Wednesday, September 9, 2009

Nur Kasih Nasreen

The new sepet generation was born. weeee..not today.but yesterday.
sayang. kalo tak dah dapat bithdate sikit punya lawa 090909. Tapi tak apelah. both baby ngan sis in law selamat. Alhamdulillah.

Nur Kasih Nasreen binti Nazlan.
Macam tak caya Lan dah ada baby. his very first baby. Proud daddy haa??

Rasa macam baru semalam aku ngan Lan gi sekolah sama-sama. Aku darjah 1,dia darjah 6. tunggu dia hantar duit belanja kat kelas. Pergi mengaji dengan Pok Teh Che Mim sama-sama. Aku baru Muqaddam dia dah Quran besar tapi yang peliknya aku selalu tegur dia mengaji salah. Pergi kutip biji saga sama-sama. Main bola katok selipar sama-sama. Pegi kutip buah rambutan atas kubur belakang rumah sama-sama.
Main game yang sambung kat TV tu sama-sama tapi selalu aku kena marah sebab tak reti main. dia suruh aku tembak musuh aku tembak dia..hohohoho Tapi aku selalu kena tinggal kalo dia pergi cari ikan laga kat parit.




Bila dia naik sekolah menengah, kami tak kamceng. Budak lelaki mungkin. Dia rasa dah besar dan ego. Lagi-lagi bila dia dah masuk asrama. Mana mungkin nak kamceng ngan adik sendiri kot? Pulak tu aku lagi pandai dari dia. hahahaaha

Bila aku tamat sekolah, kami jadi baik balik. Mungkin sebab aku tak macam budak kecik lagi kot. Dah boleh simpan-simpan rahsia. Tapi dia masih selalu buli aku. Suruh aku buat macam-macam. Kalo tengah baca paper tu, tgh aku baca kalo dia nak mesti aku bagi. Paksa aku kupas mangga dia nak makan. Kalo tengok tv, kena tengok ikut channel dia suka. Suroh aku iron kemeja dia tapi aku cakap tak reti dia paksa jugak. Last-last bila kemeja tu aku iron tak ikut side, muka moncong boleh ikat. kan aku cakap aku tak reti?! Bila aku basuh baju dia, aku campur semua baju tak asing-asing dah. terus t-shirt putih jadik kaler pink turun warna dengan baju mana tah. sampai sekarang kalo dia pakai baju tu cakap aku tak reti basuh baju. bodoh. masuk baju dalam mesin pon ingat aku bengap sangat ke haaa? Tensen!

Ahh macam-macam lagi dia buat aku.
Tapi herannya, aku ikut saja. Jarang jer nak bantah. tapi dengan dia sahaja. kalo dengan kakak-kakak lain. jangan harap.
ma kata, tali pusat aku dengan Lan dia simpan satu bekas. Patutlah aku ngan Lan susah nak gaduh adik beradik. Tapi bila aku desak nak tengok tali pusat aku, ma aku kata dia tipu jer.T____T
Motif letak tali pusat adik beradik satu bekas???? balik tanya orang-orang tua.

Dia juga banyak bantu aku. Jadik driver tak bergaji. Urus segala jenis urusan masa aku masuk u, maktab dulu. hantar buat medikal cekup berkali-kali, bayar bil itu-ini (WALOPON BUKAN GUNA DUIT MU, AKU TETAP HARGAI)Dia org pertama sokong bila aku buat keputusan keluar u masuk maktab. Selalu jugak keluar sama-sama sehingga disangka couple bercinta. ohh..tengok mata lah makcik? sepet warisan turun temurun tu.

Tapi dulu.
Sekarang dia dah ada Kak Dila
dan baru sahaja dapat Nur Kasih Nasreen.
Aku tumpang gembira.
=)

Tapi dia masih macam dulu.
Masih suka komplen aku masak tak sedap.
Masih suka panggil aku "Negrito" nama aku paling benci sebab ah lupakan.
Masih mengada nak henpon baru as hadiah dapat anak sedara. banyak cantik??
Masih suka nasihat jangan jadik perempuan murah. walaopon cakapnya selalu main-main, tapi aku faham niatnya. eh aku kan pandai. memanglah cepat faham. =P

Haihhh...cepatnya masa berlalu.
Sob3x.
Lap ayaq mata.
Ni pehal nak layan jiwang sedih-sedih ni?

Lan, aku tau mu tak baca sebab dia tak tau aku ada blog.
Deep down, kamu abang aku yang best walopon aku tak penah mengaku mu best.
Ahaks.
Dah ada famili sendiri, tanggungjawab makin bertambah.
dan aku tau masalah dengan tempat kerja tak penah sudah.
Semoga baby Nasreen bawa rezeki. InsyaAllah.

Aku: Nak panggl baby apa weh?

Lan: Kasih
Aku: Aku nak panggil Nasreen.
Lan: Nur pon tak pe gok
Aku: Nasreen la
Lan: Bodoh. tak payah tanya aku lah kalo nak panggil Nasreen negrito weiiiii.
Aku: Natangggggggggggggg


Hati saya meronta-ronta mau pulang.
=(

14 comments:

tuanblogtakadanama said...

cerita yg comel. =)

lagi2 dah sebulan dah kita x balik rumah huhu... feeling habis masa baca!

Unknown said...

Aqilah:
ouh, mau balik rumah juga.
=)

:: eyeNa :: said...

hahaa best tol citer ni..

"tak payah tanya aku lah kalo nak panggil Nasreen negrito weiiiii"

hahahahaha kelakar!!!.

s.c.h.u.l.t said...

orang tua-tua cakap kalau tali pusat sebekas adik beradik tak gaduh. eh motif? :P

btw,ah bestnya ada abang lepas tu dapat anak sedara. oh rindu arwah abang guwe. :'(

p/s:
nanti sila update pic Nasreen ley? (ah negrito ke cepet ke tak kisah.janji baby!) he he

LOCO™ said...

haha
anda kan adik..
kne la ikt ckp abg..
hehe~

kamarul arifin said...

haha..kecik2 byk kenangan kan?

keristamingsari said...

Jadi abang ni memang ler banyak cabaran, kekadang tu nak mengutuk juga adik,suruh itu dan ini, tapi bukan apa, suruh sayang tu....nak bermanja ler katakan. Tetapi bila dah berpunya dan ada tanggungjawab sendiri.... dah lain cerita....so kena fikir banyak arah...tuning pun kena lain...

:: kay dora :: said...

huhuhu tetiba teringat kat abg akak di kuantan...

Unknown said...

eyena;
oh dia memang suka panggil saya negrito
jahat!

Unknown said...

shcult:
kenapa ya tali pusat tu?
sungguh misteri..

saya juga ada punya seorang lagi abang tapi dah tak ada..mcm kamu juga =(
Al-fatihah unt abang2 kita

Ouh gambar baby akan diuoload later.sebab xde lg ni

Unknown said...

LOCO:
Abang tak boleh cakap adik ke?

Unknown said...

jeffry:
memang banyak. sampai budak-budak zaman sekarang patut rasa menyesal tak jadi budk zaman dulu.
-maaf ayat tak lulus periksa-

Unknown said...

keristamingsari:
suruh sayang
sebab dia nak manja

eii geli pulak bila pikir Lan nak manaja2 ngan gue?
wakaakaka

Unknown said...

kay dora:
hehehe
mesti ada nostalgia lama juga tu
=)