Thursday, December 3, 2009

Andai ini takdirNya...


hahaha tajuk sayu hiba ala-ala tajuk cekerama kat tibi.
tapi aku bukan nak cerita pasal cerekarama lah. ini lain. eh kejap saper tengok cerita taubat nasuha maser raya ari tuh. aku emo terlebih sampai meleleh-leleh air mata air hidung pastu cover pura-pura sejuk amik selimut nangis dalam selimut. ahahaha. ini pengakuan menjatuhkan kecoolan/kemachoan/kestedian aku. teheheee. . quote masa last cerita tu kita akan menghargai apabila kita kehilangannya adalah tajam menikam jiwa raga hati sanubari ok.

Okay dah. balik semula cerita asal. masa hari raya aidilfitri hari tu, batch SPM03 ex-sekolah aku ada buat reunion. dah nama pon reunion mestilah matlamatnya nak satukan balik kitorang, nak rapatkan hubungan yang jauh terpisah . tapi sayangnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan aku tak dapat attend.
rugi-rugi.
padahal ni la masa terbaik nak korek citer masing-masing. nak jumpa klik-klik lama. tapi mujur bff, Long sanggup gadaikan kredit melaporkan setiap apa yang berlaku pada hari kejadian. mekasih daun keladi. ehehe

seperti yang aku jangka majoriti diorang dah pon melangkah ke alam pekerjaan. paling kurang pon sekadar tunggu masa nak grad je (haiihhh aku je sorang terkedek-kedek nak habis study!!) tak kurang yang dah bertunang dan yang dah kahwin. errr kenapa ye kawan-kawan aku yang agak 'baik-baik' ni kawin awal. cinta diorang berkat kot?? hahaha tu nak meroyan nak kata cinta sendiri tak berkat la tuh.

So aku pon paksa Long bagitau kekawan aku semua tu buat ape sekarang. Malas nak telek fesbuk diorang.

Long: mu nak tahu saper?
Aku: semua-semua la.
Long: Okeh. geng kita aku tak sebut eh. aku sebut yang aku tahu je. Madi kat US, Sue buat medik kat Jepun, Ct Madiyah jadi ustazah, Hazwan kat UK buat engineering kot, Taufik kat France, Suzie kat UIA, Aienna bakal lecturer kot tengah wat master, ida dengan Yuni dah keje. Gee keje kat MQF, Danial dah jadik pilot kat TUDM, Natrah kat Indon, Mastura buat master nak jadi surgeon, dia kat UIA buat pharmacy lagi.. bla bla bla blaaaa.
Aku: siapa yang jadik cikgu weh?
Long: hahaha. aku rasa geng kita je kot.
Aku: kita layak jadi cikgu je kot. huhuu
Long: aku rasa ni adalah pembalasan..*wahahahahaah sambil gelak macam jin. sakit telinga aku*.
Aku: explain.... tak paham.
Long: yer ah. zaman study dulu kita kan cemerlang. tym cikgu ngaja tido, sembang, tiru homeworks pasni konpem anak murid kita buat benda sama. what you give, you get back bebb.
Aku: ...............................................


Agaknya, apa yang dikatakan si kawan aku itu betul. DIA takdirkan aku jadi cikgu supaya dapat rasa apa yang cikgu aku rasa masa mengajar kau dulu. hukhukhuk. macam la jahat sangat. sikit-sikit je.eheh. so peringatan kat diri sendiri jangan tensen dapat anak murid degil sebab awak dulu pon sama jerrrrrrr.



mereka di hari kejadian. aku tiada di sini.
mereka ini pernah berkongsi toilet dengan aku kerana ponteng kelas prep. hohoho

L to R teacher dida, cikgu yani, cikgu sara, miss eyena, cikgu najwa
amaran: kamu semua pon bakal dapat student sama peel macam kamu nanti. sila bersabar. ehehe



Aku rasa tajuk entry dah relevan kot ngan content. =P





16 comments:

s.c.h.u.l.t said...

tugas cekgu mulia apa. not all people can be a cikgu. :)

KIDbrush said...

Cakkk!!!Wokeh hape jadik cekgu... haku dolu 8 kali mintak cekgu x dpt2. pras tetungging tunging. seb baek x jual VCD cetak rumpak! koh koh

Aida Manap said...

hahahahahah...lawak...lawak...:)
cikgu satu tugas yang mulia...but sadly, kengkadang individu yang jadi cikgu tu yang kene masuk kursus BTN 10 bulan dulu, biar tahu rasa nak bertanggungjawab(tak semua ye...)

batch uni akak, majoriti jadik cikgu...even my geng pun...bangga woo, terjamin hidup anak-anak saya nanti kalau korang yag ajar..heheheheheh

greenhall50 said...

oit! pasang lawyer siap2 b4 posting!

lynn-the gudigudigurl said...

schult:
yess. cikgu tu memang tugas mulia. memang tak disangkal lagi.
tapi nak jadi semulia cikgu tu susah

lynn-the gudigudigurl said...

KIDbrush:
ohho 8 kali mintak tak lepas.
mintak kali ke 9 lepas kot
ahaks

lynn-the gudigudigurl said...

Aida Manap:
cikgu sekarang memang job fofuler kot.

betul
kadang2 tak semua cikgu tu suka dengan keje dia.
harap2 ai tak cam tu ohhhh

lynn-the gudigudigurl said...

greenhall50:
takut aku terdera budak ke???
ke budak dera aku?
huhuu

miEz haNeM said...

yes:)
tajuk relevan atau tak..
takpe..
yg penting content:)
nice:)

♥♥cHeNta_tiEha♥♥ said...

mmg ssh utk jdik semulia cikgu yang berhati mulia~

ade stu quote by william arhtur ward,

"the mediocre teacher tells,
the good teacher explains,
the superior teacher demonstrates,
the great teacher inspires.."

so, to be a good teacher.. it's all depends on ourself.. which one we wanna choose to be..

;)

aYuNi said...

betul la lynn.. what u give u get back..haha.. 1st time ayu ngaja.. rasa nak marah bila student xdgr ckp.. rasa nak hempuk bila mereka wat sambil lewa.. tp bila dipk2 kan.. dulu penah wat jahat kat cikgu.. tp mereka sabar.. jadi kenapa tidak kita?? saluti kemarahan dgn ketawa melihat telatah mereka..:) gudlux lynn..

lynn-the gudigudigurl said...

miez hanem:
thanx for dropping by
hee

lynn-the gudigudigurl said...

tieha:
thanx you tieha
quote tu memang beri inspirasi =)

lynn-the gudigudigurl said...

ayuni:
heheh betul tu ayu. mengajar kejap untuk praktiku ari tu pon rasa nak mengamuk menangis bila budak2 taknak dengar cakap. tapi bila pikir balik..kita dulu macam tu la jugak!

Budak Malu818 said...

cikgu! cikgu!
saye tengah ponteng ney!
tp advance ag la..
hehe..
dalam lab komputer..
huk2..

lynn-the gudigudigurl said...

Budak Malu18:
tak pe.
pergi la ponteng.
cikgu nak join sekali jap lagi.

hahaha