Tuesday, June 2, 2009

Maaf Saya Busy..


Busy lah sangat. Tapi serius sampai tak sempat nak updet sampai berhari-hari. Bila dapat online, tak de mood nak blog.ehehe nak blog pun kena ada mood ke?
Seminggu dua ni bila online, rutin tetap hanyalah cek emel, dan kenkadang on YM melihat maner2 makhluk yang boleh diajak bersembang. hehehe.

Cuti kali ni mungkin cuti yang tak seronok. Yeaa tak seronok sebab banyak peristiwa tak diduga jadi kat famili aku. Aku tak bersedia nak bercerita di sini tapi cukuplah ..aku tak nak peristiwa tu berulang lagi. Titik.


Malas lah nak spoil mood ingat menda2 tak best ni. Nak citer yang best jer.
Cuti ni aku rajin tau..Aku rajin sebab selera makan aku sekarang merepek-repek. Nak makan tu la, nak makan ni la. DAHLAH DEMAND NAK MAKAN YANG HOME MADE PUNYA BUKAN BELI KAT KEDAI
Yea..tadi aku merapu nak makan bubur lambuk. Tak pasal-pasal teringat bulan pose. pose ganti tak habis lagi ada hati nak makan bubur lambuk cam bulan puasa. hohoho

Sebab merepek sangat nak makan macam-macam, mak seret ke dapur jugak. Tapi peliknya, semua makanan yang aku craving giler adalah makanan-selalu-jumpa-tym-bulan-pose. Tah. Kemaruk nak raya agaknya aku ni.


Tengok..tengok..tengok aku buat tu tapi di bawah pengawasan rapi bonda tercinta.huhu.kang ada yang masuk spital ngan air tangan aku (acecece)



Proudly presenting.....kuih tako. Nak makan kuih ni sebab tingat citer Seputeh Qaseh Ramadhan yang main mase bulan poser ari tuh. hehe Tak tahu utara panggil apa..huhu. Tak payahlah korang selidik pesal kuih tako aku ada yang slim ada yang chubby. Aku tak reti nak lipat mendalah daun pandan tu jadi cantik-cantik. Ok tak jadi sangat at least tade yang masuk spital. Firdaus tak nak makan sebab dia kata geli. Cis!





Badak berendam. Tapi kuih badak ni tak sempat berendam lagi dalam kuah aku dah snap gambar. Tapi tak de lah rupa macam badak kuih aku tu.hohoho. Name kuih ni aku rasa macam-macam pesen. ada yang panggil asam gumpal, kuih sagu. Entah lah. Apa pon kuih ni aku tak suka sangat tapi since ramai kat umah tu suka, aku RAJIN buat/belajar. Rumit la nak buat kuih ni. Lain kali malas la nak buat.huhu. okay, abah i kata sedap(malu..malu nyorok bawah selimut)LOL. Fidaus tak nak sentuh jugak kuih ni sebab dia kata kuih ni uduh. Cis2x!



Okay. ni inti karipap. Ada gambar inti je. Gambar karipap tak sempat nak snap sebab habis kena ngap dulu baru teringat nak amik pic. hiks. Firdaus suka plak karipap ni. Siap ada pesanan penaja.
"Ciksu, esok buat lagi karipap. Aus suka karipap"
"Tak hinginnnnn..Esok suroh atuk beli kat kedai."

...Ini antara sebab aku tak ada masa mengupdet. Hahhaa. Eh ada lagi..Lain kali sambung. Lan nak guna tenet. Mesti dia kata aku poyo nih. Ah lantakk kau la bedah..huuhu


Buhbye


6 comments:

emmacommey said...

wah rajen masak...
sy balik kg ritu pn xsempat masak...asek mkn kenduri jek...
kat uma mmg xmasak pn...
kah3...

tapi bubur lambok ngan badak berendam tu sy suke sgt....yum...yum...yum...

D said...

best giler...dah lama tak masak benda2 gini
dahla kenyang makan, dpt gak spent time ngn mummy
by the way, ni link baru kite
-diana (la la land)

s.c.h.u.l.t said...

wow! pandai buat kuih..bagus2:D

lynn-the gudigudigurl said...

emma:
bubur lambuk memang best!
tspi setiap tempat lain cara buat kan.
bubur lambuk pantai timur is the best!

lynn-the gudigudigurl said...

D:
tu lah sebenarnya bukan nak makan sangat tapi saje mengada nak makan macam-macam

lynn-the gudigudigurl said...

schult:
eh bukan kita buat tu.menolongmak di bawah kawalan rapi tu
hihihi