Monday, November 2, 2009

Alhamdulillah, saya bersyukur.

1.Walaupun saya tidak pandai bestari macam Nik Noor Madihah,Nur Amalina or who else, saya bersyukur saya saya masih boleh terus belajar. Kat kampung saya, umur macam saya lah tapi anak dah tiga saya rasa.Tak pe la. saya dapat ilmu, dia dapat anak. sama-sama berharga =P

2.Walaupun saya hanya bakal cikgu bukan doctor si cita-cita pilihan hati (gila melangit cita-cita hehehe), saya bersyukur sekurang-kurangnya saya boleh terus sampaikan ilmu yang saya ada. Walaupun sedikit.

3.Walaupun saya geram kenapa saya masih tak gemuk2 walopon makan macm2 dan muak ditanya kenapa makin kurus , saya bersyukur sekurang-kurangnya saya tidak perlu berdiet, menelan pil2 bahaya, berhabisan duit ke pusat pelangsingan badan.

4.Walaupun saya tidak cantik jelita, cun melecun, kiut miut,saya bersyukur saya tidak cacat dan tidak menyusahkan orang lain.

5. Walaupon saya suka muncung/tarik muka, saya bersyukur saya tak payah belajar jadik garang sebab kalo sy muncung terus budak takut. Whohahahaha.

6.Walaupun saya tidak pandai menulis, saya bersyukur sekurang-kurangnya saya ada blog

7.Walaupun saya tidak pandai menyanyi, housemates belum lagi muntah darah atau mencurahkan sebaldi air bila saya start mensumbangkan lagu.

8.Walaupun saya tidak terror di dapur, saya bersyukur sepanjang saya memasak, tiada sorang pon lagi dikejarkan ke hospital akibat food poisoning. Esok-esok tak tahu lah. Ahaha.

9.Walaupon saya sangat tidak reti mengingat jalan, saya masih belum sesat jalan. Serius. Saya dah empat tahun kat ipoh tapi saya masih buta jalan.

10.Walaupun saya tidak se ayu lemah gemalai gadis-gadis bajet(hohoho), saya bersyukur saya tidak hipokrit.

11.Walaupon saya takut /tidak reti membawa motosikal, saya bersyukur saya lulus lesen. Sehingga ke hari ini saya bangga bercampur hairan dengan pencapaian saya itu, gagagaaga.

12.Walaupun saya sering dimarah cikgu driver, memandu sesuka hati sampai Cikgu Zahari tensen, saya bersyukur saya masih lulus ujian memandu dengan akak JPJ yang sangat kerek serta bajet itu. Sekali lagi saya hairan.

13.Walaupun saya bukan monyet, saya bersyukur saya tidak perlu menjadi seekor monyet untuk mengenal apa itu cinta monyet. Hohoho.

14.Walaupun saya tidak kaya raya, saya bersyukur saya belum lagi mengemis untuk hidup.

15.Walaupun ibu bapa saya tidak hebat pada mata kamu, saya bersyukur saya ada ma dan abah yang sangat menyayangi saya. dan saya fikir ini anugerah terbaik yang saya ada dalam hidup saya. dan saya akan berkorban apa sahaja untuk mereka.

16.Walaupun saya geram housemates selalu bising2 dalam bilik, pendek kata asal celik mata je terus huru-hara bilik, saya bersyukur saya ada kawan-kawan yang selalu
menceriakan hari-hari saya.

17.Walaupon saya selalu study last minit, saya bersyukur saya tidak blank semasa jawab exam.

18.Walaupon saya budak kampung, saya bersyukur saya tidak hilang arah tuju bila tiba di bandar.

19.Walaupon saya suka tengok cerita seram, saya bersyukur saya masih belum berjumpa hantu. secara real belum. kalo ada pon hantu yang pakai telekung yang sakat masa tengok citer antu. caittt.

20. Walaupon saya selalu mengeluh susah nak tidur, saya bersyukur disebabkan penyakit susah tido ni la saya kental menyiapkan essaimen hingga ke awal pagi. kadang-kadang tak tido langsung. kental kan.


Kalau saya senaraikan semua di sini, saya rasa sampai tahun depan pon belum tentu habis baca. tetapi....

Alhamdulillah saya bersyukur saya menjadi saya. Walaupon kadang-kadang saya emo tahap dewa, benci pada diri sendiri saya masih bersyukur menjadi diri saya. Bukan awak, awak, awak, atau awak.

Bersyukur la apa yang kita ada hari ni sebab kadang-kadang kita langsung tak menghargai apa yang kita ada sehingga kita kehilangannya….

12 comments:

ain nia said...

wah..setuju2..lagi2 no 10..hehehe

Aida Manap said...

hehhehe....takpe..takpe...syukur itu dah penting...yang penting kita sedar diri kan?

contohnya, kalau semua jadi doktor, siapa nak jadi cikgu? kalau semua nak gemuk, siapa nak kurus? kalau semua nak suara sedap, siapa yang nak mensumbangkan lagu...heheheh

lynn-the gudigudigurl said...

ain nia:
hehhe. kamu setuju juga. bagus2

lynn-the gudigudigurl said...

Aida Manap:
haa betul2.. sedar diri tu penting jugak kan.

eyena said...

alhamdulillah.. aku juga bersyukur kerana bakal pendidik.. walaupon bukan doktor.. heee

kita sama..! yeeey

lynn-the gudigudigurl said...

eyena:
ahaks
yea sy bersyukur juga sy bersama2 pendpt ngn kamu

s.c.h.u.l.t said...

yes! bersyukur lynn. :)

I love ayat 'saya tak perlu menjadi monyet untuk mengenal apa itu cinta MONYET!'

HAR HAR HAR. Mabeles!!! Muahaahahaha

lynn-the gudigudigurl said...

schult:
ahahaah. sy harap pon kamu x pyh jadik monyet juga. jom bersyukur syud!ahahaha

keristamingsari said...

Assalamualaikum,

Sedikit buat renungan....

"Bersabarlah di dalam menjalankan ketaatan kita kepada Allah dan bersabarlah di dalam menghadapi cubaan duniawi agar kita tidak terjerumus ke dalam perangkapnya..

Imam Ghazali berkata di dalam kitabnya " Ihyaa": Sabar itu ada dua macam, iaitu:

i) Sabar badaniyah, iaitu seperti menahan kepayahan dengan badan.

Ini adakalanya berkait rapat dengan perbuatan seperti selalu mengerjakan amal-amal berat berupa macam-macam ibadah dan lain-lainnya.

Adakalanya ianya juga termasuk menanggung penderitaan, seperti menahan sabar di atas pukulan menyakitkan dan sakit berat ( reda dengan ketentuan Allah).

ii) Sabar nafsi(kejiwaan)

Jika berlaku sabar daripada syahwat(keinginan) perut dan farji (kemaluan), maka kesabaran ini disebut "Iffah". Jika kita masih tenang di dalam menghadapi musibah (cubaan), maka itu disebut "sabar". Kesabaran ini dilawan oleh sifat suka merungut-rungut.

Kalau kesabaran itu di dalam kita berkeadaan kaya, maka disebut teguh jiwanya. Keteguhan jiwa ini dilawan oleh suatu keadaan yang disebut angkuh.

Jikalau kesabaran itu ada di dalam peperangan atau pertempuran, maka ianya disebut keberanian. Namun keberanian ini dilawan oleh sifat " jubun" (penakut).

Jikalau kesabaran itu di dalam menahan marah dan murka, maka ianya disebut penyantun (tidak lekas marah). Namun sifat ini juga ada lawannya iaitu sifat cepat marah-marah.

Jika kesabaran di dalam menghadapi bencana yang menyayat hati, maka ianya disebut berlapang dada. Sifat ini pula dilawan oleh sifat kebosanan dan gelisah serta sempit dada.

Jikalau kesabaran itu ada di dalam menyamarkan ucapan, maka ianya disebut menyimpan rahsia dan orang yang demikian dinamakan orang yang pandai menyimpan rahsia.

Jikalau kesabaran itu ada di dalam mencegah berlebih-lebih dalam kehidupan, maka itu disebut zuhud. Dan sifat ini dilawan oleh sifat tamak.

Jikalau ada orang-orang yang sabar di atas pembahagian yang sedikit (dari Allah), maka dia disebut "qana'ah" atau orang yang rela dengan apa yang ada padanya.

Semuga hari-hari yang mendatang kita semua diberi petunjuk oleh Allah dan dijauhkan daripada kelalaian dan kesesatan...Insya-Allah....

lynn-the gudigudigurl said...

keristamingsari:
thanx for sharing. again! =)

aYuNi said...

hoho~.. bersyukur dgn diri sndri kan.. :) nway ipoh kat mana??

lynn-the gudigudigurl said...

ayuni:
ha yer yer
ipip, tau?