Thursday, May 21, 2009

Entry Ke 100 dan Gatal Main Coding

Ya..entry hari ni yang ke-100. Memang aku tak produktif kan?


Dalam diam, aku menulis hampir 100 entry merapu yang kadang-kadang bila aku baca balik menyampah gila dan terpikir aku ke yang tulis ni? Hahaha tak malu baca blog sendiri. Eleh korang pon wat benda yang sama kot. LOL.

Tapi sekurang-kurangnya aku puas. Aku puas kerana aku menjadi diri sendiri. Tak payah nak berpura-pura jadi best gila walopon hakikatnya diri tak best pon semata-mata nak puaskan hati orang lain atau nak senangkan hati yang membaca.

Tak perlu.

Aku tak perlu semua tu.

Kadang-kadang aku kesian dengan blog-blog wannabe yang publish kisah indah-indah mereka. Kisah-kisah yang tiada namun diadakan. Kelakar pon ada. Bukan sekali dua aku terserempak blog cam ni malah berkali-kali. Blog plagiat tak usah cerita lah. Ada seorang manusia tu sangggup plagiat sebiji-biji blog orang lain dan admit tu lah kehidupannya. Hoh! Sungguh tak ader life mereka ini. Kesian.

Dan aku juga selesa merahsiakan blog aku dari teman-teman rapat walapon dah tak rahsia sebab dua tiga manusia kat kolej diam-diam baca sebab bila aku menulis, aku kadang-kadang akan menjadi orang lain, sedikit emosi, agak skema, dan karekter yang sedikit berlawanan dengan kehidupan peribadi aku. Pernah aku memberi URL blog pada teman rapat yang kini jauh di mata namun dekat di hati supaya dia dapat mengikuti life aku.

Dia : Wehh..itu blog ko ke? Ko yang tulis tu?

Aku : Ye lah..takkan aku nak suroh mak aku tulis pulak..

Dia : Bapak skema ayat. Dah tak gila dah eh?

Oh aku gila ke dulu? Tak tahu pulak, huhu. Hoh. Dah normal aku rupanya sekarang T_T.

Itulah masalahnya. Diorang ragu-ragu aku yang menulis. Pelik aku. Bahasa aku skema sangat ke hah?

Aku janji yer kawan-kwan. Final year esok kita tukar-tukar link. Supaya kita tidak terlost kontek.hehehe

P/S :Sepatutnya saat ni aku bergelumang dengan nota-nota Morfologi, tapi kalau dah malas menyerang tu, otak dah buntu..buntu..buntu. Study last minute lagi, serve the rite lah..

P/P/S : AKu main-main coding tadik. tapi terus terpublish. terus orang terbaca dan terus ada orang terkomen. dan terus orang terkata aku gila agaknya..lah..hahaha
Gila gatal nak main coding lagi..waaaaa aku gila muak dengan layout blog. saper nak bagi tutorial pree kat aku nih..

8 comments:

Anonymous said...

bagus! ganbatte!

;D

Unknown said...

cHenta_tiEha :
hahaha tieha comment kat n3 tak siap taip huhuhu

:: kay dora :: said...

hehe.... akak kah ituewww?

liar! said...

haha..
truskan usaha anda!

mie said...

lynn kat itu??
mcm tu ke soalan nya??
xkisah la....
skema or not....
itu xpenting...
hahhaaaaa

Unknown said...

kay dora :
akak ye jugak..
haha
nasib baik tersedar
kalo tak...
huhuhu

Unknown said...

kenet!:
teruskan usaha apa kenet?
untuk menjadi terus skema?
hahaha

Unknown said...

mie :
tak penting kan...
suka gelak dia ni..
=P