Friday, October 16, 2009

Nur Kasih dan Poligami

Saper layan Nur Kasih?
hahaha. tau.ramai yang tengok kan. elelele yang lelaki malu-malu pulak nak angkat tangan mengaku. kalo tanya, tengok ke Nur Kasih? Jawapan biasa diorang
"Ape barang layan Nur Kasih. Nur Amina tu asyik tak nak je kat Adam.... dengan Katrina pon ok ape..blaa..blaa.blaa.."
EH? cakap tak tengok. Ni kenapa tau watak-watak dalam Nur Kasih ni? haa kan dah kantoi.

kalo kat rumah ni, hari Jumaat je tv kecik tu jadi rebutan, dambaan, idaman etc. kalo waktu-waktu lain, tak ada saper nak hadap tv tu. dah la kecik. dah la itam putih. dah la henfon kena letak jauh2 kalo tak tv lari siaran.. tapi mujur gak tv tu kecik, tader saper nak tengok kalo tak mesti bil letrik melambung =)

Dah dapat agak kan apa yg cuba nak disampaikan Khabir Bhatia dalam cerita tu. Cinta. unsur keagamaan. dan paling nampak sekali ialah poligami. Betul tak?
Start episod hari ni, terus je housemates dah mula rasa menyampah nak tengok Nur Kasih sebab Katrina dah balik. maknanya kena bermadu la. heh! Dan nampak macam pasrah je kan dua-dua nak kena bermadu. dalam cerita boleh la.

Yer. saya faham. Poligami tu tak haram. malah sunat pon... yang lelaki jangan la senyum dulu. untuk yang berkemampuan saja. ok. yang tak ada kemampuan tu tak payah nak sibuk-sibuk. eh,nak jugak madu? degil betul.ok la. pegi minum madu campur telo ayam kampung. tu petua tok ti jaga suara. tak pon beli je kat kedai. bersepah orang jual madu. beli lebih empat pon tak ada saper nak marah. dah kemaruk sangat nak madu kan. ehee.

entah. aku susah nak menulis panjang-panjang pasal poligami ni. takut terbabas merepek. kalo banyak ke arah kontra, nanti dikata aku menolak hukum, menolak sunah. kalo pro sangat kan, takut di sound dengan akak-akak garang yang dah lama makan garam dari aku,
"hamboi-hamboi. kemain lagi kamu sokong poligami yer. esok kamu dah kawen terkena batang idung sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah."

Kalo tengok pada keadaan Malaysia sekarang ni, aku rasa mungkin poligami patut diterima secara damai oleh wanita (ehehehehe. *taip takut-takut*)sebabnya pasaran lelaki berkualiti di Malaysia adalah semakin pupus. (Read: bukan penagih, perompak, penyamun, mat rempit).
dan jawapan paling murah lelaki bagi alasan nak poligami walaupun tak mampu ialah nak elak maksiat.err hello. dah tau menda nak bawa maksiat, xpayah la dekat. tak gitu?


Dah tu, aku ni pro ke kontra?
uhukk*batuk* saya x suka kongsi........ kot. uhukk *batuk*
:D

Paling penting, kalo dah mampu sangat tu, mampu ke jadi adil?

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja” [An-Nisa : 3]

tepuk dada, tanya iman.

10 comments:

:: eyeNa :: said...

wah bukan main lagi lynn.. hehe

lama tak singgah tengak kamu buat apa.. hehe tgk tV upenye..

i tak tgk ar citer tu coz kat kolej susuah maa mau tgk tV ..huuuuu

Unknown said...

eyena:
bukan main lagi ape ek?
hahaha. tgokk
baru tulis sikit tu.

azam aziz said...

Kak lynn ...
X salah per berpoligami tu..biar ar dier...
hehehe
Apa 2 post yang best...
kantoi hehehe
Suka tengok nur amina berlakon...
Superb..!!

Unknown said...

azam:
haaa tengok
kalo lelaki komen..
macam tu la. eh adee cita-cita ke azam?

s.c.h.u.l.t said...

entah. kalo bole nak dia untuk saya dan saya the only one utk dia. ecehhhh. KOHKOH (batuk berdarah jap)

tapi kalau takdir,haruslah pasrah.

lagipon macam Lynn cakap. dah kurang lelaki berkualiti dekat Malaysia neh. :)

Unknown said...

schult:
tgok. pompuan komen macam ni

=)

sy setuju dgn anda syud.
*batuk dah baik*

ceklala said...

hakak sangattttt layan nurkasih tu dik oiii!!! Owh adammm.. *tetibe kan*

Tapi kan dik.. sebut pasal poligami ni.. kalo sang lelaki itu berkemampuan skali pon utk berpoligami, tapi tak reti nak faham istilah POLIGAMI, takde guna nyer jugak dik...
utk ape kau membanggakan "WEY! AKU ADA 3 BINI! KAU ADO??" kalo hati isteri, isteri, ISTERI tak penah rasa bahagia??
fikir2 kan lahh...

Unknown said...

Cek Lala:
tu la kak.
pusing2 lelaki juga yg untung

Anonymous said...

lelaki memang la setuju dgn jalan mudah.. "kurang lelaki berkualiti maka poligami". macam la yang poligami sekarang ni berkualiti belaka. nak bayar duit dapur pun ada tu masih mengharapkan pendapatan isteri.

bukankah lebih bermakna kalau lelaki ni lebih menggemari mengambil jalan membentuk masyarakat dan menjadikan lelaki2 dalam ummah ni jadi sama2 berkualiti?

Unknown said...

anon:
hee. lambat kamu respons.
sy sokong44x