Sunday, January 13, 2013

Review Ringkas BB Cream Safi Rania Gold..

Dalam busy2 nak buat itu ini sebab esok dah start kerja..pon masih ada hati nak buat review ni.
Siapa pakai BB Cream Safi Rania Gold?
Heheh bess kan :)

okay jujurnya, kalau aku tak dapat free BB cream ni, memang aku tak terfikir langsung nak beli, apetah lagi mencuba. tapi masa pergi Seminar Wanita Kerjaya Hebat, Jodoh Cepat, Rumahtangga Berkat program Ustazah Siti Noor Bahiyah baru-baru ni, dapat lah goodies bag. dan dalam goodies bag tu ade sekali barang Safi Rania Gold. Ada BB Cream, Serum dengan facial wash. Aku cuma try BB cream ni je. Ajaibnya, aku dah terjatuh cinta..

Kenapa BB Cream ni bes sangat? 
Ahha ini lah nak cerita ni. Aku sebelum ni pernah try BB cream Elianto tapi biasa-biasa je result dia. Tapi BB Cream Safi Rania as for me sangat la bets sebb ia ringan, senang apply, bau wangi, dan result dia  macam pakai mekap guna foundation MAC/Krayolan. Tapi for sure la dia tak dapat nak tutup segala cela kat muka sampai muka jadi flawless tapi sekurang-kurangnya nampak macam pakai mekap padahal calit BB Cream je pon kat muka.

Kenapa aku suka?
Yang paling utama senang nak bawa ke mana-mana, dan tersangat la senang nak apply. this would be my fav make up if keluar outing or dating hihi.. sebab lepas sembahyang, boleh pakai ni kat muka laju-laju dan touch-up dengan compact powder je lepas tu :)

dan..aku rasa harganya murah tapi aku tak pasti lagi harga kat pasaran berapa. nanti BB cream Safi Rania ni dah habis nanti bolehla g beli. tapi aku rase mesti harganya below than RM20. tak sure lah. Murah la kan?

Dan baunya juga saaaaangat wangi. Memang bes menda wangi ni melekat kat muka. xpernah lagi aku jumpa cream yang bau wangi macam nih. hehehe

and the best part is terlalu senang nak pakai. eh aku da mentioned banyak kali kot senang nak apply . hahaha. tapi seriously senang sangat-sangat berbanding pakai Krayolan yang nak kena basahkan span bagai. ini pakai calit je kat muka. dan siappp ! 



Okey sesiapa yang terbaca review ni dan msih tercari-cari BB Cream yang sesuai, cuba try ini. Highly recommended . :)

7 comments:

Anonymous said...

boleh ttup parut jerawat tak? memutihkan?

Anonymous said...

bb cream memang best n menjadikan muka makin tegang n dapat mengurangkan jerawat.. :-)

lynn-the gudigudigurl said...

Yupp bb safi rania memang bes

Anonymous said...

harga rm30 ke atas

beli produk epilator germany said...

kalu pakai bb krim kena pakai moisturiser jgk ka?

Anonymous said...

Pernah pkai bb cream ni,.. tpi krim die terlalu gelap, mcm xssuai dgn kulit muka saya... n kulit jdi bmnyak.... so, terpksa pakai balik krim pencerah safi rania yg biasa 2....

Anonymous said...

kalau x slh,hrga bb cream ni dlm RM35++.tp bb cream ni mmg best sngt2.nk jga mka,sy prefer safi lidah buaya.