Thursday, September 3, 2009

Weolzz Masak Uolzz!

Buka blog orang lain, mesti paling tidak ada satu entry pasal juadah berbuka. Aku nak buat jugak lah. Tak nak kalah tu. Hohoho. Lagi plak, juadah berbuka puasa hari ni special. Weolzz masak uolzz. Aura rajin semalam terus terbawa ke hari ini. Alhamdulillah. =)

Semalam kat kelas, bila terdengar cerita kawan-kawan rumah lain sibuk memasak untuk bukak pose, yang rumah sana masak nasik ayam, yang rumah itu masak tomyam, rumah kami? Errr bazaar ramadhan mari..serta ditambah bebudak lelaki siap mintak resepi sebab nak masak, kami pon eish ni tak boleh jadi, tak payah tunggu hujung minggu lah, hari ni jugak kita masak. TAK NAK KALAH

Korang takat masak makan sendiri-sendiri, kitorang siap masak siap kasik cikgu jiran sebelah umah. MASIH TAK NAK KALAH. Hahhaa padahal dah segan bekas ngan pinggan jiran sebelah yang kasi kuih SEBULAN yang lepas tak hantar lagi. Tu pon niat asal nak beli jer kuih kat bazaar ramadhan pastu bagi kat jiran sebelah. Hahaha.

Menu hari ni tak payah nak gempak-gempak. Buat simple-simple je. Dahlah pegi beli barang nak masak pukul 5.15 pm, janganlah berangan nak makan macam-macam. Balik beli bahan basah terus pungpangpungpang kat dapur. Bukan aku sorang lah. Bersama. Bersekutu bertambah mutu. =P Pukul 7.00 pm dah boleh hantar kuih ngan lauk ke rumah sebelah. Cepat kan? Macam mana nak cepat kalo masak mende ni je.:



sebab dah tau lambat nak beku, agar-agar ni Ros buat mula-mula sekali. ingat dah tak sempat keras nak kasi kat jiran sebelah tapi sempat jugak. Tapi agar-agar ni memang betul-betul resepi tangkap muat. Guna milo 3 in 1 ok. tak masuk susu pulak tu. tengok rupa pon dah tau kan. tapi rasanya sedap lagi yang jual kat bazar. kot. ehehe




Paprik ayam yang sesuai untuk pesakit darah tinggi. ahahaa.kurang garam lah. haiih camner lah si Ayu ni rasa cakap dah ok. Rasa sekali terus kata ok. Nasib baik bulan puasa, kalo tak mesti jiran sebelah kata kitorang tak reti masak. dahlah agar-agar milo warna gelap gelita, paparik tawar. padahal dia taktau, kitorang dah pakat nak bukak restoran nanti T__T





lauk yang tak penah miss. tak paham aku.korang paham?


nasib baik ader benda ni. cover lauk paprik kurang garam.

dan paling penting...kena ada ni. tak ke terharu dah siap masak segala, buka periuk tade ni..


Simple je kan. Jomlah masak wei. Jimat betul. Weeolz spent tak sampai RM3 je sorang tadi. Terus insaf nak masak hari-hari. KONONNYA la. Antara malas ngan rajin jer.

OKey.. dah lebih 10 hari puasa. Tak nak cari lailatulqadar kah? Gandakan ibadat. Sebut pasal ibadat bulan puasa ni, aku terpikir sesuatu. kenapa hanya nak buat ibadat di bulan Ramadhan jer. Bulan lain, belasah je? Eh jangan lah macam tu.

4 comments:

eyena said...

lapo lak tetiba bila tgk gambo makanan.... waa i sahur kat kolej makan ikan sardin je.. huuuu

anaklaut said...

salam...


paprik ayam best tu..lala.lapar la pulak..

tq singgah blog anaklaut

lynn-the gudigudigurl said...

eyena:
ikan sardin?
sedap jugak tu

lynn-the gudigudigurl said...

anaklaut:
blog anaklaut juga best mcm paprik tu
err