untuk hire back-up fotografer. Rasa macam agak penting. Aku tak kesah pelamin or baju kawen aku tak vouge kebabom yang penting gambar kawen  harus mabeless sebab gambar ni la anak cucu cicit nak tengok nanti. kan? Ade ke yang sama pendapat dengan aku ni? hahaha

So agaknya siapa la agaknya amatur fotografer area Kuantan/Kemaman yang boleh cover majlis aku nanti. Aku just nak gambar n normal edited pic sahaja. Tak payah lah custom album bagai. Yang album tu semua tu biarlah main fotografer yang jalankan tanggungjawab dia. so aku just nak rate harga below than 400 ratus sahaja. Sapa tau tolong lah share. Saya bizi. Kesian saya tak sempat nak mensurvey-survey hehehe ;p

Thursday, May 23, 2013

Warna Tema Perkahwinan? Yes. Saya Tetapkan Hati Akhirnya.

Aku tahu semua B2B menghadapi masalah yang sama. Mabuk nak pilih warna tema perkahwinan !
Aku pon sama lah hehe :P

Dan sekarang, walau apa saja godaan yang mendatang , aku akan tetap berdiri dengan yakinnya dengan warna pilihan asal. Yellow Mellow !

Dulu memang nak kuning tapi sebagai insan lalang yang tak boleh tengok menda cantik terus pilihan aku berubah nak mint green , tiffany blue, peach, dan juga dusty pink. Sungguh tamak okeh.
Tapi setelah berfikir-fikir kenapa aku nak ikut orang (semua color aku mention sekarang tengah in for B2B sekarang) aku dah nekad nak kembali ke jalan yang benar. Aku adelah raja sehari on that day makanya aku harus bertemakan kuning. Klise sungguh alasan. hehehe


Cantik kan? heheh


 Tak kisah lah kuning mustard ke, kuning diraja ke, kuning taik ke (hahahaha) tetap nak kuning.
 Tapi aku yang pakai kuning atau family members yang kena pakai kuning?
Adeh.
Kalau semua pakat nak pakai kuning, tenggelam lah raja sehari!!!
Itu akan di finalised selepas bincang dengan bridal boutique. 

Tengah buat assigntmen, datang mencurah-curah idea untuk hantaran. Alhamdulillah. Dah nampak bayang dah sikit-sikit. Yeayy sekarang kalo orang tanya dah banyak mana progressing nak kawen. boleh jawab dengan konfiden 10 % sebab idea untuk color theme dah ada ! Ahaaha
Tak sabar nak tunggu cuti semester. Nak cari barang pengantin. Nak survey barang pengantin. Nak DIY.
:)

Friday, May 17, 2013

Healing Crisis Shaklee Produk.. Memang Dahsyat !!

Sakit tekak.
Nak demam.
Pening kepala.
Panas.
Nak demam
dan
jerawat.
Amboi melampau betul aku punya healing crisis ni haih. Part paling menyampah adalah jerawat. Astaghfirullahalazim...mengucap panjang tengok muka aku sekarang. Macam jalan tar okeh. Sangat teruk. Aku rasa sekarang ni lah muka aku paling horror sekali. Tapi aku tabahkan hati. dan terus kan baca testimoni-testimoni berkaitan healing crisis kalau ambik shaklee produk terutama Alfalfa.
Ade satu testimoni kata jerawat makin teruk tapi dinasihatkan terus consume Shaklee dan tingkatkan pengambilan air. Dan selepas itu,  muka akan ok, insyaAllah.

Harapnya begitulah. Sebab jerawat yang naik kat muka sekarang ni memang pelik. Tak macam jaerawat biasa yang serang time period tu. Jerawat ni kemerahan dan sangat sakit bila dipegang dan tak boleh dipicit. Maknanya kena biar je jerawat tu bertapak kat muka tu sampai hilang sendiri. Tensen hokeh. Dah la banyak.
nak dating pon tak lalu.
Sekarang ni pergi sekolah atau pergi mana-mana memang muka bogel. Cuci muka, letak toner je. Sungguh sedih. Ya Allah cepatlah habis derita nih. Tak sanggup da nak tengok cermin. huuuuuuuuuuuu

Thursday, May 2, 2013

Sentap.

Ye. Sentap dengan kamu :(
Malas nak layan kamu sampai hilang geram :(

Wednesday, May 1, 2013

1st May 2013. Its MY BIRTHDAY and I love you much !!

30 November 2013. 
Petang lepas sekolah terus pergi UKM. Attending Dr Manisah;s class dengan Ayu.
Sangat drama. Assingment kena buat semula. Ya Allah. 
Saya sangat penat dan letih. Setiap malam tido lambat menghadap assigntmen tapi kena REDO.
:(

I was down to the earth that time.

Tertinggal handphone kat rumah so i dont get any chat/ msg/ call from him. Sejak dari pagi sebenarnya. hmm Rindu. Tak rindu tapi nak mengadu. Since i dont have anybody else yang rapat dengan saya yang betul-betul tahu how i struggle dengan hidup sekarang of course i need him. 

Balik rumah nanti kalo saya cek telefon tak ada msg/ chat sumpah saya nak merajuk. Tengok la.

Tapi sehari tak msg/chat/ calls is in his plan nak suprisekan saya..Nasib aku tak meroyan
Surprise yang touch my heart. Sebab effort penat-penat balik  main futsal, balik mandi datang Cheras just to wish my birthday. 


Kalo abah tau ni balik dating sampai kul 2 3 pagi neh matik  laaaa




Sayang, thanks for the cakes, for the songs( awk nyanyi tak sedap :P) for the choclates, for the bag, for the serbuk asam pedas, for gula melaka, for dodol, for kuih taktau name tu. HAHA ape ke mengarut saya dapat  hadiah hari jadi ni? Sebab dia baru balik dari Melaka. Haih. Sungguh macam-macam tapi comel ahaks.


Semalam balik tak terus tido tapi gedikchat with him sampai  4, 5 am.
Dan seriously we just need to married cepat-cepat, i think. tak boleh tangguh dah.
dah tahap galok tahap kalau dibiarkan bahaya kepada kesihatan. ahahahaha .








Thursday, April 25, 2013

Stock Shaklee In The House

Berbotol-botol suppplemen Shaklee sampai kat sekolah. Saya spent RM400  untuk tujuan tu. bunyi macam costly kan tapi RM 400 tu untuk tiga bulan which means RM133.++ sebulan sahaja untuk penjagaan kesihatan. ehee. bunyinya macam concern sangat pasal kesihatan. ahakss. 

Ok. kenapa saya sangat bersungguh-sungguh sangat makan supplemen ni? Tak boleh ke makan dengan sihat kemudian pergi bersenam je?
Saya mengaku saya sebenarnya takut tengok berbotol-botol supplement tu tapi setiap supplemen tu ade tujuan untuk keperluan body saya. saya tak ambik untuk suka-suka.

First sekali. Vitamin B, C, E, Alfalfa dan Zinc.
Semua ini untuk kulit. Kulit saya bermasalah. bermula sejak esipod putus cinta (hekkkk). tension dengan beban kerja, jadual tidur dan makan yang tak menentu hasilnya muka saya ditumbuhi jerawat yang tak putus-putus mostly atas dahi petanda stress. Kemudian bermula episod duka dalam hidup. Macam-macam produk saya guna. Dari Clinique sampailah ke sabun susu beras semuanya tak menjadi sangat.  Saya sampai pergi skin specialist yang quite famous ( Dr Ranjit dekat Bandar Sunway)  untuk cure jerawat tapi tak berhasil. dah beribu  ribu habis ok. sobs. 
Kemudian saya terfikir sampai bila saya nak bergantung pada antibiotiks yang terang-terang bagi bad effects untuk long terms. Kemudian saya pun mula lah meng-google dan akhirnya saya dipertemukan dengan Shaklee. Yakin dengan produk yang sudah established di pasaran antarabangsa, saya nekad nak mencuba.  bukan tak percaya dengan produk tempatan tapi produk tempatan biasanya dia hot bermusim lepas tu terus suam-suam kuku silap-silap lenyap terus dari pasaran. huhu. Saya nak rawat dari dalam dulu. InsyaAllah semoga kali ni usaha saya berhasil. 


The Shaklee :)


Next, mealshake. Ini sebagai makanan tambahan untuk tambah berat badan. Saya tak try pun lagi. Tapi sekarang ni saya noticed saya punya selera makan pun dah  macam dinasour. tu tak makan mealshake lagi tu hehehe. Saya seriously nak tambah  berat. At least 5 kilos menjelang November nanti. 

Dan kena ingat, bila dah consume vitamins ni jangan lupa MINUM AIR BANYAK ! jangan sampai semua vitamin tu jadi racun  dalam badan. 

Monday, April 22, 2013

Saya Nak Tambah Berat Badan !

Yup misi menambah berat badan bermula..
Current weight 45 kg. Tinggi 158 cm. Berat tertinggi yang pernah dicapai dalam hidup 49 kg. Jarum penimbang tak pernah capai 50 kg pon.  Sebenarnya berat aku tak adelah merisaukan sangat tapi since aku dah muak sangat orang suruh naikkan berat terutamanya abah and now him, aku terpaksa buat sesuatu. 
TAMBAH BERAT BADAN!

So bila nak buat sesuatu, kena lah research kan. Hasil pencarian di google, ada orang berjaya tambah berat hanya dengan amalkan gaya hidup sihat dan makan dengan kerap. Tapi jenis badan aku ni, makan berlori-lori pon belum tentu naik berat. heheh
Lepas tu ada yang makan supplemen macam susu weight gain la, gain 8 la dan ada yang makan ubat-ubatan tradisional. 

Ubat-ubatan tradisional.
Hasil bacaan dan google memang produk ni quite helping dalam menaikkan berat badan dalam tempoh yang singkat. Bila makan ubat tu selera badan akan bertambah-tambah dan hasilnya ada orang boleh gain dari 50 kgto 63 kg within a month. Teruja kan. Aku baca pon terasa nak cuba sangat-sangat. hahah. Tapi aku konfuse di sini, ubat tu tak merbahaya kah sebab bagi effect yang sebegitu cepat? dan ada sumber mengatakan produk-produk yang tambah berat badan secara tradisional tu ditambah streroid so itu sebab kita akan cepat tambah berat. Hah ! Itu yang aku tak nak dengar tu. Aku tak nak lah gemuk sampai membahayakan kesihatan. 
Tapi ada satu produk cina yang bernama BAN KAH CHAI GINSENG PLUS ZHENG FEI CAPSULE.
Produk ni HALAL dan mendapat kelulusan KKM dan sangat hot di kalangan mereka-mereka yang cikeding nak tambah berat. Aku tak terbuka hati lagi nak ambik produk tradisional macam tu since aku bukanlah dalam kategori mayat hidup. Cuma nak tambah 5 kilos je. If keadaan mendesak sangat mungkin boleh mencuba.

Makanan tambahan/ Supplemen
Haaa ini yang aku nak highlight kan ni. Susu weight gain memang aku dan tolak ke tepi awal-awal sebab abang aku minum dulu memang tak  berkesan langsung. Hahaha.  Cuma aku tambah mealskhake dari Shaklee dalam rutin penjagaan harian aku. Baru je order tadi. InsyaAllah esok sampai la kot. Katanya produk ni dapat menambahkan selera makan secara sihat. Since aku memang pengguna Shaklee so aku just add on Mealshake saja. Bulan ni melayangg RM400 untuk supplemen. Sobs. Kalau diiikutkan memang sayang tengok duit melayang untuk macam tu je tapi sentiasa ingat kesihatan perkara yang bukan boleh dijual 
beli. 
rupa bentuk kapsul itu. 

Amalan gaya hidup sihat
Wahhh yang ini aku failed. Seriusly sekarang memang tak boleh nak praktikkan amalan hidup sihat. Yelah pukul 2 pagi baru nak cari bantal. Makan pon tak menentu. Exercise jarang sekali. So memang kucar-kacir hidup aku sekarang. Da banyak kali nak schedule kan balik jadual hidup yang berterabur ni tapi tak pernah berjaya. huhu

InsyaAllah. 5 kilos to go. Start hari ni dengan berat 45 kg. See the result nanti :)

Sunday, April 21, 2013

Ya Allah, saya penat ....

Saya bekerja seawal jam 7.40 pagi sehingga 1.35 petang. Itu waktu wajib berada di sekolah. Biasanya saya hanya pulang ke rumah dua jam selepas itu. Selesaikan kerja-kerja tanda buku, hal-hal perkeranian. Tapi jarang sekali dapat habiskan dalam masa dua jam itu. Saya mengajar di sekolah cina. Jumlah murid setiap kelas lingkungan 40 orang. Saya pegang 4 kelas . Murid-murid ade lapan buku latihan berbeza. Bayangkan beratus-ratus buku saya perlu semak setiap hari. Tak ditambah lagi karenah pentadbir dan karenah ibu bapa yang terlalu cerewet.
Lantas, saya bawak buku-buku balik rumah untuk disemak. Orang lain, balik rumah sudah boleh spent quality time dengan family. Tapi saya masih bergelumang dengan buku-buku dan hal-hal sekolah sehingga la ke masa tidur. Penat dan bosan. 
Jadinya, saya sangat sedih jika masih ade yang mempertikai kerjaya guru senang dan mudah. Mari berada di tempat saya sebarang dua bulan. Tengok ade turun berat badan macam saya tak :(
Tapi saya bersabar dan sentiasa niat yang baik-baik. Ini kerjaya sejak kecik yang saya pilih kan :)

Kemudian, saya ambik keputusan sambung belajar.
Yup saya kini bergelar pelajar masters di UKM. Alhamdulillah saya bersyukur dapat peluang sambung belajar tapi  rupanya saya terperangkap dengan masa. Terkejar-kejar ke UKM g kelas kemudian dengan assignment yang tak putus-putus buatkan nafas saya sesak. Haih.

Lagi, tahun ini saya juga bakal menamatkan zaman solo. Perlukan masa untuk buat persediaan. Sejujurnya saya teringin nak jadikan majlis perkahwinan itu sempurna di hati saya. Maksud saya sempurna bukanlah gilang gemilang cuma dulu saya selalu berangan nak DIY semua benda masa saya kahwin. Tapi nampaknya impian tinggal impian. Saya terpaksa serahkan kepada bridal boutique jugak. huhu. Tapi gubahan untuk hantaran dan juga goodies bag saya tetappppppppp nak buat sendiri. Ini muktamad !. Lepas exam kat UKM bulan 6 dan exam untuk murid-murid kat sekolah, nak start beli barang sikit-sikit. 

sekarang pukul 4.14 am. saya sepatutnya siapkan assigntment tapi saya blurr. menulis kat sini lah kejap.
Buku-buku bertimbun untuk disemak dalam kereta.Tapi ade orang offer nak tolong semak esok..heee Thank you, syg! Saya tahu dia pun berusaha nak kurangkan stress saya.. Terima kasih. 

Awak, saya harap sangat awak bersabar untuk tiga tahun ini. Saya memang perlukan sokongan awak untuk masa sekarang. Saya janji  saya cepat-cepat habiskan masters tapi no worries, awak akan tetap jadi keutamaan saya. Terima kasih kerana terlalu memahami. :')

Wednesday, April 17, 2013

Kesan Detox: Jerawat Naik Berketol-Ketol.

Scary huh.
Hari ni masuk hari ke empat aku berdetox. Detox dengan ambil Juvanex 7 Days Program.
Sepanjang empat hari tu aku tak sentuh nasik langsung. Sungguh kental semangat aku. hoho
Tapi sepanjang empat hari tu memang banyak la dramanya. 
Nak nasik nak nasik nak nasik nak nasik.
Hari-hari hadap buah, sayur, sup sayur. 
Tapi anehnya, masuk hari keempat perasaan nak makan nasik hilang terus. 


Rupa bentuk Juvanex. Rasa dia tekak aku tak boleh terima sangat. Tapi aku kentalkan hati. 


Ramai yang tanya, marah pon ye jugak kenapa aku sibuk sangat nak berdetox.
Semua orang ingat aku nak diet. Tak ada maknanya badan sekeping nak diet
Ini semua kerana timbunan toksin dalam badan yang aku rasa agak melampau.
Sebabnya aku selalu sakit kepala, stress, jerawat xhenti-henti.
So, aku nekad nak ambik Juvanex. 
Pastu barulah continue makan supplement yang berbotol-botol tu. Kate nak kawennn kann. ahaha

Fourth day.
Bangun pagi aku  noticed ade jerawat baru kat muka. Banyak ok. Aku kira ada 8 ketul jerawat yang baru hendak kemerah-merahan. Teramatlah takut diri ini. Bayangkan kalau hari ini ur wedding day, bangun pagi jerawat berketul-ketul kat muka. Tobat aku nangis. huuu
Tapi aku tenangkan hati..Ni semua healing crisis. Katanya badan dah bertindak balas dengan detox aku buat tu. So kena kerap minum aku. Yes, aku admit, dua tiga hari ni water intake tersangat la kurang. Sebab aku malas nak ulang alik g toilet. Boleh gitu. hehehe

So, aku nekad nak teruskan program ni sampai habis. Hariz agaknya dah bosan agaknya, hari-hari aku mengadu teringin nak makan nasik tapi degil xmo makan nasik. hehehe

Lepas habis program detox, sambung makan vitamin C, vitamin E, vitamin B dan ESP Shaklee. dan juga Kordel;s evening primrose oil.

Please la muka. tolong la glowing menjelang hari bahagia ku nanti. Ahaks. 

Sunday, April 14, 2013

Pelamin: Do It Yourself atau Bridal Boutique

Perkara ini lah yang bermain-main di benak.
Sumpah mengganggu fikiran.


Otak kata jangan la membazir. Gunakan duit tu untuk keperluan selepas kawen. Tapi hati kata ni kali pertama dan terakhir kawen dalam hidup, tak apa lah berhabis sikit pon

Hati dan otak, which one win?

Huuuuuuuuuuu rasa nak berhenti keja. Berhenti blaja. Pastu fokus kat persiapan kahwin

Banyak cantik muka aku kan?

Saturday, April 13, 2013

Kenapa Saya Suka MAC Eyeliner?

Jawapannya ialah long lasting dan sangat senang to apply. Semudah ABC.

Perlu ke blog ni bertukar jadi blog bride to be?

Hehehe tak kot. 
Cuma nanti aku nak tambah link blogger-blogger yang berstatus macam aku nanti.
Senang nak buat reference.
Sebab aku ni zero lagi untuk wedding ni. langsung tak ada persiapan. huuuu :'(

Sekarang ni keje aku asal dapat online mesti survey bridal boutique, fotografi dan wedding thingy.
Complicated ok. Complicated

Sebut pasal tema, pelamin dan fotografi ni, Hariz serah bulat-bulat kat aku. Cantik kat aku, cantik la kat dia.
Yang ni masalah. Bila aku dapat mandat tu aku jadi tamak haloba. Aku nak tema itu. Nak tema ini. Last-last langsung tak ada pape. Hadoii

Aku dah start pening bila makcik2 sepupu sepapat dah tanya tema warna apa? Diorang pon mesti nak tempah baju siap-siap. (hehehe selamat hakak xperlu sponsor)

Bye the end of April, kena ada warna tema and must stick kat warna tu je. jangan gatal-gatal nak tukar di saat akhir. 






Friday, April 12, 2013

JUVANEX DETOX PROGRAM START TODAY!

Tapi hammmpehhhh !!!
Hahahahaha..

Sepatutnya hari ini aku bermula dengan 7 days detox program with Juvanex.
Pagi bermula cemerlang dengan breakfast hanya buah oren dan pear dan semug kopi campuran badam, habbatus sauda, dan kismis.
Tiada nasi lemak, mi goreng, mahupun pulut kuning dengan rendang (melampau ok aku punya breakfast)

Tengah hari.
Hariz msg tanya pasal tiket adik dia nak balik Terengganu malam ni. So sebagai bakal isteri (hahahah) yang baik hati aku offer pegi beli tiket. Kesian kot dia nak keluar office dari Putrajaya nak pegi  beli tiket. Dah la jalan jammed. So, niatnya nak beli online sahaja tetapi sistem ape kena tah. tak boleh beli online. pfffttt
so aku grabbed kunci kereta nak pegi beli tiket kat kaunter tiket. dan jalan jammed di waktu puncak begitu ya puan-puan.

Dan sepatutnya aku ambik segelas juvanex. Aku terlupaaaaaaaa !!!

Balik rumah dah petang nak maghrib dah. Nak makan pon dah serba salah.

Malam.
Ragu-ragu nak teruskan program detox ke tak hari ini. Lepas hantar adik dia kat Puduraya, aku dah berapi-rapi bagitau dia aku tengah detox taknak makan nasik seminggu semata-mata untuk Program Detox Juvanex. So tiada acara makan-makan. dan dia pun kena rushing balik Putrajaya nak setel  pasal iphone ape tah. 
Aku dah terdetik tadi, kalau dia makan aku nak order jugak. laparrrrrrr gilaaaaa sehari tak makan nasik wakakakaka

Aku ingatkan aku nak teruskan misi detox. Dia turunkan tepi jalan sebab nak beli coconut shake tapi kedai tutup. Dia balik. Aku balik jugak. tapi bukan balik rumah. balik ke gerai yong taufu. ahahaha

Jadi kesimpulannya..program detox hari pertama gagal. Esok tak nak start lagi sebab ade cikgu belanja kepsi. ahahah

So, detox program start on Saturday. InsyaAllah.. kuatlah iman aku hehehe

Wednesday, April 10, 2013

Nak detoks dengan juvanex!

Last saya detoks dengan juvanex masa tahun 2009 atau 2010.
Ni da masuk hampir 2013. Sepanjang tempoh tu saya tak tahu la dah banyak mana toksin dalam tubuh ni. Mesti da siap beranak pinak dan berkampung bagai. No wonder la saya makan segala jenis vitamin macam tak ada function. Kalau ada pun lambat.. Jerawat still jugak keluar even da ambik supplement untuk kulit. Minum air bergelen-gelen but still kulit masih tak sihat.
So tadi saya datang kesedaran untuk berdetoks dan kembali menyambung makan supplement.
Tapi saya kena bersedia dengan healing crisis sepanjang detoxs. Kalau ikut pengalaman mesti jerawat keluar kat dahi, lidah jadi warna putih dan satu hari rasa nk tido je.

Ok jap lagi singgah Guardians. Nak beli juvanex. Tak ingat dah retail price berapa. Harap harap ade sale haha..tapi tak boleh start lagi berdetoxs since hari jumaat ada cikgu nak belanja kfc. Tak guna berjuvanex bagai tapi g telan kfc  .. Hehehe

Tuesday, April 9, 2013

Hariz vs Harraz

Tadi pergi melawat anak Elis, besfren masa study. Besfren yang bersama-sama lima tahun setengah kat maktab. Yang selalu ada masa suka duka. Ah okay tak mau cite pasal frenship bagai.
Nak cite pasal Little Harraz.

Muhammad Iqbal Harraz. Elis's son. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Kawan saya itu sudah punya harta paling berharga.

Little Harraz, kalaulah mama awak tak ada tadi, memang confirm untie lynn gigit kamu. grrrrr
Comel gilaaaaaaa dengan bau baby nyaa. adehh.. sabo je laa haku. huhu



Little Harraz with Uncle Hariz. Dua-dua comel. ahaks. matiklaaaaaaa

2.30 am. saya nak buat esaimen. rajin la sangat kan. huh ! pukul 3.00 dia suruh kejut nak tgok bola..bola pon x payah nak game pagi-pagi sangat boleh x? +_+

Sunday, April 7, 2013

Nak Kahwin. Di mana nak mula?

Hah. Itulah dilemma saya sejak saya dan keluarga mula menetap tarikh. 
Saya rasa macam terlaaaaaalu banyak nak dibuat dan difikirkan. Tapi tak tahu hendak bermula di mana. Akhirnya seorang teman emelkan checklist untuk perkahwinan yang bermula 12 bulan sebulan perkahwinan. 
Bila saya dapat checklist tu baru saya boleh merancang dengan tenang sikit. Dan saya pon forwardkan juga pada Hariz ( bakal suami. hahaha gedik pula tulis macam ni ;p) supaya dia turut rasa hati saya yang tengah kacau bilau ni. Mana boleh saya tak tenang sorang-sorang. Awak nak kawen dengan saya kann. ahaks.

Untuk persiapan saya belum buat mana-mana booking untuk bridal, fotografi, khemah walaupun saya bakal berkahwin pada tarikh sibuk (cuti sekolah) cuma sekarang ni buat survey-survey je dulu. Saya janji pada diri saya sendiri, saya tak nak membazir, insyaAllah. Semoga saya tetap dengan pendirian.hahah

cantikkannn?????

Itu persiapan fizikal. Macam mana dengan rohani dan mental? Sibuk macam mana pun, jangan lupa makanan rohani :) Peringatan untuk diri sendiri yang selalu sangat lalai dan alpa. Ingat, jika Allah nak tarik nikmat, sekejap je..

Ini saya ambil dari carian google. Berguna untuk bride to be. Insya Allah mari kita amalkan :)



1) baca surah al waqiah setiap hari terutama bagi bakal pengantin perempuan agar terselamat daripada gangguan manusia dan sebagainya. [ salah satu kelebihan surah al waqiah ialah,tidak akan miskin selama-lamanya] insyaALLAH.

2) baca yassin setiap hari selepas subuh.

3) amalkan membaca 3 qul [ al-ikhlas,al-falaq dan an-nas ]

4) zikir tasbih fatimah [ subhanallah 33kali,alhamdulillah 33kali,allahuakbar 33kali ] setiap malam sebelum terutama bagi wanita kerana orang yang ingin berkahwin memerlukan tenaga yang banyak untuk menguruskan perkahwinan.

5) khatam al quran.sebolehnya,biarlah bakal pengantin betul-betul khatam al quran menjelang perkahwinan mereka,bukannya mengadakan majlis khatam al quran semata-mata.


Semoga semua Allah permudahkan dan tetapkan lah hati kami. Aaminn. :)

Monday, April 1, 2013

I am 2013 bride to be. InsyaAllah

Dalam perancangannya begitu. Tapi itu semua dengan ketentuanNya juga. Saya merancang. Dia pun merancang. Cuma saya benar-benar bermohon apa yang dirancang bersama kedua-dua belah pihak direstuiNya dan berjalan lancar.

Bride to be.
InsyaAllah. Dalam perancangan November 2013. Atau Disember. Belum dapat tarikh yang sesuai. 
Jika dihitung kasar, ada 7 bulan. Tujuh bulan tu sebenarnya tak panjang. Macam-macam hal nak dibuat. Jika ditanya apa persediaan aku, memang aku jawab kosong peratus. Langsung tak ada :(

Aku bekerja. Aku sambung belajar. Dan kini aku merancang untuk berkahwin. Alhamdulillah untuk semua rezeki ini tapi nampaknya perancangan DIY banyak tinggal impian. sebab aku tak punya banyak masa. Adehhh.

Aku tak impikan perkahwinan yang gah, gemilang dan jadi sebutan orang ramai. Cukup untuk hati sendiri puas dan tidak bebankan keluarga.

Kalian, doakan ya.

Wednesday, March 20, 2013

Kembali Ambil Evening Primrose Oil.

Saya dah melepasi usia mid twenty dan saya mula terasa bahang penuaan. Kedut belum timbul. Tapi saya nak ambik langkah pencegahan awal. haha . ayat tak leh blah.

Dua tiga hari lepas masa kemas-kemas dapur yang sentiasa tak kemas itu hehehe saya belek botol vitamin atas rak. dan saya ternampak botol-botol Evening Primrose Oil brand Kordels. Sebotol belum terusik. Sebotol lagi tinggal berapa bijik lagi. Dulu saya memang amalkan makan EPO tapi biasalah saya memang tak disiplin langsung. Saya cek expired date dan ternyata EPO tu masih selamat untuk dimakan. hehe

Saya google khasiat EPO. dan terlalu banyakkkkk komen positif dan akhirnya saya nekad nak ambik balik EPO. ditambah ada seorang cikgu sekolah yang beberapa bulan lagi nak pencen suggest saya makan EPO untuk kulit katanya. Dan dia memang ambik EPO since dia muda lagi. Dan kulit beliau di ambang usia pencen memang tegang dan muda. Lagi lah saya berkobar-kobar nak mulakan balik makan EPO.

Dan hari ni sudah masuk hari keempat saya makan balik EPO. dan tadi saya terkejut bila keputihan tetiba datang dengan banyak. Kenapakah? 

Dan sekarang sudah beberapa bulan saya amalkan Set D Shaklee. So ini lah vitamin-vitamin yang saya ambik everyday. kadang-kadang rasa takut sebab rasa macam banyak sangat.. harapnya tak beri bad effect untuk kesihatan sbb orang kata vitamin pun tak boleh ambik terlebih.haih.

1. Vitamin B complex Shaklee
2. Vitamin C Shaklee
3. Vitamin E Shaklee
4. ESP Shaklee (tapi jarang-jarang minum)
5. Evening Primrose Oil Kordels.



Saturday, March 16, 2013

Resepi Kek Batik Lapis

Kek Batik Lapis

250 gm biskut marie
200 gm Milo
3/4 tin susu pekat
2 sb serbuk koko
150 gm butter
3 biji telur A
1 sk serbuk nescaffe (sy pakai coffee oil)
1 sk esen vanilla
2 sb air (optional)

1. Sediakan loyang dan alaskan dasar serta bahagian tepi loyang dgn baking paper/greasproof paper.
2.Satukan semua bahan dalam periuk kecuali biskut dan butter,kacau rata.
3.Panaskan bahan tersebut dgn api kecil..Apabila sudah agak sebati,masukkan butter dan kacau lagi hingga adunan pekat dan berbintil2.
4.Matikan api,tuang sesenduk adunan ke dalam loyang,ratakan dgn sudu dan aturkan biskut marie menutupi adunan coklat tersebut..Ulang proses melapis sehingga kesemua adunan habis diakhiri dgn lapisan coklat.
5.Selesai lapisan terakhir,ambil lebihan baking paper dan tekan permukaan kek supaya kek rata dan padat.
6.Sejukkan kek,seelok-eloknya semalaman sblum dipotong menggunakan pisau tajam yg dicelup air terlebih dahulu..Sedia dihidang.

Selamat mencuba :)


p/s: nk try wat esok. untuk beliau. :)

Monday, January 21, 2013

Masker Vitamin C Shaklee

Saya terlambat rupa-rupanya. Rupanya orang dah heboh lama da sekarang vitamin C Shaklee sekarang orang pakai kat muka untuk masker plak dah. Haih. Selama ni saya tepek Vitamin E Shaklee as masker je. Masker ESP tu pon tak pernah cuba lagi. InsyaAllah nak buat la lepas ni. Biar istiqamah. Saya ni hangat-hangat taik ayam sokmo.

Okay sepertimana mudahnya memakai Vitamin E Shaklee kat muka begitu juga mudahnya dengan Vitamin C . 
But how? 
1. Ambil sebiji vitamin C Shaklee
2. Patahkan dua bahagian. Satu bahagian lagi bleh pakai esok plak.
3. Ambil satu bahagian yang patah, lenyekkan dengan sudu hingga hancur halus.
4. Campur sikit mineral water.
5. Tepek kat muka dalam 10-20 minit. dan kemudian cuci bersih.Siappp !!

Senang kan?? Saya rasa saya lebih selesa dengan masker Vitamin C ni sebab bau dia tak la sekuat dengan Vitamin E. Tapi untuk result kali pertama pakai ni, tak boleh dishare kat sini sebab tatkala post ini ditulis, muka saya masih lagi disalut masker Vitamin C lagi. ehehe
Tapi menurut testimonial yang dibaca, muka jadi lembut dan berseri gitu. harapnya saya pon dapat result yang sama. :P

Disebabkan penggunaan masker ini teramat la mudah, saya harap saya mampu pakai masker ini sekerap yang mungkin. Please, saya nak tengok kulit muka saya sihat dan bersinar. ahakss