Tuesday, April 21, 2009

Kenapa Suku Sakat Jerawat Suka Aku?


Geram lah. Kenapa jerawat makin suka kata aku ni. Sesuka hati diorang pakat-pakat naik atas dahi la, pipi lah. Aku tak pasti lah sebab apa diorang minat sangat ngan aku ni. Eii tensenlah. Memula memang aku biarkan. Aku rasa it’s normal lah having seketul dua jerawat. Barulah meced. LOL. Tapi diorang ni memang kejam. Mentang-mantang aku tak buat apa-apa tindakan, habis suku sakat diorang diajaknya bermastautin secara tetap kat muka aku ni. Whiteheads, blackheads, acne, pimples -sungguh muhibbah muka aku sekarang. Hoh!



memang muhibbah kan? sigh



Tapi aku rasa aku ada buat silap besar. Dua tiga bulan lepas, masa tengah online memang tak sah la kalo tak merayap ke blog skincare, beauty product, health product etc. kan. Being a girl la katakan. cis tu lah padahnya. Kalo dapat internet bukannya rati nak mencari bahan/asenmen tapi habis diredahnya mende-mende merepek yang buang masa dan duit. Okeh..aku membebel.



Nak dijadikan cerita, aku telah TERjumpa satu produk ini-katanya boleh melenyapkan segala jenis masalah kulit dalam masa 3 minit. Malas aku nak inform produk pe nanti diorang tak boleh carik makan plak =P . bila aku baca testimonials diorang, lagi lah aku semangat nak beli. Masa tu muka aku ok lagi. Jerawat sumer tu segan lagi nak naik.biasa ler, kalo dah nama manusia tu, bukannya reti nak bersyukur. Aku beli. Mahal nak mampuih. RM70 untuk seketul sabun besar kiub Knorr tu. Aku ingat bila mahal plus produk internasional ok la resultnya tapi hampehhh..bermula la episod duka dalam hidup aku..tsk tsk.


Ok lah aku berprasangka baik. Kulit aku tak sesuai kot. Dah lah. benci….



Aku pergi Guardian. Rasa macam terdesak sangat. Aku beli benda alah ni. Kalo dulu, jangan kata nak pandang, jeling pon tak nak kat pimple treatment cream yang bersusun kat rak tuh. Aku tak rasa akan selesaikan masalah tapi aku kena beli sebab nak puaskan hati. hohoho



Biar je lah. Tak serius sangat kot tapi bila tengok latest pic taken during holiday ari tu (close up) aku rasa nak hantuk kepala kat dinding tak pon terjun lombong…waaaaaaaaa

7 comments:

l!l_sh!3zuka said...

jgn wat cam2,x elOk lOr,hehehe,cayangi muke anda,ngee,;p

lynn-the gudigudigurl said...

l!l-sh!3zuka :
(wahhh gagap2 nak type nama ni=P)

nak try cayang la ni hohoho

Carol-fcp said...

sian awak....bnyk kne jerawat..
tp xpe.rilek je..jgn picit2..
lelame nanti dia lari la kalo kita xcarik pasal ngn dia

lynn-the gudigudigurl said...

Carol-fcp :
herrmm dah cuba tak nak carik pasal tapi diorang cari pasal dulu

grrrr

♥♥cHeNta_tiEha♥♥ said...

kamoo.. cube try DALACIN_T...

oke jugak..

;)

lynn-the gudigudigurl said...

cHenta_tiEha :
macam pernah dengar la
oke kalu tak berhasil juga harus pergi cari DALACIN-T tuh

Anonymous said...

I can suggest to come on a site where there are many articles on a theme interesting you.