Saturday, June 27, 2009

Praktikum Fasa 2-Aku Belum Sedia

Alahai..rasa baru kejap praktikum hari tu..ni nak kena balik pegi sekolah. Tadi pergi tengok jalan nak pergi sekolah. Sekolah tak de lah jauh sangat tapi memandangkan driver aku ni (hohoho) masih memegang pelekat P di Kembara kesayangan, kenalah pergi mengkaji struktur muka bumi sekolah tu. hehehehe

Okeh..Nak pegi sekolah. Nak pergi sekolah. Nak pergi sekolah. Nak pergi sekolah. Kena seru banyak kali sebab nak amik mood =P

Harap praktikum kali ni tak ada episod duka lagi. Harap tak ada lagi drama air mata tepon ma nangis-nangis tak tahan pressure. ei malu malu..Baru ngaja sebulan dah tak terurus hidup. Sebulan aku tak lalu makan kau..balik umah ma komplen muka aku cengkung (oh cengkung? sy bermuka lebar la ma..huhu). Habis tunggang langgang dalam bilik semata-mata nak siapkan lesson plan+BBM. Tapi manisnya tetap ada...>aku pernah cerita di entry lepas.> Klik Story Cikgu dekat label (bajet orang nak baca)

Pendek kata, aku masih belum dapat mood nak pegi sekolah. Mungkin malam ni kena punggah identiti cikgu-name tag, buku persediaan mengajar, rotan =P

tiga pasang kasut baru untuk sedia berbakti untuk aku untuk dua bulan berpraktikum. Kasut sukan-aku minor PJ kali ni, demand kat abah nak kasut sukan baru, kasut macam kasut nurse- aku tak pernah ader kasut warna putih jadi teringin suci macam nurse dan kasut kaler dark -perlu ada sebab nak sesuaikan dengan uniform ala tentera aku yg harus/wajib dipakai hari Rabu.

Aku nak buat dedication lah. Poyo.

Ehem. Kepada PISMP-IPGM ambilan Jan 07, diseluruh IPG seantero Malaysia, selamat berpraktikum yeaaghh. Jadilah cikgu yang sempoi disukai ramai...uhuhuu. Kalo dapat student nakal, sabar lah. jangan jentik anak orang, tampar je terus =P.


P/S: Aku dulu cukup benci cikgu main soal-soal dalam kelas sebab aku ada darah gabra+gemuruh, soalan yang dah tau jawapan pon jadi tak tau. Jadi aku tak akan buat begitu untuk anak murid aku (syahdu le pulak) . tengok walau aku tak baik sangat, belas tetap ada..kuikui.





4 comments:

emma said...

bole paham perasaan awk...
same la mcm sy...
malas nak p mahkamah...
malas sgt2...xsukew...
mlas nak cover story mahkamah...so xsedap !!! so boring...

s.c.h.u.l.t said...

banyaknyer kasut baru~!! :D

lynn-the gudigudigurl said...

emma:
tu lah..bila tak kena pegi..meronta2 nak pegi
bila dah kena pegi..huhhhhhh

lynn-the gudigudigurl said...

schult:
konon bagi semangat nak pegi praktikum
tapi hampessssss..malas jugak!