Saturday, May 15, 2010

May..bulan cinta

Dulu aku pernah beritahu sekali dekat blog yang aku terlalu tunggu (bahasa apekah ini? ah abaikan) bulan Mei. Jika ramai orang ternanti-nanti Februari kononnya bulan cinta, tapi bagi aku Mei lagi dahsyat. dan dengan sesuka hatinya aku umumkan Mei adalah bulan cinta. versi aku la. ehehe.

3 peristiwa penting dalam bulan Mei
Okay bermula dengan awal Mei sudah tentulah hari keputrian diri sendiri (walaupun diri sendiri tak merelakan pertambahan umur tapi alhamdulillah Allah panjangkan usia. still. :) dan sebenarnya sejujur-jujurnya ini besday aku yang paling tak bes. jujur ya, aku tak pernah harapkan lebih (suprise besday, presents or what else) tapi ini ingatan. aku tak dapat ingatan itu. tak dapat. menda lain dapat, tapi mende tu tak dapat. haihh ape benda aku mengarut nihhh..

kemudian sambutan  Hari Ibu walaupon sekadar ucapan di angin lalu kepada bonda nun jauh di kampung halaman beserta permintaan kiriman wang kerana anakanda di perantauan dah sengkek. ekekeke. oke. tengah terpikir adiah apekah yang paling sesuai. KIV dulu.

Kemudian Hari Guru. dan sebetulnya hari guru tu esok. 16Mei kan? tapi kat fesbuk dah menggila dengan pelbagai wish untuk cekgu-cekgi. tengkiu. sebenarnya tak rasa pon diri ni cikgu lagi, so tak berapa nak feel la :P


minggu bosan bermula lagi. aku sedang berdepan dengan exam. grrrrrrrrr. doakan aku tak malas-malas ek. tapi aku pelik betul la, kenapa asal nk exam tu, hormon rajin nak masak, nak mengemas tu kemain lagi. haih.


p/s: derita merindu. siot betul la.





2 comments:

KIDbrush® said...

"Selamat... (jeng jeng jeng)
Hari Guru... (jeng Jeng jeng)
Kepada Cikgu dan Sifu..(ten ten ten)
Setahun... (jeng jeng jeng)
Hanya Sekali... (teng teng tenggg)
Meraikan Hari yg Mulia ini.."

Anonymous said...

all the best ngn exam..
=)