Wednesday, September 8, 2010

hari ke 5, sayang! sedar tak?

Assalamualaikum

Saya sedar, saya saat saya menulis entry entry ini, hati kalian semua tengah fikirkan hari raya.
tapi bagi saya, selain hari raya ,saya tunggu satu hari yang bakal berlaku dalam syawal ini juga.
hari yang bakal mengubah hidup saya secara total.
bahagia atau atau tidak, saya serahkan pada Nya.
dan pahit macam mana pun yang berlaku pada hari itu saya harus terima dan belajar terima kenyataan.
dan saya sedang mempersiapkan diri untuk itu.
eh2 korang jangan nak memandai-mandai saya nak kawen pulak.
salah sama sekali.
heheheh
insyaAllah saya akan berkongsi di sini kelak berita itu.
doakan hati saya terbuka nak bercerita :P

oh ya. perjalanan balik kampung. alhamdulillah semua selamat kecuali kejadian silap jalan dan mendaki genting hingga ke puncak! nasib baik puasa kalo tak harus dah berpoyapoya dulu baru turun.
hmmm saya dan sesat jalan memang tak dapat dipisahkan kot. haih.


saya beria-ia nak buat kuih raya tapi emak saya tak kasi .katanya takut tak 'menjadi' dan tak sedap. dah membazir. ewahh. tercabar saya tau. sudahnya, saya buat jugak kuih tu. tapi bukan kat umah la. tapi kat Taman Kerang, Kuantan. 3 bekas RM50. wohhooo. (pegi beli masa malam raya lagi bes kot, diorang jual longgok je tapi malam raya saya bizi di dapor. ewahh)


LynnTheGudiGudiGurl : menu feberet raya saya nasi impit ngan kuah kacang. tade benda lain tak kesah tapi kalo benda dua ni tak ada di pagi raya rasa  macam nak merajuk pegi beraya kat London. huuu

2 comments:

green said...

tahniah awalawal.







salam eid.

lynn-the gudigudigurl said...

time kasih.
doakan aku :P

salam lebaran juga