Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Hariz vs Harraz

Tadi pergi melawat anak Elis, besfren masa study. Besfren yang bersama-sama lima tahun setengah kat maktab. Yang selalu ada masa suka duka. Ah okay tak mau cite pasal frenship bagai.
Nak cite pasal Little Harraz.

Muhammad Iqbal Harraz. Elis's son. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Kawan saya itu sudah punya harta paling berharga.

Little Harraz, kalaulah mama awak tak ada tadi, memang confirm untie lynn gigit kamu. grrrrr
Comel gilaaaaaaa dengan bau baby nyaa. adehh.. sabo je laa haku. huhu



Little Harraz with Uncle Hariz. Dua-dua comel. ahaks. matiklaaaaaaa

2.30 am. saya nak buat esaimen. rajin la sangat kan. huh ! pukul 3.00 dia suruh kejut nak tgok bola..bola pon x payah nak game pagi-pagi sangat boleh x? +_+

Monday, May 30, 2011

Heading to..Hometown

Buhbye KL. :)

Esok, tak-tau-pukul-berapa will heading to Kuantan-Neram untuk holidayyy..
Fuhh after 4 sick months dekat Kolumpo, i managed myself balik jenguk kampung halaman.
Finally.

dan istimewanya, selepas pujuk rayu abah, aku dapat balik kampung drive alone.for first time for a long distance journey. (ala KL-Kuantan tu considered as jauh la kan. hihi) tapi abah kata jangan drive laju2. yaaa itu sudah pasti. had laju highway mesti dipatuhi dengan taatnya. heheh
Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini dari segala mara bahaya. Amin..

Tapi, sekarang 3.24 am masih tak mampu nak tido. my bad sleeping habit.sigh. baru balik jalan-jalan dengan Joe dan housemates. 
pergi Uptown Danau Kota n some places in KL.
ah okay. im yawning now. its better to go to sleep now. 


ade lagi.  babai Desa Pandan. helllo Bandar Sri Permaisuri. yes, im moved out :)


LynnGudiGudiGurl: dear you mohamad hafiz, dont go too far, too high. i worried we might fall down :(

Sunday, May 22, 2011

Pertama Kali ke Petaling Street

Tipuu..
dah banyak kali pergi padahal.
tapi pergi naik kereta awal pagi sebab sesat nak pergi sekolah. entah macam mana boleh ter-redah sampai Petaling Street.
itu dululah. masa awal-awal dekat KL.

Tapi kali ni pergi sebab nak carik barang. benda. sesuatu.
tapi bile dah disogokkan dengan cerita tak best pasal Petaling Street, terus macam takut-takut.
tapi keinginan nak pergi tu atasi segalanya.

so here we go.
Seriusly aku sangat blur how to go there? where to park the car?
so me and Wanie(my sweet hosmet) decided nak park kereta dekat Hentian Puduraya and walk to Petaling Street. tak jauh. 7 minutes walking distances.
Ohh.. Hentian Puduraya change 360. bila masuk situ rasa oh maiii goddd ni tempat hape nih???
theheheheeh sungguh teruja.
terus rase nak beli tiket nak balik kampung. perghh
btw thanks to kerajaan Malaysia okay yang dah upgrade n renovate HP tuh. lepas ni tak payah la aku basah ketiak segala tunggu bas dekat Hentian Puduraya sebab da ade ekon. kekekeke

okey..Petaling Street. All i can say: syurga fake designer bags. LV, Coach, Gucci, Solvatore Feragamo, Marc Jacobs, Christian Dior, Jimmy Choo, Juicy Couture.. hah ape lagi? Just name ittttttt!!
Hadoiii..

Esok-esok bile dah feeling mak datin, konpem aku datang sini sambar coach satu. kekeke
sekarang tak mungkin sebab even kalau aku beli yang original sekali  pon orang akan pertikai itu adalah fake.
hellooo awak tu cikgu je kot. tiga bulan gaji baru dapat sebijik Coach idaman hati. sobsob.

lagi apa ya?
Petaling Street tak adalah seburuk yang digambarkan. kena pukul dengan penjual sebab tak beli?? no no no.
tak lah. bukan macam tu. aku rase kes pembeli yang datang kena pukul tu mungkin sebab dia dah tawar harga barang bagai nak rak, pastu blah macam tu je. mestilah yang jual tu hangin. pulak tu aku tengok semua penjual kat situ muka macam taiko je. aish.

Kes kena pukau kat Petaling Street?
Oh. yang ni agak bahaya. so aku dengan Wanie dah siap-siap tanggalkan bracelet kat rumah.
wanie tinggalkan card bank dalam kereta. so. kitorang ke sana just bawak duit saje. okay? mungkin ini korang dapat ikut langkah-langkah keselamatan kitorang buat.hehe

LynnTheGudiGudiGurl : i went soooooo far with him..takutnya :(

Friday, March 18, 2011

My C-Day


 i am graduated. officially. 



Date : 16 th March 2011
Venue: PICC, Putrajaya.

Zillion thanks to my beloved family and friends for always there for me.
i love u all so much.

Saturday, January 1, 2011

Countdown New Year di Teluk Cempedak ..

tahun baru tiba lagi.
sambut tahun baru tahun ni dengan kawan-kawan.
tahun lepas sambut dengan makhluk tu depan laptop.. tapi dia rushing nak pegi main futsal. aikkk.boley  ingat  aku yek.perghhh...

tahun ni aku rase bes gile.
celebrate dengan kawan-kawan sekolah rendah merangkap kawan sekampung.
even keluar bertiga je tapi riuh rendah. hehehe
memula singgah East Coast Mall . niat asal mesti la nak layan muvie tapi semua muvie macam da tengok jee so plan cancelled!. so layan karok, window shop, makan-makan, bising-bising (harus!!!)
lepas tu blurrrr. tak tau dah kat Kuantan ni nak pegi redah mana. so pegi mengimbau memori dekat Kuantan Parade.. zaman remaja dulu Kuantan Parade kira da cukup bes dah. hihi
dan  tak pasal-pasal pegi karok lagi sekali. nak pecah anak tekak aku. haih.
lepas tu blurr lagi. nak pegi mana lagi nihh..
at last aku bagi cadangan yang agak mengong.
countdown new year dekat Teluk Cempedak!!!!
wakakaka.
tapi as usual TC tetap happening memalam. 
kalau ikut hati kitorang, nak lepak situ sampai pagi nak borak-borak tetapi memasing mak bapak da bising suro balik cepat terpaksa la balik..
overall, tahun ni tahun terbaik aku sambut tahun baru :)


opss ade cerita sensasi
a day before da pusing ktn dengan gewe lame. jengjengjeng. hahaha. tak tersangka fb temukan balik. jumpa kat fb hari ni, mintak no tepon, contact2, gayut-gayut. esok dating. hah setel. sehari jek proses. hahahaha express gile. 

dan adekah aku kini dalam hatinya ada taman?
tak ada maknanya T_T
kuar dengan mamat tu tak rase pape pon?!!
sebab Moksyok kata if kita ade chemistry/something dengan orang tu, kita rasa dupdapdupdap bile jumpa tapi aku non-ada.
asyik gelak 24/7 nak rase berdebar hapenya. haishh!
T___________T

LynnTheGudiGudiGurl: tadi dengan kawan-kawan semua buat sesi luahan hati. luahan hati dikecewakan jantan.....ape kau pikir kau hebat sangat. grrrrr


Wednesday, November 10, 2010

sy attend class mekap :D

baru semalam buat entry nak pergi kelas pergi, hari  ni dah pegi dah..
heheh alhamdulillah syukur walaupun dah melayang RM
aish. kalo pasal ilmu, janganlah berkira sangat kan..
walaupun terpaksa pandang sipi-sipi je duit tadi bertukar tangan dekat Erlina
tapi saya dapat soooooo banyak tips mekap
and i have to buy a few makeup's items . just to complete my set.
duhet lagiii :(

disebabkan baru lepas kelas, semangat nak belajar mekap ni terus berkobar-kobar.

okay lets just see Erlina Rahmat
shes only 22.
having bridal boutique and now open make up class.
secretly, i am sooo envy her.
haih.
nak jugak macam tu :D


ouh. pics during make-up class will upload later
esok i nak practise make-up my housemate.
wish me luck ppl!

Friday, November 5, 2010

feeling-less

Today. 
5.11. 2010
Deepavali Day 
and Happy Birthday to you.
sorry i couldn't make it happen and i know i owe you
imNOTstupid. imNOTstupid.imNOTstupid.
and i hope so.
last saying
IM NOT A STUPID GIRL
full stop.
whatever. life must go on. as you always said :)

okey sudah.
i had window shopping with my buddy, Ayu. seriusly window shopping time sengkek adalah sangat mencalar balar hati sendiri!  i had to say NO berjuta kali bila saya nampak baju dan kasut kegemaran di depan mata. i want that shoe and i want that , and that, and that tops. BENCI!

okey. tengah-tengah window shopping tiba-tiba saya emo. i only have 16 days left dengan diorang.
nanti bila da habis study, saya nak kuar shopping dengan sapa?
sapa yang nak kritik cakap "eiii geli laa baju neh" "eii gedik tau baju neh" "haaa..baju neh cantekk"
seriusly, i will miss  all the moments pergi shopping pusing satu mall dan masuk every kedai dengan diorang.
lepas neh, kena belajar shopping sorang-sorang :(

one thing bes kuar dengan Ayu dia sangat teliti and she want the best.
so faedahnya today, i get the best top at the cheapest price. yayyy..
and plus this necklace.


RM11 only!
terharu i duit tak habis banyak.hehehe



and..i want this top. bukan yang ni but similar to this.
nak sangattt!!




 P/S: i want to start blogging back. yeahh. since my classmates da rajin upadet blog, so i tambah semangat nak berblog. and i promise, i will too open about my feeling.. as i said : i am a band new me. ecewah.

LynnGudiGudiGurl:  kalo setakat nak puaskan  nafsu hati sendiri, tak payah lah. better not. but im still mentimun. shit!


 

Monday, October 25, 2010

indah

kata teman gambar tidak menggamparkan kehidupan.. 
benar. memang benar.

Thursday, September 30, 2010

open house rumah saya

comel tak??? HAHAHA tanya soalan mintak lempang. hee





The menu :
bihun tomyam cecikgu comelmomel
mee kari kerang busuk tapi licinnn
trifer taksempat beku
popia sardin murah Giant tapi habis licin juak :P
sirap semerah cinta stiletto. [tak memasal]
kuih raya bermacam jenis semua rembat mak punya


rugi korang tak join :P

Tuesday, August 24, 2010

if i can respect your privacy, then you should too..

sebetul-betulnya, 
i am pissed off.
bila saya kata jangan dan saya maksudkan betul-betul jangan tapi dia buat jugak, saya adalah marah.
saya sedang marah
saya tak mahu cakap dengan orang buat saya marah sebab saya tau akibatnya.

Bergurau.
Jangan over the limit. selagi gurauan anda not humiliating any people, saya considered itu gurauan . 
im not blaming anybody (of course im not blaming my flesh and blood friends too. u are too special)
but just put yourself in my shoes
ape rasa?
saya rimas.


LynnGudiGudiGurl: but hey there something waiting for me, the novels sudah sampai. senyum. :)


Saturday, August 14, 2010

Saya cun dan hot..

3 hari Ramadhan. baik-baik saja.
Saya suka ramadhan. sangat-sangat.
jangan pergi cepat sangat.

emm
sekarang ni saya obsessed with milk. and novelsss. 
nak tido kena baca novel walau dua tiga baris ayat.
pastu da kawan dengan BooksforcharityNizida kat fesbuk.
hari-hari nampak novel baru. hari-hari rasa nak beli novel :P
dan da booked novelssss sama harga dengan baju raya. adoiii :(

so taun ni tatau da nk cekau mane beli bj raya. pakai novel je la kang raya esok. huuu
pinjam duet weh. da gaji sok saya bayar balik :P


LynnTheGudiGudiGurl: Housemates saya menggila hack account FB saya. korang rasa nak meraung tak bile tengok2 kat update status terkini : Saya cun dan hot. dan beserta dengan komen-komen. saya bersabar je lah beserta niat nak balas dendam. siap la korang






Sunday, August 1, 2010

Jogging@McD. ehehe


Petang tadi saya keluar joging.
Saya joging kat padang Polo. sape orang Ipoh mesti tau tempat tu meriah petang-petang
dan lepas joging saya singgah Mekdi


saya pesan GSC Large Meal. plus Apple Pie 

Saya bijak kan?

hehehehe

tapi bila saya teringat satu article kat Cosmo

its occay if sometimes u break the rules!
heh!
hidup ni tak payah la nak serius sangat kan?
chill people!
LynnTheGudiGudiGurl: im not ignoring u. im waiting you make the effort. alahai. saya tunggu nanti. tengokla macam mana nanti.


Sunday, July 25, 2010

shuuuuhhhh stress!!!

How to handle stress? Lets follow me :

1. Laugh often.
Okay. aku mengaku aku suka gelak. dan aku boleh gelak dengan menda2 simple. dannn aku thankful sangat-sangat aku dapat housemates yang semua kaki gelak dan suka buat lawak yang kitorang sendiri paham dan sendiri gelak. seriusly, umah ni tak penah sunyi tak lebih dari 10 minit kecuali tym tido. kesian oke jiran-jiran aku nih. 


2. Work-out/Exercise/Jogging/
okeh ni aku nak bagi penghargaan kat diri sendiri. hehhe. da dua minggu aku bz  practice aerobics sebab kena perform and conduct budak2 kat sekolah. dan semuanya went very well on dat that. alhamdulillah hehehe. bila da selalu aktif ni (mind you aku jarang gile exercise. pemalas nak mati walopon name je cikgu pj) aku jadi cepat lapar dan automatik selera makan bertambah.so chance aku nak gain weight adelah semakin cerah. wahhh. seronok2. please. nak 5 kilo je. barulah balance. haihh.

okey, biler da tak practise aerobics (serius sayang nak tinggal since aku da hapal gile steps2 tu semua.hemm) aku ganti dengan g kuar joging!!.its good though kuar joging wit ur BFF.



Okey kesimpulannya kalo nak handle stress cara cepat :  kau joging sambil gelak. heh! tapi pastikan orang kebaikan masyarakat tiada berhampiran.


LynnTheGudiGudigurl : lets ur ego control everything... i like it so muchhhhhh. buat la lagi. buat la.



Wednesday, July 21, 2010

Edisi Bergambar (sebab saya rajin)

im in good mood
so nak updet blog dengan riang ria. yeahh


blog saya miskin/kedekut gambar? ehe. sebab owner dia ada kesabaran yang sikit nak tunggu upload pic. so sekarang saya kat sekolah. mari lihat kehebatan wifi sekolah beraksi. hehehe.

 Pics taken past few weeks during our short vacation (hahaha) at Lumut, Telok Batin n Kellie Castle.

Pics are so random. sorry tak sempat nak susun. saya nak pegi relief kelas . kang budak2 bertumbuk dalam kelas.












  
emm all i can say :

I LOVE KELLIE CASTLE!!

nak pegi lagii.
tapi for wedding shoot. kekekee


Dear friends ( i know u read this)
Thanx for always be there
Thanx for always make my day
Thanx for the happiness
Thanx for the joy
hugs n kisses

 sob sob sob. sebab saya tetiba saya emo nak pisah ngan korang lagi empat bulan. saya tambah lagi pics. heee



 

and u.
please.
idontwanttoletyougo.
taknak.
:(


okey, da start nak emo lagi. tapi tanak upload pics lagi dah cuma saya cuma mahu beritahu kalian:

memang benar hidup tak penah adil. 
saya berada dalam ketidakadilan itu. 
dan mungkin kamu juga.

tapi saya mahu menghargai kehidupan. walau dengan apa cara. dan kamu juga ya.
InsyaAllah.



err syud..saya belum jadi cikgu. saya belum bekerjaya. saya belum ade gaji. saya belum boleh shopping susuka hati. dan paling sedih, saya masih mintak duit dengan famili. haih!!!




Friday, June 11, 2010

Majlis Kahwin Pertama



sebenarnya ini majlis kawen pertama yang saya attend tanpa mak atau kakak.. dan pergi dengan kawan-kawan saja. dan saya teruja dengan majlis kawen ni sebab saya boleh jumpa kawan mase sekolah dulu yang 7 tahun tak jumpa...


saya dah lama nak upload pic kawen ni (teruja punya pasal) tapi tunggu yang official photographer punya. .oh ya kawan saya yang kawen ni cikgu. dan lagi empat undangan kawen yang tak sempat saya attend tu pon cikgu jugak. cikgu suka memang kawen awal agaknya. aih.


cantik kan?pengantin kalo tak cantik memang pelik lah. hehehe




kitorang bisik-bisik "muka diorang samala. patut la ade jodoh"
adehh. mana nak carik muka same ngan aku nih. ahaha


ini bukan keje saya tapi abang photographer tu yang buat. 'pandai' dia edit. heh!. kalo terer mana satu saya?
klu: saya bertudung. ahaks




P/S: Dah seminggu kat umah. dan tak penah skip breakfast, lunch dan jugak dinner. wohhoo tak sabau nak balik Ipoh pergi timbang weight dekat mesin peberet kat Giant. kalo tak naik jugak memang kadar metabolisma aku degil macam tuan dia. huhuhu



Monday, May 3, 2010

..ini tidak busuk :P


ini gambar kaki
ape istimewanya gambar ini?
ouh tiada istimewanya..

eh kejap
pic ni disnap on 1 May 2010.
dan taukah tarikh tu hari kelahiran saya?
dan pic ini membuktikan saya menyambut hari kelahiran di dalam fitting room
HAHAHA
anda penah buat ke??


Entah mengapa mood blogging makin kurang. 
tunggu dua tiga hari lagi, saya mahu mengupdet dengan lebih gigih.
sebenarnya hari ini  sudah kembali ke kelas dan terkejut dengan jadual baru 
kelas hari2 stat pukul 8 hingga 4 petang.
saya merenung jadual kelas dengan perasaan #$^%*&%^

Saturday, April 24, 2010

enjoy the moment you have

memetik kata-kata blogger yang kini sangat kagumi semangatnya (and everything she have), sis Arni,



percayalah sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Pandang sesuatu dengan positif dan kalau kita bersyukur, lebih banyak yang kita akan dapat. Let the feeling goes with an open heart.
......and enjoy the moment you have. You are one of the tough cookies and you'll make it through.
enjoy the moment you have.. 
yes. it is. 



yeahh. saya sedang menikmati hidup
dengan cara sendiri  wuwuwuwuw



go-kart 6 laps main laju-laju. pening. tapi bes,




kalau saya berjaya harungi ujian ini, saya tahu saya makin kuat. yeahhh

Sunday, March 14, 2010

Malu tapi mahu

 pic editing by fendi. cantik. bukan aku. editing. heh!







mahu....tapi malu
kan dah rugi
 =_=








kuantan-kemaman sama gersang dengan ipoh. grrrrrrrrrrrrr

Thursday, March 11, 2010

Review V3 Samseng Jalanan

meh nak habaq hang:

pi tengok ja la. 
aku rasa tak dak rugi aihh.




nanti la. kalo rajin aku review semula. penat. muka berlengaih lagi dah hadap komputa. mati kena ligan kalu orang tua tau ni.
dak pun kena piat linga.
hahah. aku terer noh speaking utara. noohh???

Friday, March 5, 2010

why people so into blackberry ???



sana sini orang mengeluh cuaca panas kan.
tapi bila ader yang bertanya
"u tak panas ke bertudung?"
aku harap aku tak perlu jawab soalan tu. kot. nak-nak kalo yang bertanya tu mengaku tak makan babi serta tak pegang hanjing. erk.

ha. tapi betul  la. panas. semalam sepagi di padang melatih budak berkawad (HAHA. menipu. aku tak reti lah. sia-sia dapat pangkat Leftenan Muda KRS T__T) okay yang sebenarnya aku menyibuk saja kat padang tapi tetap terkena tempias panas. padahnya pening. tapi seronok dapat pening sebab sepanjang praktikum hanya malam tadi dapat tidur pukul 10.30 malam tapi macam tak berbaloi sebab terpaksa bangun 5 pagi pula semata-mata mahu menulis lesson plan. tak ape lah. ( tak ape, tapi kenapa mahu tulis dalam blog? eh sebab aku kan pompuan, menceceh kan hobi utama)

lepas tu petang tadi, ke Maybank. pergi mengadu pada kaunter yang card bank sudah tidak dapat digunakan. tapi kaunter cakap (?) account sudah tak aktif, padanlah card tak boleh guna. selepas dikemaskini, sekarang card itu sudah boleh guna. akaun sudah aktif balik. tapi jumlahnya sahaja yang pasif T__T

kemudian meronda-ronda kawasan perindustrian tasek. mencari pusat servis perodua. untuk servis si puteh yang sudah dirawat parutnya. kali ini sahaja. servis selepas ini bukan lagi di sana sebab ah, buat ape buang duit pergi servis dekat yg mahal, awk dah besar setakat pegi workshop tukar minyak hitam ape laa sangat kan? dah jangan nak manja sangat habis benda nak hadap pada perodua cekik darah
tapi sebagai aku, kalo tak sesat dan tak ingat jalan memang bukan akulah tu. serius. aku perlukan blackberry gps dengan kadar segera. dengan bantuan housemate sampai juga di depan perodua servis lantas digamit dengan mesra oleh abang pekerja. hasrat di hati hanya mahu tengok-tengok jalan saja  tapi terpesona dengan layanan mesra abang(kah?) terus set appointment. gagaga. isnin ni jumpa lagi ya bang hahahaha. itu pon kalo aku ingat jalan lah. ouh isnin ni sekolah aku bercuti sebab hari sukan. HORAY.

Kemudian, memandu dengan tenang (setelah berhempas-pulas mencari jalan keluar) ke Giant. kali ini melangkah yakin ke Giant tanpa tag nama cikgu di dada jadinya tak perlulah menolak dengan manis pelawaan pasang astro di rumah, cikgu?, set dapur di rumah, cikgu? atau pun senyuman-marilah-masuk-ke-kedai-emas-saya oleh promoter Tomei. kali ni tak payah. tengok lah. ketidakadilan di mana-mana. masa aku selekeh ni tak ada siapa nak pandang tapi bila aku dress up secara gomen barulah. diskriminasi betul. tapi ape nak kisahkan. aku sebagai ape sekalipun, aku ini masih tiada bergaji. tiada pendapatan. tiada kemampuan. malanglah kamu semua yang beria mempromosi. (mak aih. ada irama)


dan selesai urusan di Giant. misi di Giant hanya membeli sepotong ayam yang kemudian terpaksa direbus terlebih dahulu untuk melambatkan jangka waktu busuk sebab kat rumah itu tak ada freeze. sekarang kalian paham kenapa anak dara berlima ini sangat jarang memasak. (kalo memasak pon sekadar yang instant sahaja) leceh oke. kesimpulan awal di sini : apabila berkeluarga esok, perkara pertama perlu didahulukan adelah freeze. paham?
kemudian, pulang ke rumah. berlegar-legar dalam perumahan mencari ABC. dan sekali lagi aku sesat. dalam taman sendiri T__T. ha kan. kalaulah aku ada blackberry gps, masalah ni pasti boleh diatasi.

Tiba di rumah. mandi. solat . dan teringat hari ini hari jumaat. cepat-cepatlah potong kuku. kuku sekarang panjang yang diibaratkan kalo TERcubit murid sudah boleh diberi liputan meluas hingga ke muka depan Harian M*etro. GURU CAKAR MURID GUNA KUKU DRAKULA. Harian M*etro kan sukaaaaa gampak-gampak ni. dah lepas maghrib karang sudah dikira hari Sabtu. hari sabtu tak elok potong kuku. nak tunggu hari Isnin lambat lagi tu. haha. bab-bab potong kuku ni, aku sangat particular. kena potong hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja biarpon kuku dah macam mak lampir. kata pon sunat. dah benda sunat lain susah nak buat, yang sunat paling mudah ni tak kan tak terbuat??


Baiklah. sudah tamat entry ini dengan peringatan di atas.



p/s : wahh. menjadi mudah sedih dua tiga hari ini. bukan gejala pms. tapi ini sindrom mengada-ngada macam eh awk perempuan ada hak nak sedih-sedih  menangis pastu heboh kat blog. serius  wtf *00* ! ini plat num keta Suhana. =P