Sunday, February 28, 2010

Saya sedang bersedih, bimbang dan marah

sebab saya tidak boleh meramal masa depan.


yea, memang saya TAK PATUT kata begini, bunyinya macam saya tak redha.
tapi betul. saya tengah sedih.

Saturday, February 27, 2010

saya suka hijau, dia pun suka hijau. tapi itu belum cukup...



amacam? ada kemajuan tak edit pics?

=) 





kenapa ya ramai orang suka hijau?
saya suka hijau.
dan saya tak boleh paksa untuk suka warna lain. tidak untuk masa ni.
aih. rumitnya.
bloggies, 
salam maulidur rasul dari saya. saya tersedar sesuatu : Rasulullah SAW pun suka warnakan hijau. dan putih. 
saya juga =)








Wednesday, February 24, 2010

Ini baru anak buah, kalo anak sendiri saya boleh sawan. sawan rindu.

 


Ha-ha. 
bila suruh senyum, suka buat muka Scha Alyahya
Tengok mulut. tengok hidung
ehe
ampunnn

RINDU

Tuesday, February 23, 2010

25 Fakta Bosan Diri Sendiri

Saya teringat. Saya ditagged oleh Syud si owner dimple yang cukup saya adore.

Rules: once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 10 people to be tag :





  • Saya tidak suka refill ink printer. tau tak perkara paling sakit hati bila kita dah siap buat asenmen pada pukul 4 pagi  dan dah ready nak print pastu ink habis. lepastu kita pon terpaksa refill ink. biasalah dah pukul 4 pagi mulalah sindrom blurr terjadi sampai ink tertumpah kat tangan sampai nak makan nasik pon geli dan ink juga tumpah atas lantai. masa tu rasa nak hentak-hentak kaki sambil berikrar "tobatlah aku tanak beli dah ink refill. aku nak bei ink ori....huuuu". tetapi, bila tiba masa nak beli ink, mesti akan guna ayat ni" buat ape nak membazir. beli yg refill sudah la." dan tak teringat dah insiden pukul 4 pagi. itu sebab orang kata melayu mudah  lupa kot.haihhh
  • Tahukah anda kertas A4  mana-mana brand pon adelah bahaya? sy berkata begitu kerana saya sudah banyak kali menjadi mangsa ketajaman kertas itu. bunyinya macam lucu kan? iya. saya cakap betul ni. sepanjang siapkan fail MQA tu dah banyak kali kertas tu hiris tangan. dan rasa pedih itu berganda apabila terkena sabun apabila mandi atau membasuh baju. sabo je lah.housemates pon kena weh. so ini fakta.
  • i love tea. hot tea. ice tea. ice lemon tea. green tea, jasmine tea, chrysanthemun tea (bapak payah nak eja. ape susah sebut teh bunga kekwa je??)
  •  im nasik lover. tekak adelah sangat melayu ok. kalo satu hari tu tak hadap nasi jangan paksa nak makan burger, spagheti,macaroni, ciken chop ape kebenda tah tu.
  •  i am homely person. konsep rumahku syurgaku sangat saya praktikkan walau rumah bersepah macam dilanggar taufan. alah bukan selalu rumah kitorang sepah. critical tym je. lagi satu pada saya biar lah rumah sepah daripada berbau busuk. sama juga macam kereta. kat luar bersih berkilat oleh betulkan tudung pada kilauan cat kereta tapi bila masuk dalam omaigoimaigodomaigod...campuran air freshner dengan asap rokok tak wangi oke?
  • suka Yakult. Iklan cakap "saya minum dua untuk perut" tapi saya bantai empat. so perut saya akan sihat berganda-ganda. kan? heeee"
  • kat taman rumah sewa saya ni, ader pasangan suami isteri yang jual jambu potong. tapi sejak kitorang dengar isteri dia panggil suami dia 'yang' (merujuk pada sayang) terus kitorang panggil kedai itu ' kedai jambu yang'jugak. sengal
  • saya khatam quran ketika berusia 10 tahun atau 11 tahun. lambat kan? sebab zaman saya dulu tiada kelas iqra' macam sekarang. firdaus, anak buah saya yang umur 6 tahun tu lagi sikit nak khatam quran. sistem pendidikan kita makin hebat, kan? alhamdulillah.
  • saya ex-smka. yer. im proud to confess this. walaupun saya produk yang tak berapa nak menjadi saya cuma  bangga menjadi sebahagian warga smkatj. apa yang saya belajar banyak pengaruh dan corakkan hidup saya walaupun tidak banyak. alhamdullillah saya bersyukur (psst.. Bahasa Arab Tinggi aku 3B tau. salah langkah sikit je. kalo tak dah jadik ustazah ajar allughatul al'arabiah dah ni.heh )
  •  saya tak penah makan char keow teow goreng sepanjang-panjang saya hidup ni. tengok. ejaan pon aku belasah je betul ke tak. tak minat dan tak tahu rasa dia macam mana. sedap ea?
  •  oblong tu ape? saya tahu tu sejenis makanan. tapi apekah itu? secara terengganunya natang gape tuh? secara kelantannya nate gapo tu?, secara kedahnya menatang pa tu? holoh comel sungguh rakyat Malaysia ni. kan? err berbalik pada soalan. oblong tu ape benda?
  • word sayang/rindu. yup easy word but deep meaning. saya malu nak sebut words ni. pada siapa-siapa lah. panas muka. so jangan paksaa. hahahahahaha.
  •  im not gadget lover. tak penting kot. cewah. padahal tak mampu. tahukah kalian semua gadget (hp, laptop, printer, digital cam) saya usianya sudah dianggap old skul? ini juga bukti yang saya pandai jaga harta benda =P.
  • Finally. saya hampir menyiapkan tag panjang ini. fakta terakhir. sebenarnya saya nak buat entry khas  pasal ni. kononnya kesinambungan entry bajet tu. tapi dah alang -alang ni saya bagitau kat sini je lah. Lelaki kidal adalah adorable. okey. saya merujuk pada anak buah saya, Firdaus. dia kidal. kalau tulis nombor 5 mesti terbalik. so bila dia mula menulis 1, 2, 3, 4 dan sampai pada nombor 5 dia akan tukar tangan, tulis dengan tangan kanan sebab taknak bagi nombor lima dia terbalik =_= dan dia kelihatan sangat kesian bercampur comel bila dia terpaksa sedaya upaya makan dengan tangan kanan. mind u, budak tu baru 6 tahun =)

saya nak tagged:

1. ayuni yang  suka tukar-tukar lagu kat blog. rajin dia .
2. malay mok apabila diterjemah ke BM jadi Melayu Mok?? err
3. kak aida yang dah ader bisnes online jual tudung skrang.
4. zue anak sudin yang tiba-tiba aku rasa macam mahu buat juga : lynn anok pok mat.
5. asada ryuto yang aku pon sudah berbelit2 mahu tulis namanya
6. ain nia yang entry dia cenonet2 dan buat pembaca diselubungi misteri
7.greenhall yang namanya johan adam. baru tau.
8. Saerah nun jauh di Besut.
9. dieha bakal lawyer
10. Ahmad Syahril. kalo nak buat lah sebab sy rasa blog dia bukan kategori personal kot. ehe

err maaf. tak sempat mahu link blog kamu semua. masa mencemburui saya.


p/s: lama gila nak siapkan tagged ni tahu. sehari buat satu fakta. so aku peram entry ni kat draft dalam 25 hari lah. itu pun kalo korang nak percaya. hehe

p/s: aku menyampah tengok entry ni pnjang sangat, terus edit jadi pendek. sikit. lah. haha

Saturday, February 20, 2010

Alaaa..nak pandai edit pic jugakk. *hentak kaki, wat muka nak kena lempang*hahahaha

cube pergi mana-mana blog.(gadis pastinya) bersepah-sepah pictures versi edit bertampal-tampal kat blog. ader yang edit sumpah lawa cam guna DSLR dan ader yang so-so je kan. tak kesah la edit guna photoshop, photoscape, picnik ke ape tah tu. banyak sangat. tujuannya sama. nak upkan quality pic setaraf ngan DSLR.lol. ala kasik can la.

aku memang malas sikit edit pic.bukan sikit.malas banyak. tapi kat fb diorang tgh berperang upload pic edit2. terus aku sentap nak buat jugak tapi tak reti. heh.

nak  edit lagi cun buat guna photoshop tapi siyes dan lupa semua tuh padahal satu sem belajar photoshop masa foundation. lagipon guna photoshop ni leceh la. nak main layer2 semua tu. hermm
so kita cuba picnik. sangat sesuai untuk orang malas dan tak reti cam aku. ko godek-godek je kat laman web tu. =P

ta-daa

 pic ori.

abaikan kilauan mat kilau serta pancaran sinaran paspot kegemilangan di hidung. alahh cuaca kat malaysia panas kan u olss.  so masalah muka menjadi belacan penyek disimbah cahaya matahari perkara biasa kan. (padahal pic ni aku snap awal pagi matahari segan nak kuar lagi ehee). 

hidup kena pandai cover-lynnthegudigudigurl

hah ambik terus terkeluar quote .


1st trial.

konon-konon mood 60's.
aku rasa cam dah bes dah. tapi diorang kata tak lawa pon. cis. 
oke. cuba lagi



2nd trial.
 

ah too common. 
budak tadika pon pejam mata buat. 
ewah kilauan mat kilau. dah bagi mood sephia pon tetap nak berkilau yerk. 
xmembantu lansung. tskk





3rd trial.
  ni ape hal pulak ni? kebenda dah jadinya.
dahla. memang tak de bakat. 




 pic last dibuat dengan perasaan paling bengang

*

*

*

*

*

*

*









hambik kau


 
tak nakkkk buatttt dahhhhhhhh
benciiiiiiiiiiii




 kesimpulan. 
aku memang tak reti mengedit. titik. dah tak payah gagah nak buat jugak macam orang lain. duduk diam-diam buat kerja sekolah.

sape rajin nak edit pic aku aku blanje lolipop
ehee


ishh buang masa betol laa. menyesal  betul main benda bukan-bukan ni.

UPDATED SECARA TAKUT:
CUBA TENGOK TANGAN AKU PEGANG AIR KOTAK. SIYES AKU TENGOK DA MACAM TINGGAL TULANG COVER NGN KULIT JE. ISI TAK DAK. UWAAAAA




Thursday, February 18, 2010

cikgu, penyakit kelamin tu ape?

4 Saujana
1150-1250
17022010

"cikguuuu, ape lawan bagi perkataan amanah?"
"kan cikgu suruh kamu buat. kenapa tanya cikgu?
kalau tanya jawapan pada cikgu, baik cikgu tak suruh kamu buat latihan tu. biar cikgu yang buat"

ewah. jawab konfiden.

padahal aku terkonpius serta memang aku tak tau dan tak terlintas langsung masa tu .adoi. nasib baik aku tak jawab
"lawan perkataan amanah tu tak amanah la"
 

menangis lecturer aku. hoh.



5 Bestari. 
cerita praktikum lalu.


"cikguu...ape maksud penyakit kelamin"
"penyakit kelamin?"
"oooo. penyakit tu. nanti balik tanya mak ngan ayah ea"
ceh. tak guna cakap banyak kalo aku bagi info yang nanti disalahtafsir pada budak baru nak baligh. haih.

bila anda bergelar cikgu, anda kena serba tau. 
bersedia dengan soalan membunuh.

tapi ingat.

cikgu juga bukan sempurna.
sekali sekali ada celanya.

 





Monday, February 15, 2010

Saya Sambut Valentine, xsalah kan?

Pernah tak kamu keluar shopping/membeli dengan bestie, rumet, hausmet segala benda yang kamu beli mesti nak sama. sebab nanti  kalo tak sama nanti balik jeles kenapa kau punya cantik dari aku? ehe. aku sokmo lah terjadi.  ini semalam punya citer. balik umah lepas test segala benda baru beli (wajib) baru perasan hampir semua barang adalah sama T___T.



tema shopping kali ni : jimat sehabis boleh. buat-buat tak nampak benda tak perlu dipraktikkan dengan sehabis daya. aihhh. kalaulah trip to bandung tu dikensel.


 
 Long cardi. sama.


 
wedges. sama.

 
s/sleve shirt. sama.
lain kaler je.

 
foundae. eyeliner. sama.

  
alah. pattern lain sikit je. tapi color macam sama. so sama jugak.

 



 dan ini yang paling takleh blah.
sehingga mineral water pon nak sama. gigih pergi carik mineral water ni kat Popular sebab bottle dia comel. .haha.


eh ader lagi. pikir jap nak upload ke tak payah?
tak payah la. 
eheee
 

housemate, ingat jangan pakai sama di hari, di waktu yang sama. ingat tu. 

aku ternampak  a set of Sophie Kinsella's shopaholic novel dekat Popular. siyesli aku nak sangat. plis nak sangat. nak sangat. nak sangat. nak sangat. nak sangat. nak sangat. weiiihh kalau lah sem ni xde praktikum, xde trip to anywhere. tak sukaaaaa hidup kesian macam ni. =(
okeh. sekarang dah masuk dalam wishlist. dah berjela dah kot listnya. aihhhhhh

Wednesday, February 10, 2010

entry bajet

Definisi lelaki kacak /mr. right pada mata saya:












WORKAHOLIC!





ini lebih baik kan?
kamu workaholic tak?
haha.
sudah mereng. 
malam ni bakal mereng lagi.
hermmmmm

Sunday, February 7, 2010

Rumusan Minggu 1 =)

busy.

bila dah letakkan sebelah kaki dalam dunia cikgu ni
aku dah warn awal-awal pada diri sendiri.
kena kuat. kena sabar.


banyak benda aku nak bisingkan kat blog.
  • pasal lecturer yang observe practicum aku kali ni. dia hensem tapi sinikal. ni yg aku lemah main sinis-sinis ni.ape motif nak bagitau dia hensem? hakss
  • pasal lecturer yang observe subject minor aku adelah yang agak anti dengan aku dan partner. ahah. macam mana dia tak anti tym dia mengajar aku ngn elis sembang+main manjang. kali ni nak selia aku mengajar. mampos.
  • pasal GB, penolong kanan yang awet muda. sumpah. kalo korang tengok menangis tengok body cam anak dara. hehh
  • pasal aku bangun AWAL PAGI SANGAT-SANGAT sebab nak rush pergi sekolah.
  • pasal hidup aku dah mula kacau-bilau. makan tak berapa nak menentu. semalam laundry untuk seminggu buat pukul 2 pagi sebab dah tau waktu lain lagi bz. housemate aku lagi kesian. mengigau nak pergi sekolah. pukul 4 dah siap mandi nak pergi sekolah tapi pelik tengok kat luar gelap lagi. hadoiiiii.
  • pasal makanan kt kantin tu tak best. pakcik kantin tu pon macam tak kisah hygine sangat. lalat depan mata hinggap kat kuih pon tanak halaukan. hemm
  • pasal hari sukan dah stat . aku dah pegi train budak dah pon.
  • pasal murid moral aku yang cuma 9 orang je. 3 orang asli, 3 india dan 3 singh. rasa macam senang kot nak 'tekel' diorang.
  • pasal aku pergi borong tudung ekin banyak-banyak sebab senang nak pakai pergi sekolah if ditakdirkan aku terlambat bangun. so far tak ade lagi la terlambat. tapi tanak la wehhhhh.ehee.
  • pasal cikgu kat sekolah tu kannnnn opppppppp ngumpat ngumpat tak baik. hahhaa .....

ahh banyak lagi laa. baru seminggu tu.
lain masa cerita.


okeh. nak pergi wat keje
two lesson plans to go 
penatnyaaaaa....

pagi-pagi aku selalu ikhlaskan hati. seikhlas-ikhlas nya.
supaya penat aku ni, penat berbaloi. dunia dan akhirat. amin.

=)
=)
=)
=)
=)
=)

cool lah. tiga bulan je x leh main-main. 


Tuesday, February 2, 2010

Contest Mietos Lucky Draw

How  about your first daya at school?
Tanak cerita pasal first day kat sekolah sebab semalam balik sekolah terus terjelupuk pengsan.




Aku nak masuk contest lah. contest yang en mie yang buat.  blog dia dah lama aku follow. sejak dia kat mesia. pusing dunia naik kapal pastu balik mesia balik. sebab katanya dia nelayan. seingat aku lah, dia yang kata macam ni. bukan aku yang kata. bes kan nelayan sekarang? pergi tangkap ikan sampai pergi habis keliling dunia. kalo camtu la kan aku pon nak. aku tak tau lah kot2 sekarang dia dah tukar propesyen jadik ketua lanun ke pulak hohoho.

so sekarang dia bermurah hati nak buat contest. senang pulak tu. so sape2 nak join ikut jelah syarat2 kat bawah. join  jela weh. bukan susah pon. tak patah kot jari korang wat entry ni pasal contest ni.
dah la xyah guna slogan. 

klik sini kalo nak join


syarat-syarat nya....

#xkisah la sama ada hendak follow atau tidak blog ni, janji ada blog.... tapi dalam entry anda, sila nyatakan referrer anda....

#postkan banner atas ni pada entry &sidebar blog dan link kat blog aku!!!sila tinggal link entry kat bahagian comment....

#tarikh tutup pada 13 February 2010 (before chinese new year)

# 2 hadiah untuk cabutan bertuah &1 hadiah untuk referrer terbanyak (ajak la member2 join skali) so, sila tulis souvenier dari negara mana yang dihendaki!!!pilih satu sahaja, antaranya....
@japan
@barbados
@korea
@egypt
@france
@USA

baru jenguk  semalam  dah banyak orang join tapi saya tetap mau join. dah name pon lucky draw. sape luck dapat la.
Saya mahu Japan!


p/s: weh korang, kalo pergi Giant pastu barang korang penuh satu troli jangan pergi bayar kat kaunter 10 ITEMS AND BELOW okey. tolong kesian sikit kat manusia tak berduit macam aku ni. dahlah beli sikit nak tunggu engkau orang bayar sampai rasa nak merusuh. panas betul la.