Saturday, November 14, 2009

Mula-mula pegang tangan lepas itu cium.....

Dont feel like blogging but still, nak posting something.Tak taulah korang punya pandangan macam mana.

kalau anda rasa pernah terbaca, yup dis article from website ini.



SAYA gadis berumur 24 tahun dan masih belajar. Saya berkenalan dengan lelaki berumur 29 tahun melalui ruangan sembang di Internet dan selepas seminggu ‘berchatting’, kami ambil keputusan untuk berjumpa.

Kini, usia perkenalan kami lebih kurang sebulan. Masalahnya, setiap kali keluar dating, dia pasti melakukan perkara yang tidak pernah saya buat selama ini.

Mula-mula dia hanya pegang tangan saya, kemudian dia peluk dan cium pipi saya. Saya cakap pada dia, saya tidak selesa jika dia buat begitu. Paling akhir, dia mencium bibir saya. Saya terkejut dengan perbuatannya.

Namun, dia memang pandai memujuk dan berkelakuan seolah-olah perbuatan itu tidak pernah berlaku. Sebenarnya, saya tidak kisah sangat jika dia memegang tangan, memeluk dan mencium pipi saya sebab saya pun bukan gadis yang sangat mengikut peraturan.


Saya selalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Saya memang dah mula mengenali dan memahami dia. Perasaan sayang juga timbul di hati ini, tetapi disebabkan dia mencium bibir saya, saya mula terfikir apakah tindakan dan niat dia seterusnya.

Saya takut jika dia membawa saya sehingga melakukan zina, nauzubillah. Bagaimanapun dalam masa sama, saya ada niat untuk mengubah dia. (hahaha, ko memang lucu la pompuan!!)

Dang Setia, saya penah dikecewakan sebelum ini, menyebabkan saya tidak mahu mempercayai lelaki lagi. Saya tidak mahu membenci mereka, tapi keadaan yang membuatkan saya jadi begini.

Saya tidak mahu menjadi gadis liar dan mempermainkan lelaki disebabkan perkara yang lelaki pernah lakukan pada saya pada satu ketika dulu.

Saya tahu perkara itu haram dan salah. Apa jalan terbaik harus saya lakukan supaya semuanya baik dan normal untuk saya?




Aku taknak share ape kata kaunselor terhadap masalahnya tadi.

Cuma pandangan peribadi aku` pompuan ni saja carik masalah, carik nahas. Dah terang-terang lelaki itu bukan spesies lelaki baik (read: baru sebulan kenal dah berani buat macam-macam)tapi still nak teruskan hubungan KONONNYA NAK UBAH DIA PADAHAL DIA SENDIRI TERKONTANG-KANTING!!! MACAM MANA KO NAK UBAH KALO KO SENDIRI PON LEBIH KURANG SAMA JER? (read:Sebenarnya, saya tidak kisah sangat jika dia memegang tangan, memeluk dan mencium pipi saya sebab saya pun bukan gadis yang sangat mengikut peraturan) APA NI? APA KO CAKAP NI POMPUAN? APE BENDA KO NAK PON AKU TAK PAHAM!!!



Ehhh...ehhh sebelum aku marah melampau batas, aku nak nasihatkan. tinggalkan je lah lelaki eh bukan jantan tak guna satu sen pon tu. Bukan ape, aku tanak statistik pembuangan bayi meningkat lagi. Tolong lahh!!!!!




credit

"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". -Imam Malik-

22 comments:

ayuni said...

setuju 100%..
ada wayer ptus kot pmpn tuh.. tgglkan sudah lelaki tuh.. br sebln dah pegang tgn ... xsampai sthn kenal,dpt la baby pulak nnt.. semoga akal digunakan untuk mengamalkan amar makruf nahi mungkar..

s.c.h.u.l.t said...

huh manusia memang dahsyat. dalam Quran pon dah cakap 'Dan Janganlah kamu menghampiri zina'

oh my..gambar bayi itu sangat terkesan! kenapalah manusia begitu kejam.

buat pandai. bertanggungjawab TAK RETI!

Unknown said...

ayuni:
betul2
sebelum lelaki tu guna kuasa memujuk. better tinggal kan terus kalo tahu iman tak kuat

Unknown said...

schult:
tapi lagi dahsyat kalo dah tau terang-terang salah buat jugak

cuba tgok ranking bangsa apa yang paling tinggi statistiknya buang bayi????

Azureen Azlan said...

sedih tgk gambar baby tu :(

herm. semoga kita sama2 terhindar drpd perkara yg x baik :)

Unknown said...

ween:
thanx for drooping here.

insyaAllah.
semoga kita dilindungi dr maksiat

greenhall50 said...

betul2... sory to say, bangang pompuan tu. dah terang2 jantan tu mcm tu, saja nak amek risiko!

aku mewakili kaum laki yg kadang jd jantan nak inform kat korang, laki ni memang ada tanduk. at least sbatang di balik rambot kami ni. hampir semua laki.. so korang b'ingat eh. jgn cari penyakit. jgn amek risiko.

xyah dating2 pun xpe... jgn bg chance lgsung!

:: eyeNa :: said...

huh.. zaman sekarang ni keadaan makin kritikal laa..

apa laa nak jadi. bercinta tu berpada2 laa.. dah tau benda tu haram, yang nak p dekat watpe kan.. sabar je laa..

patut kena tarbiah laa budak tu..huhuu

Unknown said...

greenhall50:
jgn dating langsung??? hermmm
time kasih ingatan tu.

ingatan dari aku plak, jangan la ko pun sama hampeh dengan jantan itu!!!!!

Unknown said...

eyena:
bercinta memang kena berpada2
kalo ikut hati memang mati la jawbnya

greenhall50 said...

haha.. kita xtau sorang mamat tu hampeh ke x. so, beware... bior ada suspicious sikit pun xpe. for safety org kata.

Syahril said...

mslh ni berlaku sbb tak kenal Allah... mulut mengaku kenal tapi hakikatnya... kalo kenal Allah... hakikat kenapa Allah jadikan kita... rasa2nya berani tak kita nak wat maksiat???

ingat konsep IHSAN... plg lemah... kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa nampak dan tau apa yg kita wat...

kalo nak wat maksiat jgk... BOLEH DGN SYARAT:
1)jgn buat maksiat di atas muka bumi hak milik mutlak Allah ni...
2)jgn buat maksiat di bwh langit ciptaan Allah ni...
3)jgn buat maksiat dgn menggunakan tubuh badan yg Allah pinjamkan kpd kita

So... kalo dah dipenuhi syarat2 tu... bleh laa wat maksiat... silakan...

tamsilan mudah:

cik lynn gudigudi bela sorg bdk... bg tempat tinggal... makan... pakai... suma bg... tanggung belanja dia suma... smpai baju cik lynn pon bg dia pinjam...

cik lynn bg dia syarat2 sbb blsn... antaranya:
1)sila respek aku
2)jgn berak merata2
3)jgn kentut kat muka aku
4)jgn bwk jantan blk umah aku
5)tlg wat keje2 umah

last2... dia tak wat pon apa yg cik lynn suruh... tapi dia buat apa yg cik larang... dgn penuh selamba dia dok guna umah n harta cik lynn... tanpa rasa bersalah... lgsg tak rasa cm thutang budi... siap ckp lg... ko dah bg kat aku kira jadi hak aku laa...

so apa komen cik lynn gudigudi??

Syahril said...

ada 1 lg tamsilan utk renungan bersama:

Seorang PENGARAH FILEM (USOP SELAM)telah mengarah dan membuat FILEM yg best... ada watak protagonis dan ada antagonis (watak baik dan jahat)... WATAK BAIK bernama (JOYAH) dilakonkan oleh NURRA VANISH dan WATAK JAHAT bernama BEDAH dilakonkan oleh FARISHA SENDAT... lakonan depa mmg mantap... especially FARISHA SENDAT... smpai MAKCIK2 yg tgk akan ckp... jahat laa FARISHA SENDAT ni... kesian kat NURRA VANISH...

tapi hakikatnya... tul ke si NURRA VANISH yg baik dan si FARISHA SENDAT yg jahat?

sbnrnya makcik2 tu dah tertipu dgn kebijaksanaan pengarah... dia yg aturkan suma tu... dia yg cipta watak tu... maka makcik2 dah tersilap sbb sangka si NURRA VANISH yg baik dan si FARISHA SENDAT yg jahat... siap makcik2 tu nak USOP SELAM buang si SENDAT dari filem seterusnya sbb jahat sgt...

bila komen makcik2 tu smpai ke gegedang USOP SELAM... lantas beliau ckp... "bodo ke bengong makcik2 ni... ni filem aku laa... suka hati aku laa nak wat sape jadi jahat sape jadi baik... pelakon mana yg aku nak biar hidup yg mana biar mampos... ko nak masuk cmpur apa kes??? diam2 tgk dah laa..."

so cmtu jgk laa kejadian alam yg kita tgh tgk skrg... Allah laa PENGARAHnya... kalo ada si A yg baik dan si B yg jahat... bkn keje kita nak HUKUM dia jahat atau dia baik... sbb suma yg berlaku tu adalah aturan dari-Nya... kita lgsg tak berhak nak mempertikaikan aturan-Nya... kita cuma hamba... dan apa yg patut bg kita hanyalah berdoa dan berusaha agar kita tak menjadi watak jahat dlm aturan hidup ketentuan-Nya... di smping jgn lupa utk mencegah kemungkaran... insyaAllah...

Anonymous said...

tlg org2 yg mcm ni..
kite blh jamin ke kite xkan jd mcm diorg..(tkt2 Allah akan uji kite dgn benda yg same)
doa moga Allah lindungi kite

Aida Manap said...

lynn...thx for writing this entry..
kadang2 kita kene ingat mengingati kan?
moga saya nanti kalau dah ada anak tidak diuji dengan perangai anak yg macam ni...aaaammmiiinnn

Unknown said...

greenhall50:
iyer baiklah. waspada dgn sesaper sahaja.
sekarg ni almost lelaki hampir tidak boleh dipercayai

=(

bukan menuduh, tapi kenyataan!

Unknown said...

Ahmad Syahril:
ahaha.
yup betul, dunia ni Allah lah yg berkuasa. DIA pengarah, produser, penerbit, penyunting,
tapi sayang kita sebagai pelakon2 ni x mampu nak ikut kehendak pengarah. buat filem tak ikut skrip. lakonan tunggang langgang.............

pikir-pikirkan lah

Unknown said...

Anon:
sama-sama kita doakan kita dijauhkan dengan ujian ni. kalaupun kita terpilih utuk berdepan dengan ujian ni, harapnya kita mampu hadapinya. dengan iman. bukan dengan nafsu.

thanx for dropping n commenting
=)

Unknown said...

Aida:
betul tu kak. sama-sama mengingatkan. bukan kita terlebih kat sini, terkurang kat sana.

Ayat dah klise, tapi nak cakap jugak:
sharing is caring

hehehe

greenhall50 said...

naseb baik ko sedor realiti tu... =)
sume girl kat luar kena sedor pasal bnda tu... tlg hebohkan. haha

Unknown said...

greenhall50:
memang sedar, akan sedar dan terus sedar

tapi tolong ya
ko pon sama-sama sedar juga

greenhall50 said...

okeh. =)