Monday, March 15, 2010

Resepi Sup Cendawan Campak


Saya masak sup cendawan. resepi rahsia. haha. banyak la rahsia. resepi adalah campak-campak mengikut gerak hati. tapi tak tersangka menjadi pujian abah tersayang. wahahaha. sebetulnya abah saya selalu tak berkenan dengan masakan saya. masin la. manis la. masam la. jadi penghargaan gila la tuh. jadi saya berbesar hati berkongsi rahsia resepi sup cendawan saya.


Resepi sup cendawan campak.(hidangan 4 orang)

Bahan-bahan:
1. 2 ketul drumstik ayam dipotong kecik. 
2. 500g cendawan di potong sekadar tak tercekik bila makan
3. bawang merah 3 ulas. perlukah aku bagitau perlu dikupas kulitnya?
4. bawang putih 2 ulas.
5. sesudu kecil lada hitam ditumbuk sampai lumat.
6. sebatang kulit kayu manis.
7. sup bunjut adabi.

Cara membuat.

Rahsianya : campak beserta perasaan kasih sayang. wtf plat keta suhana.
1. campak ayam dalam periuk ada air sampai mendidih.
2. pastu campak bawang putih + bawang merah
3. campak lagi cendawan.
4. campak lada hitam dan kulit kayu manis
5. campak sup bunjut adabi.
6. kacau sampai segala benda tu sebati.
7. campak garam. aha. jangan memandai-mandai nak tambah ajinomoto. tak elok!

CAMPAK OKE. CAMPAK

INGAT! garam letak last sekali. ni petua masakan konon2 nak cegah darah tinggi tapi xde guna kalo korang letak sesenduk garam. agak-agak la hokey.

Simple. sihat. dan sedap. eceh. 
konfident aku bold word sedap


Pastu angkat dan hidang. 
ma tanya : "ni sape ajar ni buat macam ni. senangnya keje dia." saya jawab: "adalah orang ajar". padahal resepi spontan tiba-tiba muncul akibat malas nak meramas segala bagai santan nak buat masak lemak cendawan. aku tunggu sampai kul 12 malam ni. kalo tak ada siapa sakit perut, selamat untuk dicuba. kehkehkeh.













6 comments:

s.c.h.u.l.t said...

resipi sup cendawan campak. AHAHAH :)

lynn-the gudigudigurl said...

schult:
hahahaha. bagus kan =P

ASaDa RyutaRo said...

ni sup cendawan campak.. x pekat kan?

greenhall said...

laku la jamban aku mlm ni. haha..
cas sekepala 80sen pun ok gak ni..

maCy said...

cnfirm tak sakit perut nI?

kalo tarok elok2 ta cmpak ta jadi la yeh.. ki3

mie said...

xkena demam campak ke kalo cuba ni??
hahahhaa