Friday, March 5, 2010

why people so into blackberry ???



sana sini orang mengeluh cuaca panas kan.
tapi bila ader yang bertanya
"u tak panas ke bertudung?"
aku harap aku tak perlu jawab soalan tu. kot. nak-nak kalo yang bertanya tu mengaku tak makan babi serta tak pegang hanjing. erk.

ha. tapi betul  la. panas. semalam sepagi di padang melatih budak berkawad (HAHA. menipu. aku tak reti lah. sia-sia dapat pangkat Leftenan Muda KRS T__T) okay yang sebenarnya aku menyibuk saja kat padang tapi tetap terkena tempias panas. padahnya pening. tapi seronok dapat pening sebab sepanjang praktikum hanya malam tadi dapat tidur pukul 10.30 malam tapi macam tak berbaloi sebab terpaksa bangun 5 pagi pula semata-mata mahu menulis lesson plan. tak ape lah. ( tak ape, tapi kenapa mahu tulis dalam blog? eh sebab aku kan pompuan, menceceh kan hobi utama)

lepas tu petang tadi, ke Maybank. pergi mengadu pada kaunter yang card bank sudah tidak dapat digunakan. tapi kaunter cakap (?) account sudah tak aktif, padanlah card tak boleh guna. selepas dikemaskini, sekarang card itu sudah boleh guna. akaun sudah aktif balik. tapi jumlahnya sahaja yang pasif T__T

kemudian meronda-ronda kawasan perindustrian tasek. mencari pusat servis perodua. untuk servis si puteh yang sudah dirawat parutnya. kali ini sahaja. servis selepas ini bukan lagi di sana sebab ah, buat ape buang duit pergi servis dekat yg mahal, awk dah besar setakat pegi workshop tukar minyak hitam ape laa sangat kan? dah jangan nak manja sangat habis benda nak hadap pada perodua cekik darah
tapi sebagai aku, kalo tak sesat dan tak ingat jalan memang bukan akulah tu. serius. aku perlukan blackberry gps dengan kadar segera. dengan bantuan housemate sampai juga di depan perodua servis lantas digamit dengan mesra oleh abang pekerja. hasrat di hati hanya mahu tengok-tengok jalan saja  tapi terpesona dengan layanan mesra abang(kah?) terus set appointment. gagaga. isnin ni jumpa lagi ya bang hahahaha. itu pon kalo aku ingat jalan lah. ouh isnin ni sekolah aku bercuti sebab hari sukan. HORAY.

Kemudian, memandu dengan tenang (setelah berhempas-pulas mencari jalan keluar) ke Giant. kali ini melangkah yakin ke Giant tanpa tag nama cikgu di dada jadinya tak perlulah menolak dengan manis pelawaan pasang astro di rumah, cikgu?, set dapur di rumah, cikgu? atau pun senyuman-marilah-masuk-ke-kedai-emas-saya oleh promoter Tomei. kali ni tak payah. tengok lah. ketidakadilan di mana-mana. masa aku selekeh ni tak ada siapa nak pandang tapi bila aku dress up secara gomen barulah. diskriminasi betul. tapi ape nak kisahkan. aku sebagai ape sekalipun, aku ini masih tiada bergaji. tiada pendapatan. tiada kemampuan. malanglah kamu semua yang beria mempromosi. (mak aih. ada irama)


dan selesai urusan di Giant. misi di Giant hanya membeli sepotong ayam yang kemudian terpaksa direbus terlebih dahulu untuk melambatkan jangka waktu busuk sebab kat rumah itu tak ada freeze. sekarang kalian paham kenapa anak dara berlima ini sangat jarang memasak. (kalo memasak pon sekadar yang instant sahaja) leceh oke. kesimpulan awal di sini : apabila berkeluarga esok, perkara pertama perlu didahulukan adelah freeze. paham?
kemudian, pulang ke rumah. berlegar-legar dalam perumahan mencari ABC. dan sekali lagi aku sesat. dalam taman sendiri T__T. ha kan. kalaulah aku ada blackberry gps, masalah ni pasti boleh diatasi.

Tiba di rumah. mandi. solat . dan teringat hari ini hari jumaat. cepat-cepatlah potong kuku. kuku sekarang panjang yang diibaratkan kalo TERcubit murid sudah boleh diberi liputan meluas hingga ke muka depan Harian M*etro. GURU CAKAR MURID GUNA KUKU DRAKULA. Harian M*etro kan sukaaaaa gampak-gampak ni. dah lepas maghrib karang sudah dikira hari Sabtu. hari sabtu tak elok potong kuku. nak tunggu hari Isnin lambat lagi tu. haha. bab-bab potong kuku ni, aku sangat particular. kena potong hari Isnin, Khamis dan Jumaat sahaja biarpon kuku dah macam mak lampir. kata pon sunat. dah benda sunat lain susah nak buat, yang sunat paling mudah ni tak kan tak terbuat??


Baiklah. sudah tamat entry ini dengan peringatan di atas.



p/s : wahh. menjadi mudah sedih dua tiga hari ini. bukan gejala pms. tapi ini sindrom mengada-ngada macam eh awk perempuan ada hak nak sedih-sedih  menangis pastu heboh kat blog. serius  wtf *00* ! ini plat num keta Suhana. =P


2 comments:

farhana said...

Eh..mana entry pasal blackberry nya..
secoet ayt 2 je ke??hehehe

Kalo blom kawen, n dok umah sewa..xyah pakai freeze pon xpe..
Jimat dwet elektrik kui2

greenhall said...

BPE RIBU DIA HBS BLI NO PLAT TU?













erk.. blackcurren xmo ke beb?