Sunday, January 31, 2010

Esok bangun awal



sebab esok dah kena pergi sekolah
nak pegi didik anak-anak bangsa jadi orang berguna

kalo orang masih kata kerje cikgu mudah aka gampang
aku dah malas nak kate ape dah.


yea. bermula esok dan tiga bulan berikutnya, warga sk w*ira jaya, sila hadap muka ini.
nak taknak tolong terima. ehe.

ini praktikum ketiga. pertama dan kedua aku dah tempuh dengan berbagai rasa. ketawa dan air mata. penat-lelah jangan cerita la. ehh bukan mengungkit. haha drama sungguh.. tolong eh partner/housemates kali ni kita jgn buat peel lama. takkan tiga bulan kot kita tanak tido malam-malam buat lesson plan, teaching aids? aku dah insap kot. hee =D


doa-doakan ek. moga aku tak tersasar.

pesan saya pada cikgu classmate saya pastinya:
cikgu-cikgu, awak jangan nakal sama naik dengan budak eaa. malu sikit

p/s: black beauty kat atas sanggup xpakai simpan nak  pergi sekolah. haha. dari kecik sampai ke tua besar, nak masuk sekolah mesti nak ada barang baru. at least pemadam baru sebijik  pon tak ape. haha. sampai pencen la aku bawak habit nih =D

Saturday, January 30, 2010

Ari ni berkabung tidak mahu menyanyi

Tadi.
masa mahu keluarkan kereta dari garaj,
saya terlanggar pasu jiran. dan pecah
bukan pasu itu yang  nak dikecohkan.
pecah berapa bijik pon saya tak kesah.
maksud saya, saya sanggup ganti.

tapi

ini kereta.
kereta yag abah bagi untuk setahun ni.
sudah terguris terkena pagar
masih ade kesan calar walau jiran dah bagi car polish
baikkan jiran saya, dah pecahkan pasu pon masih mahu menolong.


saya tak panik pon. hah yer la tuh.
cuma saya menulis entry ini dengan hati pecah lapan, calar-balar, remuk-redam,

 awak sudah hilang hensem sikit. bukan yang kuning. tapi yang putih tu. =_=


selagi kesan calar tu ade, selagi tu aku takleh pandang keta. biar pon joe kata takyah hantar kedai , aku tetap nak hantar jugak T___T.

Monday, January 25, 2010

aku taktau nak letak tajuk ape. lepastu aku rasa tajuk entry panjang-panjang camni style la pulak. lol











 gigit kang haa






yerlah.
nak senyum lah ni.





super duper bizi.
penat  berganda
aku rasa aku dah stat benci sem ni.
tanak buat proposal unt PSM boleh?
aku nak tunggu org dtg propose je. T__T

Saturday, January 23, 2010

teka-teki

clasmates main teka-teki ni. dari kelas bawak ke fb.
bengang betul la sampai ke sudah taktau jawapan.xphm konsep sebenarnya.
kebenda tah.


kereta 2 ringgit.
moto 2 ringgit.
basikal bape ringgit?

jawapan: 3 ringgit



spek 10 ringgit.
topi keledar 11 ringgit.
selipar jepun bape ringgit?

jawapan: 12 ringgit



pisau 4 ringgit.
pasu 3 ringgit
lampu bape ringgit?

jawapan: 4 ringgit



weiii.. ape nii??? geram nak tau jawapan. tapi malas nak pikir. ade sape tau tak? diorang belagak taknak bagitau +___+



#happy weekend ppl! minggu ni aku tak ade weekend siottttt. hari ni kelas, esok pon kelas macam biasa.aku ikhlas kot esok pegi kelas. ikhlas. ye lah. ikhlass. tskkkk



Thursday, January 21, 2010

Mata.Eye.Ainun


Dah. Tiga bahasa tu je sempat belaja

Mata aku sepet. Tah ikut generasi mana tah.  Ikut belah ma kot. bila aku risik ngan ma keturunan dia di zaman dahulu kala dia kata ada cina sikit, india banyak.  Tu pasal kot aku bila pandang sekali cina, pandang dua kali india, pandang tiga kali , tak pandang-pandang dah.  Dah. Merepek benda ape ni?So aku andaikan yang cina tu ada bau-bau bacang ngan Jackie Chan dan yang yang India tu ada kena sipi-sipi dengan Shah Rukh Khan. wawawawawa.
Aku dah ulang-ulang fakta auta ni kat housemates sampai diorang dah hapal  beserta menyampah tahap dewa dengan aku.  hahahaha.

Mata sepet ni ade pro ngan kontra nye.
Kontra:
1.Macam aku, ramai dah kot orang kata mata aku garang. .sekali jeling ha tertanggal jantung tak bleh masuk balik dah. . tak pe aku suka. Ehee. Siap la kau laki student aku esok-esok. . hari-hari la kutip jantung.
2.Lagi kalo pompuan masalahnye dengan mekap la. Tau tak mata sepet susah nak mekap??? Tak kira la ko tonyoh banyak mana eye shadow ke ape, still tak nampak ape-ape. Rugi. So buat je macam aku. tak yah pakai pape. Sonang. Pakai ke tak pakai ke sama je. Hahaha padahal dah give up sampai ke sudah tak reti sampai dah nekad nak masuk kelas mekap  satu hari nanti. Kehkehkeh, terbocor satu azam 2010.
TIPS: Bila dah mata sepet, jangan pakai eyeliner waner itam. Nanti muka jadik super gothic.. Tapi pakai waner dark brown takpon white. Cam pelik kan?
Ahaha. Padahal aku pon tak pakai. Ade hati nak suro orang pakai.
3.Mata yang sepet selalu disalah anggapkan sebagai tido/pejam kalo ketika berbaring. Aku banyak kali kot kena. Selalu sangat aku layan tv sorang-sorang kat ruang tamu pastu selamba sahaja abah aku tutup tv walhal aku tengah focus gila kat tv.
“abah, kan ke kita tengah tengok ni”
“lahhhh..ingat tido.”
Uhukuhukhuk.

Pro:

1.Walau dah berapa hari aku tak tido (aku penah tak tido 3 hari straight gara-gara Nescafe. Macam mayat hidup.) aku still tak dapat eye bag. Tak dapat mata panda ponnn.ehe. belagak. orang lain aku tak tau plak cane.

2.Em lagi, kalo si sepet-sepet ini menangis sebab layan movies sedih atau terbuat movie sedih dengan kekasih hati tak guna, memang ajaib orang tak perasan yang kita dah nangis malam tu. Boleh simpan air liur untk menjawab pertanyaan orang yang concern atau busy body.
3.Yang ni mungkin bonus bagi lelaki sepet.pompuan adelah suka lelaki bermata sepet.  Ini adalah kajian rawak ke atas beberapa responden. Comel katanya. Tapi aku berkecuali. BERKECUALI. sebab entah. Sebab tanak gugur jantung kot. lol.
4.Korang boleh belagak engko adalah anak campuran Korea belah mak dan Jepun belah ayah.  Tapi kalo orang tanya aku aku ade darah cina  ke rasa nak tampar je. dah nampak kulit ala-ala nak rentung. Lagi mau tanya ke. Agak-agaklah weh.
5.Alasan paling jitu kalo nak mengelak dimarahi sebab kecuaian diri sendiri. Contoh: kenapa kau langgar lampu merah tu haa?sape nak bayar saman ni? Jawablah dengan sedih: mata aku sepet. Tak nampak. Hohohoho.
So, kalo korang nampak banyak sangat typo dalam entry2 aku. aku mintak mahap. Mata aku sepet. View dia tak luas . hahahahahaha.

 Okelah, tak kiralah mata korang sepet ke bundar, buntang ke, bersinar bak bintang kejora ke, hargailah nikmat Allah ni. tak semua orang yang beruntung memiliki nikmat ni..
Dan aku paling sayang mata sepet aku sebab mata aku tidak rabun. Itu fakta yang sangat membanggakan  anugerah paling  aku sayang (walaupon aku selalu gatal pakai spek tipu sebab nak cover tudung tak jadi =P). Aku adelah manusia clumsy.  Tak dapat bayangkan  betapa kelam-kabut hidup kalo dengan spek. Inikan tanpa spek pon dah selalu kelamkabut. Haih.
Tapi, kadang-kadang aku suka je tengok org dgn spek. Nampak mcm bijak. .aha. tak ke bangga tuh?

Petua jaga mata-bc Quran, lihat pokok, makan carrot, titiskan eyemo. Yang tu je aku tau. Ade lagi tak?
UPDATED:
hadoiii, aku remove semua gambar. that man from mars sudah perli. dan sy sudah panass. ahaks. sori!

Saturday, January 16, 2010

i told you..im cool enough

muka panas
tekak sakit
hidung berair
kepala berdenyut

....aku  rasa aku dah demam.

tapi...
aku masih buat loundry sendiri
aku masih boleh buat  kerja
aku masih boleh gelak-gelak


sebab
i am not a spoilt 12 -years-girl anymore.

yang kalo demam sikit menangis macam esok dah nak mati
yang kalo sakit sikit melepek atas katil macam orang kena strok

tapi, secretly i wish my mom is around to pamper me ;(

dan aku tak telepon pon dia sbb aku tau ending dia macam mana
Aku nangis atau dia yang nangis.
Haihhhh
aku rasa aku dah tough gilerrrrr!

Friday, January 15, 2010

Tengkiu Gugel

Aku tak pernah guna gugel translate secara serius. tapi bila ada orang suggest guna google kalo nak translate dengan sepantas kilat, aku pon cuba pulak tu esok nak kena present barulah malam tu terguling-guling translate 150 pages tulisan haluih kecik2 saiz 10. Sebab pikir ader google translate tu tak risau sangat.

Cost savings achieved at annual rate of more than £20
million per year against baseline costs. Quality gains not easily
assessed, though both parties believe them significant.


Penghematan biaya yang dicapai pada kadar tahunan lebih dari £ 20
juta per tahun terhadap kos awal. High keuntungan tidak mudah
undian, meskipun kedua belah pihak percaya signifikan.


Baru translate introduction, aku dah mengalah..sangat pahammm!!
Gugel translet adalah macam hantu. macam subtitle DVD pirate. baik aku translate sendiri. ceh!

Monday, January 11, 2010

perempuan 'baik' susah dicari?

memang lah susah.
yang pergi cari pompuan baik kat club, kat lorong-lorong gelap, kat teluk cempedak malam minggu, memang tak jumpa la jwbnya.

lelaki,
kenapa bersusah payah nak cari perempuan baik sedangkan diri tak sebaik mana?
kenapa perlu mengenakan puluhan syarat untuk berada di sisi anda sedangkan anda tidaklah sehebat mana?

Sunday, January 10, 2010

i'm in love

Dah dua kali ada manusia yang baik hati tolong top-up kan my maxis num. aku agak ada orang yang nombor dekat dengan nombor aku tersilap topup kan. kesiannnnn. ehehehehe. mesti dia bengang gila kan. tapi aku nak tolong camana? tolong gunakan kredit free tu je boleh? eheeee.

sekarang ni ade PC Fair kat Ipoh. antara tempat paling aku menyampah nak pergi. mesti ramai gila umat manusia tuh tapi kena pegi gak sebab aku nak pergi terminate plan celcom broadband yang aku guna sekarang. nak ambik yang student plan. student plan tu sampai umo 26 rasanya. elok la tu. manelah tau esok2 dapat posting kawasan takde line celcom. alahaiii masin mulut kangggggggggg.







 see, sumbat dalam poket coat je


sekarang ni orang semua pakat beli netbook kan. harga pon cheaper than notebook biasa. dah la comel lote. colorful. cuma kecik sangat la. boleh rabun mata kalo menghadap lama-lama. aku dah aim nak yang ni sebijik kalo laptop tua aku ni rosak. kalau rosakla. tapi abah aku mesti tak bagi. gerenti punyalah tak bagi. tapi kalo guna duit sendiri mesti dia bagi kannn =_=

Friday, January 8, 2010

Bukan Ipoh

Dah tahu sekolah nak pergi posting praktikum. dekat SK Chep*or, Chemor.
Bukan dekat Ipoh.
Jauhhh tu.
Petang tadi dah pergi tengok sekolah.
40 minutes plus berenti tepi jalan tanya orang jalan nak pergi sana.
Jalan bengkang-bengkok dan sempit dan sunyi juga.
So bila sekolah makin jauh dari rumah, banyak benda kena korbankan. expenses juga makin meningkat.
Takpe, we take it as challenge.
Alah, apelah sangat kalo nak dibandingkan dengan tempat posting kak Hanis. SK Lemoi Cameron Highlands. Katanya SK Lemoi adalah sekolah yang paling sukar laluannya di Semenanjung. Tiada kenderaan lain yang boleh membawa mereka ke sana kecuali motor yang sudah dimodifikasi ( hah kau ayat!) untuk mengharung lumpur separas lutut...untuk baca kisah inspirasi dan juga tragis kak Hanis, boleh klik sini.
Aku baca dengan pelbagai rasa. kagum, takut, cemas, risau dan bangga. 
Bagaimana kalo aku juga menjadi insan terpilih itu?

Dah sudah. taknak pikir. Lambat lagi tu.

Buat Kak Hanis, tabah ya.

#Dulu aku tak layan Anak Betong, tapi sebab bosan kat rumah aku tengok citer Cucu Betong. Asal aku rasa nak lempang je malika dengan ratu tu sekali. nak tercekik aku tengok diorang  bercakap. hahaha.

## Aku rasa aku dah matang banyak sekarang. banya benda aku rasa aku buat dengan pertimbangan akal =P











Wednesday, January 6, 2010

meet me halfway

Hectic week.
Rasa macam tak sempat nak bernafas. Terkejar sana. terkejar sini. tapi masih boleh layan korean movie 16 episodes dan juga online. haha.
Walaubagaimanapun,
Minggu pertama kat kelas adalah happy. Gelak-gelak. Kutuk-kutuk. Lawak-lawak sengal. dan minggu ni kerap nau aku kena bahan dengan diorang.  ni gara-gara wiwa dan gg besi panah petir plus taik lalat kat hidung. Tak pe. Aku maintainnnnn cool. Jahat kot korang ni.

Disebabkan saya happy, mahu kongsi lagu ini.


 meet me halfway-BEP
(hehe. tak pasal2 layan BEP)



I can't go any further than this
I want you so badly, it's my biggest wish

Cool,
I spent my time just thinkin' thinkin' thinkin' bout you
Every single day, yes I'm really missin' missin' you
And all those things we use to, use to, use to, use to do
Hey girl, what's up, it use to used to be just me and you
I spent my time just thinkin' thinkin' thinkin' bout you
Every single day, yes I'm really missin' missin' you
And all those things we use to, use to, use to, use to do
Hey girl what's up yo... what's up, what's up, what's up

Can you meet me halfway, right at the borderline
That's where I'm gonna wait, for you
I'll be lookin' out, night n'day
Took my heart to the limit, and this is where I'll stay
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish

Girl, I travel round the world and even sail the seven seas
Across the universe I go to other galaxies
Just tell me where to go, just tell me where you wanna meet
I navigate myself myself to take me where you be
Cause girl I want I, I... I want you right now
I travel uptown (town) I travel downtown
Wanna have you around (round) like every single day
I love you alway, way
(I'll meet you halfway

Can you meet me half way)
Right at the borderline
That's where I'm gonna wait, for you
I'll be lookin' out, night n'day
Took my heart to the limit, and this is where I'll stay
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish

Let's walk the bridge, to the other side
Just you and I (just you and I)
I will fly, fly the skies, for you and I (for you and I)
I will try, until I die, for you and I, for you and I, for for for you and I,
For for for you and I, for for you and I, for you and I

Can you meet me half way
Can you meet me half way
Can you meet me half way
Can you meet me half way

Meet me half way, right at the borderline
That's where I'm gonna wait, for you
I'll be lookin' out, night n'day
Took my heart to the limit, and this is where I'll stay
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish

Sunday, January 3, 2010

Ipoh.

Post pertama di tahun 2010.
Saya sudah tiba di Ipoh. Alhamdulillah safe journey. New year start. New semester begin.New life? Oh tidak. life masih sama seperti dulu lagi cuma ruang-ruang yang kosong tu mahu isi dengan perkara lebih baik. ehem.
Aku mahu tinggalkan jauh-jauh segala yang buruk kat belakang mahu mulakan dengan semangat baru.
ha tengok tengok.. tak ke semangat dengar tu. =D

Hidup jangan sedih-sedih. Tak berbaloi tau.
Walau payah dan besar halangan atau cabaran kita kena kuat.
Lagi, jangan pernah sakit hati dengan kebahagiaan orang lain.
Walau kamu kata masa remaja ni lah nak enjoy pon, nak cuba segala benda yang orang umur 50 tahun tak boleh buat, jangan pernah sesekali lupa pada DIA.
Tak salah kita bahagiakan orang lain walaupun kita sendiri pon tak tahu ape itu bahagia sebenarnya. hermmm

Err.. aku menulis  tanpa rasa. tanpa perasaan. tanpa tujuan. titik.


Oke lah. rumah dah riuh-rendah
Mesti jiran dah mengeluh kitorang dah balik. ehehe.