Friday, December 25, 2009

Lubang jafahafanamfam *&^(I**&7^%$*r@!!!!




Pic tade kena mengena dengan cerita. aku dah pesan minah ni jangan over eksaited sangat. kan dah blur. 



Rabu lepas di Kuantan seorang penunggang motorsikal maut digilis lori kontena(?) sebab nak elak lubang.
Tak ingat bila, di Seri Bandi, Kemaman seorang pemandu terjatuh dalam parit sebab terlanggar lubang.
Semalam kawan aku datang rumah muka masam mencuka. Bila aku tanya sebab ape. “Kete aku langar lubang Berdentummm. Aku ingat cermin pecah dah” “ Dah tu.mende yang pecah?” "Tayar lahhh”. Oh kesian. Kereta dia bau kedai lagi, 

Dan semalam jugak kereta aku ( oh ok. Bukan keta aku sbb bukan aku byr. aku miskin takde duit la) langgar lubang . dan tayar dah bengkak. dan terasa bersalah sebab keta tu baru umo sebulan dan tak sempat 1st servis pon lagi, ..alahaii.dah la aku buat. Bukan tak nak elak. Dah elak. Tapi bas kat belakang poyo sangat dah bagi lampu bila aku brek elak lubang. Mentang-mentang kau besar gabak kau eksyen ek.

Oke . Aku paham lah kot sekarang musim ujan. Jalan pon tak cantik. Tapi bila dah ramai orang kompelin bahkan dah libatkan nyawa pon tolong la buat something. Pengguna jalan raya yang berkereta mungkin terpaksa pertaruh wang ringgit tapi pengguna motorsikal mereka pertaruhkan nyawa bila langgar lubang-lubang maut ni..

Ini ke jaringan jalan raya terbaik di Asia Tenggara dan sistem lebuh raya terbaik di Asia. (geog PMR aku A. tu pasal aku ingat sangat fakta yang auta ni)
Wahhhh terbaik la sangat. Sesape nak pegi Trg cuba la drive ikut highway Jerangau-Jabor sekali. Aku konpem korang mencarut istighfar banyak-banyak. seperti menunggang unta di padang pasir.  eh? lantak la tak relevan ponn.

Mana JKR?
Bila korang nak datang turap lubang-lubang puaka tu?
Takkan nak tunggu Najib nak lalu jalan tu baru nak datang turap kot?
hangin weh!




 



10 comments:

aYuNi said...

wah.. memg sakit hati bila jadi kat kita dan mereka..kita byr kan cukai jalan..hehe..sape la yg nak prihatin pada kite ye.. wat aduan la lynn..

Sharinginfoz said...

memang tension ngan lubang kan.. bosan2 singgah le...

greenhall said...

aah.. tunggu najib lalu baru nak turap..
lubang2 duit haram dorang tau lak nak 'turap'! cilakak betul..

abe long said...

hohoh.....
nk wat camne....

Ahmad Syahril said...

skrg ni zaman wat duit... kualiti tolak ke tepi...

dulu jkr sndiri yg wat jalan... mmg elok... tapi kos tinggi...

skrg... wat tender tbuka... bkn jkr dah yg wat...

dorg dpt byrn mahal... tgk laa kualiti jalan... dah laa nipis dia turap... tabur pasir laa bwh... jimat kos... dpt income lebih sket... jalan cepat rosak... bleh dpt tender baru... huhuhu hampeh...

p/s: wat repot byk2 cik lynn...

lynn-the gudigudigurl said...

ayuni:
buat aduan? nanti nak buat la. ni kat blog ni kira mengadulah kot. ehehe

lynn-the gudigudigurl said...

Sharinfoz:
ohh okay =0

lynn-the gudigudigurl said...

greenhall:
tunggu najib lalu dulu la baru lalu balik jalan tu. haihhhhhh

lynn-the gudigudigurl said...

abe long:
nat wat caner?
errr

lynn-the gudigudigurl said...

Ahmad Syahril :
oh macam tu ke alkisahnya. baru tau lah.


ni kira repot la ni kan