Thursday, November 12, 2009

Sakit dahi, sakit hati....

Aku ingatkan aku dah tak boleh buka blog ni dah. Tak ingat pasword segala sebab hilang ingatan sementara. Sebabnya tadi lepas exam kepala/dahi aku terhantuk sikit punya kuat dekat bonet keta. Super-super kuat sampai aku pon terjerit sekali sampai pakcik pekerja yang lalu dengan moto pon tertoleh-toleh nak tau kecoh sebab apa. sakitttttt!!!!
Jangan tanya camane aku boleh kena. Bijak sangat guna telefon tak tengok kiri kanan.
*note: kak aida, im messaging u dat time. nak inform novel dah sampai. huhuhu*

Ni dahi tengah benjol. Pening-pening lalat. Mata pon terkebil-kebil je.xboleh study dah kot for next two papers.T__T Janganlah kata aku aku create alasan sebab aku memang tak ade hati nak study pon. hohoho
Okey kalo entry mengarut harap diampunkan. kasi can la budak dahi benjol ni merepek. Macam lah entry sebelum ni tak mengarut, kan?

Oh oh oh ohhhhhhhh pasal exam tadi. aku tengah berdukacita sekarang. the worst exam i ever sat in my teacher-to-be-learning process i thought. Gila nak mati. Masa tinggal lima minit, aku dengan tak siap essay, structure pon banyak kosong lagi. So, dengan kemahiran berblog aku yang suka merapu tanpa batasan, aku berjaya menghabiskan paper tadi.
Ya, berjaya siap tapi aku rasa korang pon tahu macam mana indahnya bahasa beserta tulisan macam doktor swasta, kalo ko baca memang tak faham satu hape pon. Padahal dah memang buta dengan nama-nama ubat, pastu kompelin tulisan doktor macam cakar ayam.hohoho

Tu pasal blur-blur sampai pegi cium bontot keta kot. haihhhh
Terkilan aku.
Nak-nak kalo pointer jatuh merudum sem ni.
=(
Penat aku study lama-lama sampai kerepot lima tahun setengah kat sini semata-mata nak jadik cikgu berdedikasi, berwibawa, cemerlang, berwawasan ah whatever lah tapi sebab paper ni satu, terus result tak comel. ishkkk geram!!!


Dalam hidup aku ni, aku tak tahu lah dah banyak mana dah aku tertelan air yang ada semut. orang kata seekor semut tu lupa 40 hari. tu tak campur lagi makan asam, cakap merapu-rapu ngan housemates (haha, selalu nak salahkan diorang jugak), suka gelak-gelak lagho tanpa batasan (hosemates juga salah. selalu buat lawak sengal taleh blah) sengaja baca nama si mati dekat batu nissan sebab nak tahu dan macam-macam larr.
Aku rasa aku makin pelupa lar. Baca nota bagai nak rak pastu kalo org tanya langsung tak ingat ape.
Corak study salah kot? Tak paham konsep?.
Eh dah taun depan nak abis study baru perasan corak study salah.
Entah lah aku.
Balasan kot. Selama ni berlagak sangat suka study last minute.

Oke dah2. Ni semua exam tadi punya pasal. huuuuuuuu


Eh korang punya petua study macam mana eh? hahha baru nak risik cara study orang. whathefun!







p/s: orang selalu paham, perempuan mengamuk tak pasal-pasal sebab PMS, tapi kalo lelaki sebab apa ek????

16 comments:

s.c.h.u.l.t said...

study last minute gak lynn. :D

macam kesianlah kita neh. berehatlah gadis dahi bengkak. hehe ;)

eyena said...

hahaii simpati ngan citer kamu ni.sabo jew yer cikgu yg berwibawa..

hee study ok2 jeww.. bila habis exam? hehe do the best!

ain nia said...

lelaki sbb IMS..haha..ini betol..
ohh..semakin nak abis semakin pelupa..same la..haih~ rasa macam nenek 80thn pon ada..

Aida Manap said...

adoiii...terasa bersalah sebab, ye sayalah punca dahi adik comel nih benjol!!! :D

exam week, mmg itu la student dok complaint, tapi dont worry...result kamu mesti mencanak2 la.. :) janji writing pad tu tak hantar kosong kan??

lynn-the gudigudigurl said...

schult:
ouh study last minit jugak. entah. rasa terer je kan kalo study last minute
eheee

lynn-the gudigudigurl said...

eyena:
exam habis minggu depan.
bebudak u mesti dah enjoy dah ni kn?

lynn-the gudigudigurl said...

ain nia:
IMS tu ape yerk???
huhuhu

lynn-the gudigudigurl said...

Aida Manap:
ouhhhh im not blaming u kak!!!!!!
diri sendiri yang cuai, teruja dapat novel terus tak tengok kiri kanan.
hukhuk

betul, memang tak hantar kertas kosong tapi jwapan adalah tidak berasas sama sekali.
risau~

Ahmad Syahril said...

tetiba teringat pepatah melayu... "dah terhantuk baru nak terngadah"...

p/s:jgn lupa bubuh ubat pd benjol tu...

ain nia said...

IMS = irritable male syndrom =)

lynn-the gudigudigurl said...

Ahmad Syahril:
ouhh..pepatah tu..
yer..pepatah tu memang betul
=(

lynn-the gudigudigurl said...

Ain nia:
IMS = irritable male syndrom???
ouhhhhhhhhh

greenhall50 said...

ko tenung tak taik time ko berak? haha... stop doin' that.

lynn-the gudigudigurl said...

greenhall50:
aku tanya balik.
ko tenung tak?
huhuhu

zue anak sudin said...

haha... klakar la ko neh! haha...

takpe2, study last minute tu bese la! hahah.. XD

lynn-the gudigudigurl said...

zue anak sudin:
hukhukhuk
dahi benjol tak klako
sakittt