Saturday, November 7, 2009

Ramblings..

1. Sekarang musim tengkujuh ye kat pantai timur? Aku tak perasan sebab kat sini hujan petang je. ujan yang tak akan buat rumah aku ni banjir macam kat kelantan nun. The last banjir yang aku pernah rasa back in 1993. kat besut umah tok aku. Tu pengalaman pertama dan terakhir rasa banjir besar. Now teringin nak rasa banjir. kejap je. bukan banjir besar-besar yang sampai tenggelam rumah tu. banjir yang boleh main air ala-ala poyo jer. hikssss.

2. Exam juz around the corner. tapi aku makin malas. kejenya asyik nak main game ngan bloghopping je. pastu tido. pastu bangun merepek-repek dengan housemates. Itula kejenya tiap-tiap hari. Bosan tapi biarlah. Aku suka. eheee

3. Balik rumah nanti nak gain weight. 2 kilos je. Caranya senang je kan. makan tido makan tido makan tido. konpem jadik buntal. tapi aku susah sikit. Dia tembam kat muka tapi body tak. Ni kalo hosuemates baca mesti cakap aku koya ni. Diorang cakap muka aku tak tembam tapi aku tetap nak kata gemuk, tembam, bulat, lebar. aku pedulik hape. Abah aku kata macam tu. aku percaya cakap abah aku lagi dari cakap korang. Tsk.

4. Abah aku demam. Demam yang sakit-sakit sendi tu. Housemates aku kata, emak dia pon kena demam macam tu sampai berminggu-minggu. katanya demam chikugunya. Tapi aku tanak sebut demam tu sebab macam demam tu berat je. Aku telepon dua kali rumah suruh pergi hospital tapi macam biasa abah aku degil. dia kata dah baik. uhuk. Ya Allah, tanak lahhh...

5. Dulu aku selalu kutuk kakak aku dia kurus macam mayat hidup. lepas tu muka jerawat. Juga mata lebam dengan eye bag sekarang padan muka aku semua tu datang balik kat aku. Aku makin kurus. Jerawat pon makin suka hati naik. Hari ni kat pipi. Esok kat dahi. Tulat kat pipi balik. Dan hari ni jerawat adalah naik dengan bergaya sekali kat pipi. Sakitnyaaa hatiiii.. Mujur je aku tak de eye bag. berkat mata sepet agaknya T____T Sekarang puas hati dia kutuk aku balik. Balik nanti nak mintak ampun dengan dia lah. huhuhuhu.

6. Kejap lagi 1045 pm nak pegi tengok muvie. Pisau cukur. Dah online booked. Kamu semua dah tengok? Ni fes time tgok malam okey. Bebudak ni la konon nak release tension lepas exam MUET tadi. Tapi bukan mid nite yeah. Lepas ni balik terus. Janji. Lagipon tym balik tu nanti hantu dah banyak berkeliarana. takut.

7. Lapar. im craving for ketupat sotong. menda ni ada kat pantai timur je. belah-belah utara ni bila aku kata nak makan ketupat sotong semua wat muka blur. Tak tahu la tu. Nanti aku buatkan eh (ahaha aku cakap je tak janji. eheheh) Tapi serius sedap gila tak reti tak nak cakap. Haih. Nak!!!!!!.

8. Aku dah jumpa blogshop yang jual english novel 2nd hand pada harga sangat affordable. malangnya aku terlewat sedikit. Novel2 Sophie Kinsella fully booked. Adoiiii melepas. Tapi aku dah booked 2 novels. Harapnya yang tu ada. Duit aku dalam account hampir dekat dengan nombor sifar. tak kesian ke?

Oke2. Dah lewat. Nak pegi bersiap. Have nice weekend ppl. Weekend saya biasa-biasa sajer. Hati dah di rumah sebenarnya. Okey bye.

p/s Err..boleh tak kamu semua tinggalkan link kat kotak jerit saya? Senang saya nak pegi berjalan-jalan ke rumah kamu nanti. Boleh la yer. eheee<

9 comments:

ladymiaka86 said...

hi lynn.. thanx singgah td..
gi tgk pisau cukur tu jgn lupa wat review best ke x.. kalo best leh cik sue gi tgk... kekekeke

s.c.h.u.l.t said...

oh my DIORRRR! (I bet by the time kamu baca ini kamu dah tengok PC) :D

saya suka Faqir! saya suka Faqir! (heh,gila meroyan pegi jerit2 dekat blog orang)

semoga abah lynn sehat dan dilindungi. ameen~ ;)

4.z.L.i.N.4 said...

ketupat sotong mmg sedap..!!
org pantai timur jer tau bt
nsb dh nak balek 15 nov ni..klu x kempunan jer..
heheheh good luck final lynn..
=)

ThE cOpy suSU said...

salam..lynn..singgah jap je nie..
hmm PC mmg best kn2..tp bnyk gk perlu diperbaiki...

pasal demm 2...my dad pernah kena..nk thats chikukunnya kalau demm n sakit2 sndi...try la check..bukn nk tkotkn..but its more btter g check..antara ubt mujarap..
-sup ketam
-air 100plus (tp yg ni xdpt dipastikan)
-jus jambu (yg peor)

hope ayah u cepat smbuh..

lynn-the gudigudigurl said...

ciksue:
ehh dah buat review dengan gedik sekali. ehehe

lynn-the gudigudigurl said...

schult:
ambik la faqir. ai pasrah dengan Enrique Pecah Gelas sajork. huhuhu

btw, thanx syud. hope he will ok soon. Amin

lynn-the gudigudigurl said...

naa:
yup..ketupat sotong adalah super duper sedap.
thanx naa.

=)

lynn-the gudigudigurl said...

The copy susu:
thanx for ur concern, bro. dah suro pegi cek, as usual mesti tanak pegi.

dah diberitahu supaya ambik as u told. demam chikugunya mcm demam denggi kan?

Aida Manap said...

oh..oh..blog sayakah yang dimentionkan menjual buku secondhand itu? Anyway thanx lynn...saya sudah bookedkan buku kamu..:)