Saturday, October 31, 2009

Ini Ustajah Lynn

Student kat uni mesti tgh tergolek-golek sebab exam kan? Kat IPG/institut/maktab belum start lagi. Masih attend kelas seperti biasa walopon pergi separuh hati tapi tym-tym macam ni la lecturer bagi hint exam. Makanya, minggu ni masih boleh henjoy yer. Henjoy di sini bukanlah berpoya-poya ke sana kemari sebab kami kat rumah pon boleh je henjoy parti buih sambil mabuk-mabuk air masak. (read: mencuci bilik air yer rakan-rakan).

So minggu depan adalah study week aku. Mungkin aku akan bersara dari arena blog/internet untuk memberi laluan kepada hala tuju masa depanku (acecece) tapi aku adalah manusia yang tidak boleh dipercayai. Tambahan pula aku ada tanggungjawab sosial yang harus aku tunaikan. Lagi, aku kena on YM 24/7 sebab nanti senang clasmet nak buzz spot exam, senang buka conference wat discussion. Dan paling utama, aku pasti akan kesian pada laptop ngn broadband yang pasti akan terasa diabaikan. Aku ni berjiwa penyayang, tahu? Hahhaha. Pandai tak aku bagi alasan?

Err. Aku menulis tanpa tujuan ni. Tak tahu pun nak tulis ape sebenarnya. Aku nak bagi tazkirah lah. Haa, laju tangan kau nak pegi butang pangkah bila aku sebut tazkirah. Ni ustazah nak marah niiiiii.

Sebab tak layak nak jadik ustazah, so ustajah pon ok lah. Ustajah lynn. Halamak. Comel la pulak panggil aku ustajah. Kihkihkih.

Ustajah nak tanya. Pernah tak korang kirim salam kat orang? Pernah kan? Tapi macam mana korang kirim salam tu? Kalau ikut cara ustajah, ustajah guna cara ni

“Nanti tolong kirim salam kat dia tau”.

Tapi sebenarnya salah. Ustajah tau ramai je dah tau cara tu salah kan. Tapi kalau dah tau, kenapa buat jugak?.*shoot tepat kat batang hidung sendiri*. Sepatutnya cara yang betul camni:

“Nanti kirim salam Assalamualaikum kat dia tau”.

Haa macam tu lah. Ustajah pon tengah praktis buat lah ni. Tapi selalu terlupa =P. Walaupon kadang-kadang ustajah bantai kirim salam macam ni. biasalah nama pon ustajah, bukan ustazah.

“nanti kau krim salam maut kat dia”.

Walopon niatnya bergurau hukumnya dosa tau. Kita ubah sama-sama ek.


Okey seterusnya tazkirah kedua. Mengantuk ke? Ustajah tanya sebab ustajah ngantuk ni. teheehee.
Oke. Penggunaan Assalamualaikum dalam msg/YM. Jangan singkatkan jadi Akum tapi gunakan salam atau salam ‘alaik. Ustajah agak la dah dekat tiga tahun ustajah tak guna Akum ni lepas tau tak boleh. Ustajah tertanya-tanya juga, kenapa tak boleh? Kan maksudnya sama. Sebab tak puas hati ustajah pon google. Teruk betul ustajah ni, Ustajah hanya tau tak boleh guna tapi tak tahu sebab kenapa. Kalo tahu pon tak jelas. So, katanya begini

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Waaaa.. nasib baik kita tersedar awal kan? Kalo tak dah banyak mana kita membinatangkan orang.

Okeh. Itu saja tazkirah kita hari ni. Jangan lupa dua perkara ni. nampak remeh tapi ramai je lagi yang tak ambik berat. Macam ustajah la. Oke penat jadik ustajah nak jadi aku balik. =P

Semua aku bebelkan kat atas adalah bersumber dari Sahabatmusleem Pegi lah melawat ke sana. Layan juga lagu kat blog dia pagi-pagi buta ni. Sayu je rasa.

P/S: Aku x niat menghina ustajah/ustazah tau. ke kau rasa ada? kalo ada, mintak maap dulu. bye. salam. kirim salam assalamualaikum pada kawan-kawan walopon diorang tak kenal aku. See, aku sedang praktis. kamu bila lagi???????

8 comments:

Ahmad Syahril said...

Salam 'alaik...

sy dah penah komen kat blog she-G... disebabkan malas nak taip (kononnya bz sgt laa)... so copy paste je ek... hehehe sowi...

"yg aku tau... adve tu hamba
cth avdei Hashem = servants of hashem

kokhavim tu bintang
cth shevat ha kokhavim == seven stars

mazzalot tu planet
mazzalot ==the planets or the constellations of the zodiac.

Avde Kokhavim U Mazzalot tu maksudnya "worshipper of the stars and constellations."

Ini digunakan oleh yahudi untuk refer kepada non-yahudi... contextually specific towards the ‘christians’...

aku pun tak sure sape yg translate mksud Avde Kokhavim U Mazzalot = "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT"...siap kait dgn word AKUM lak... tapi entahlah... bg aku maybe ni cuma kebetulan je... AKUM tu singkatan ejaan org melayu yg asalnya Assalamualaikum... lgpun mcm laa si yahudi tu yg perkenalkan word tu utk kita org melayu muslim ni guna dlm sms... huhuhu... maybe org tu dakwa cmni kot...

"wei org melayu muslim... hg guna laa worg AKUM utk ucapan salam... Assalamualaikum tu pjg sgt laaa... kita kena berjimat dan jadi pengguna bijak..." berkata seorang yahudi kpd seorang melayu muslim kat malaysia...

hehe lawak ja... tapi lebih kurang cmtu laa... lgpun kita kena tau... ucapan salam ni dlm bahasa arab... bila tulih dlm bm... kekdg bleh lain ooo bunyinya... mksud pun bleh jadi lain... contohnya dlm ucapan salam kan ada huruf a'in... tapi bila tulis dlm bm... makhraj huruf a'in dah hilang... dah jadi huruf alif... Assalamua'laikum dgn Assalamualaikum berbeza tau... kalo surah alfatihah... tulis dlm bahasa melayu... bila baca... jauh lari maksud dia... siap bleh bwk maksud syaitan lg...pdhal dlm fatihah mana ada word syaitan...

bg aku... korg nak guna akum ke... askum ke... a'kum ke... Assalamualaikum ke... ok je... sbb bila org baca mesti secara otomatik kita akan baca sbg Assalamua'laikum... kan? kalo aku... aku pilih salam alaik / salamun alaik... mksd dia... sejahtera ke atas kamu... tapi kan... kalo korg tulis salam... mak ayah aku sure bila baca sms... depa tak bunyi Assalamua'laikum... tapi bunyi SALAM... hehehe... so cm tak tercapai je maksud.. maklumlah... daya pemahaman org kan berbeza2...

yg terbaik... guna laa bahasa arab supaya makhraj sebutan salam tu lebih tepat dan tak lari maksud...

dan hati2... sbb skrg ni org kafir ngn geng munafik cukup byk... depa ni giat nak bg org islam ni murtad syirik sesat dll... contohnya... buat msg agama and then sila fwd kpd 10 org... dan anda akan mendapat kebaikan... kalo tak anda akan dilanda musibah... heran tul... nape 10 org jek ek? kekdg depa tukar method... mcm2 laa... aku pun musykil... psl AKUM ni pun... ntah2 keje dorg gak ke...

so... bila terima berita... atau ilmu agama... lebih2 lg dari alam cyber ni... kena hati2... plg baik rujuk ustaz... tak pun org alim (berilmu dlm agama)... sblm percaya bulat2... sedangkan hadith nabi pun bleh dipalsukan... apatah lg isu2 ranting cmni... tak kira laa benda baik sekalipun... tapi bila didustakan atas agama... maka wajib kita jauhi..."

p/s1:kalo sy prefer salam alaik... kalo salam je... salam = sejahtera... sejahtera apa? kalo tulih "salam. awk pekaba?" = "sejahtera. awk pekaba?" dan tetiba dibalas... nama aku bkn salam daaa... hehehe...

p/s2:ni pdgn aku sndiri... takdak kena mengena dgn sesapa... bleh setuju dan bleh tolak... khilaf (perbezaan pdpt) tu baik... maka berlapang dada laa dgn kekhilafan ni... (ditujukan kpd sesapa yg suka berbantah2 smpai pecah belah umat)

p/s3:slh 1 perkara yg melemahkan iman adalah berbantah2 dlm sesuatu perkara...

p/s4:belum kuar lg... sony baru kuar smpai ps3 je... hehehe...

azam aziz said...

Ustazah ? Hehehe... ( gelak jahat )
Bagus r tu kak lynn.. x baik sikit pun dah dapat memberi ilmu kat orang lain hehehe

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

hehehe...kesian sy kt broadband awak tuh...hihihi..

lynn-the gudigudigurl said...

Ahmad Syahril:
oke2
macam tu rupanya.
kebetulan. entahlah. mana yang baik ikut lah

lynn-the gudigudigurl said...

Azam:
Ustajah azam. ustajah. bukan ustazah. hahahahahaha.
okey. kita manfaat same2
kihkih.

lynn-the gudigudigurl said...

Adam:
ouh. kamu pon berjiwa penyayang juga.heee

keristamingsari said...

Ustazah lynn,

Insya-Allah mana la tahukan menjadi seorang ustazah walaupun opsyennya lain.

Adab di dalam Islam mengajar kita memberi salam apabila bertemu sesama Islam. Apabila menulis menggunakan tinta ataupun menaip...tulislah dengan menggunakan bahasa yang tidak menjejaskan maknanya di dalam Islam. Apa yang Ustazah cakap tu betul la agaknya......

lynn-the gudigudigurl said...

keristamingsari:
aha
insyaAllah.
tapi sy tau, xcukup syarat/xlayak.

=)

sy ulas balik apa yang ada kat Sahabtmusleem tu aje. sila rujuk ke sana kalo rasa sy lebih banyak mengarut.