Wednesday, May 26, 2010

benarkah kini kahwin hanya untuk bercerai?

yay! mahu updet blog. 
eh kejap yu olls nak pegi tutup segala mak nenek tingkap. umah saya kat kampung nih. kalo tak tutup tingkap maghrib-maghrib ni segala jin nyamuk masuk. heh!


emmm petang tadi, keluarga saya dikejutkan dengan berita makcik saya yg di Nilai itu mahu mengakhiri perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun. saya terkejut. puncanya : suaminya mahu berkahwin dengan perempuan lain dan perempuan itu tidak mahu dirinya dimadu.

wah hebat perempuan itu. sudahlah mengambil hak orang. demanding pula. haih.
pedihkan?
saya tidak mahu mengulas panjang. hari saya masih jauh ke depan. entah banyak mana lagi ranjau saya kena lalui saya pun tak pasti. 

cuma harap makteh saya dan anak-anaknya tabah dengan berita ini. saya lagi pedih fikirkan makteh saya itu tidak bekerja; suri rumah sepenuh masa. haihh.


lelaki, tolongla setia. tolong lah.. tolonggg lahhh :(


p/s : kamu semua tahukan apa hukumnya meruntuhkan masjid?

p/s 2:  a message received...just dying to have you. iwantyoubutidontwantyou. okeh. saya dah gila~



3 comments:

ASaDa RyutaRo said...

alahai.. nape la pakcik tu berubah hati. tak fikirkan masa depan anak2 ke? kesian la kat anak2 tu..

tahun 2008 dlu, ayah kawan sy pun cerai dengan mak dia. gara-gara perempuan lain jugak. lebih 20 tahun lagi.. nasib baik anak sulung lelaki n pandai.

hurmm.. semoga makteh kamOo tabah menghadapi hari-hari mendatang..

lynn-the gudigudigurl said...

haih~ saya pening dengan dunia skrang

Syah said...

kebenaran yg pasti:
1.PERKAHWINAN ADALAH SUNNAH RASULULLAH... bukan salah perkahwinan tetapi salah manusia yg suka abai yg Allah suka dan buat yg Allah larang (berani tul manusia lawan Tuhan)...
2.Qada' dan Qadar Allah telah memutuskan bahawa jodoh mereka setakat itu sahaja...
3.kebanyakan keruntuhan rumahtangga berpunca drp kurangnya ilmu agama (Islam pd nama)... kurang kenal Allah... tidak cinta akan Rasulullah... kurang amalan yg dpt dekatkan diri dgn redha Allah... byk yg kurg...
4.semua org tau apa dosa org yg meruntuhkan rumahtangga org lain... tak perlu laa nak bina rumahtangga baru lalu dirobohkan rumahtangga org lain... kezaliman ni...

kemungkinan yg mungkin (belum pasti):
1.maybe ada kaitan dgn perbuatan sihir... kita tak bleh nafi sihir mmg wujud cuma tak pasti betul ke dah kena atau sebaliknya... hanya Allah lebih mengetahui... yg penting ikhtiar bkn menuding jari...
2.walaupun 20tahun... belum tentu mereka sudah kukuh... ada kemungkinan ada sesuatu yg dipendam oleh si suami terhadap isteri (mungkin secara zahir org luar tak nampak)... mungkin si suami betul (cthnya isteri ada hobi meninggi suara pd suami aka tak hormat suami) dan mungkin juga si isteri tak bersalah (suami yg miang)... pepun luka yg dibiarkan lama2 akan boleh menyebabkan nanah... kalo ada kencing manis... terpaksa laa potong...
3.mungkin si suami amatlah cetek ilmu agamanya... mungkin dirinya tidak mampu lalu isteri menghalang suami dari menjadi imam yg bakal menjerumus ke neraka... lalu suami dgn penuh amarah menceraikan isteri...
4.ada kemungkinan juga si isteri sbnrnya mengHARAMkan suami berpoligami (Allah HALALkan poligami - yg haram kalo dah poligami tapi TAK ADIL)... maka kalo si suami MAMPU dan si isteri tetap mengHARAMkan (poligami)... maka si isteri ini dah kira melawan PERINTAH ALLAH dgn mengharamkan yg halal... dan terpaksalah suami menceraikan isteri yg begitu KERAS MENENTANG SYARIAT ALLAH (awas bleh jatuh kafir kalo bantah syariat Allah)... semua ini mungkin... yg penting... SILA DENGAR DARI KEDUA2 BELAH PIHAK... dan hati2 dlm menerima berita atau perkhabaran... khuatir telah ditokok tambah hingga jadi FITNAH... Allah dah warning kpd ORANG2 BERIMAN (PERCAYA PADA ALLAH) dlm surah al-Hujurat ayat 49... org2 beriman sila patuhi kecuali laa ada yg tidak percaya pada Allah...
5.walauapapun punca penceraian... kemungkinan yg besar kat sini adalah nasib si isteri (suri rumah) dan anak2 yg bakal tak terbela... moga2 bekas suami bertanggungjawab... kalo tak berlakulah satu lg KEZALIMAN terhadap kaum HAWA...
6.paling merisaukan... ada kemungkinan kes sebegini akan menyebabkan ada org yg takut utk berkahwin... padahal kesan meninggalkan sunnah Nabi ini dgn sengaja lebih patut ditakutkan... SEGALANYA MUNGKIN...

p/s:ini sekadar pdgn peribadi tau... nasihat utk semua termasuk diri sndiri... so cik lynn gudigudi jgn ambik ati ek... plg penting jgn salah paham k...

p/s2:ahli keluarga yg lain mesti laa bela nasib mereka yg dizalimi... yg benar tetap benar... yg salah jgn lak dinafikan kesalahannya...