Wednesday, August 5, 2009

Mungkin Aku Tak Perlu Lagi Cerita Pasal Ini

Kata senior :
Dengan budak-budak, kita jangan lembut sangat. Kena berkeras sikit.
Rasanya sebelum ni aku bukan lembut sangat pun. Cuma aku jarang atau mungkin tak pernah marah budak. Ceh. Bukan nak kata aku baikmacammalaikat. Tak. Aku memang tak reti marah budak.


Baiklah. Berkeras sedikit.

Tadi masuk kelas, aku buat muka ketat. Letak buku dan stare muka sorang-sorang.. Diorang duk menyengih-nyengih aku tak pandang. Lawak bodoh diorang aku tak layan. Mengajar tadi tanpa secebis senyuman pon. ohh..sungguh tak profesional tapi hasilnya...kelas tadi sunyi-sepi. Terkejut mungkin tengok cikgu diorang ni dah berubah karekter. Bila disuruh buat latihan semua menurut tanpa mengomel macam biasa.

Aku puas hati.

Tapi dalam diam....aku sedih.
Aku tak suka aku layan mereka macam tu.
Mereka budak-budak. sentiasa mahu perhatian. aku faham tu.
Tapi mungkin selama ni aku terlampau beri muka.
Sekarang tidak lagi.
=(

Ha kaan..sape suroh buat cikgu sakit hati-mengamuk- lagi????

***************************************************************************************


Bila aku mengomel itu ini pasal budak-budak , mungkin ada yang berkata..”alahhh dah nama pon cikgu..terima la”.

Aku bukan nak kompelin aku tak suka ngan prosfesyen aku. Tidak sama sekali. Aku cuma berkongsi. Berkongsi dengan kamu semua apa yang alami di sekolah. Lagi pula, aku kan hijau gila dalam hal remeh-temeh ni..Tapi kadang-kadang aku pon rasa poyo pada diri sendiri. Benda macam ni pon nak blog.

Lagi..aku faham cikgu tugas tu mulia. Lagi mulia kalau tak perlu mengeluh macam aku. Kalo tidak, mana mungkin aku pilih untuk berada di sini..


Hehhe. Dah lah.


Poyo je aku rasa. Dah dua kali berderet post entry pasal budak-budak degil. Cerita pasal benda lain lah. heh!

Eh, H1N1 makin risau. Aku dah kemana-mana dengan mask, kamu semua sila la jaga keselamatan juga!











6 comments:

Bungo Lale said...

lynn.

tulis ajo apa suka. inikan blog lynn. sape tak suka buleh blah ajo. hehehe...

H1N1. kat sini pun dah ramai yang pakai mask. akak tak pakai pun lagi. aisehhhh, nak kena g bli mask nih. ingat sebelum kena.

gud luck lynn.

siti_z0wiah said...

hehe sabar ye cikgu...

Unknown said...

hanis:
tu la.menulis dgn sesuka hati la ni
hehhe

ipoh makin teruk la kak..
risau..

u too, gud luck
tak lama dah nak abis heee

keristamingsari said...

Tulis jangan tak tulis...

Bab-bab H1N1 ni saya setuju ler dengan kata-kata lynn...bukan masa wabak ni jer nak jaga itu dan ini...sepanjang masa sendiri mahu ingat loo...kebersihan mesti dijaga...
Bab pakai topeng ni..satu hal juga..Islam dah tunjukkan kita mana satu yang betul dan mana satu yang tak betul..bila dah diturunkan penyakit..masing-masing sibuk nak cari topeng nak tutup mulut dan hidung.....dalam Islam dah lama disarankan.....Luuu Fikirrr la sendiri...

Unknown said...

siti zowiah:
hehehhe..sabar sabar sabar

Unknown said...

kerstamingsari:
haah
tepuk dada tanya selera...